Kenapa najis bergerak lambat dalam usus?

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor - saiz badan,
tabiat makan, berapa banyak air yang diminum, dan keteraturan pergerakan usus. Berat najis rata-rata sekitar 480 g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat.

Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga bakteria mati dan hidup, protein, makanan yang tidak dicerna (serat), bahan buangan, garam dan lemak. Semakin lama najis mendap di usus, ia menjadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit.

Seseorang mungkin mengalami sembelit jika:
  • Pergerakan usus kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis keras, kering dan berkeping-keping
Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Pergerakan usus yang normal mungkin berlaku sekerap 3 kali sehari. Najis menjadi keras dan kering apabila usus besar menyerap terlalu banyak air. Dalam kebanyakan kes, apabila makanan bergerak melalui usus besar, usus besar menyerap air semasa ia membuat najis. Apabila najis sampai ke rektum, kebanyakan air telah diserap. Najis kini padat dan keras.

Jika anda kurang lawas, atau sembelit, itu menandakan pergerakan otot usus besar terlalu perlahan. Ini menjadikan najis bergerak melalui usus besar terlalu perlahan dan ada banyak masa menyerap terlalu banyak air. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Insoluble fiber juga menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat mengawal berat badan mengawal tahap tekanan darah, membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah, mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir dan mengawal gula dalam darah.

GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalam GC PLUS membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart