Kenapa berat saya turun 2kg sahaja tetapi kawan turun 6kg sebulan?
Weight loss journey bukan semata-mata mengurangkan makan. Ia lebih dari itu. Jika dengan mengurangkan makan pasti kurus, sudah tentu ramai yang kurus dengan mudah. Banyak atau sedikit berat badan yang turun adalah one story. Yang paling penting adalah apa yang telah dilakukan untuk turunkan berat.
Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu sahaja, tidak perlu lebih dari itu. Jika ada yang turun berat lebih dari itu, ia masih selamat. The question is not about banyak mana seseorang hilang berat tetapi apakah kaedah yang digunakan untuk lose weight. Ini lebih penting.
Jika memilih untuk hanya 800 kalori sehari, memang cepat turun berat tetapi adalah penurunan berat yang TIDAK SELAMAT. Tetapi, jika mengambil kalori 1200-1300 kalori sehari dan buat senaman ringan 10 minit, ia adalah penurunan berat badan yang sihat walaupun berat hanya berkurangan 2kg sahaja sebulan.
"Jadi, berapa banyak berat yang patut saya kurangkan?"
Kalau berat badan badan sekarang adalah 58kg, dan berat ideal 50kg, bermakna anda perlu 8kg sahaja lagi. Itu tak mustahil untuk dilakukan. Tetapi, kalau mahu mengurangkan 8kg dalam masa seminggu, itu adalah mustahil. Sebab apa mustahil?
Kerana, anda bukanlah peserta The Biggest Loser yang beratnya menjangkau 172kg. Mereka yang ditahap obesiti lebih mudah hilang 8kg seminggu kerana banyak kehilangan berat air pada minggu pertama. Ini memang 'general rule' kerana berat badan lebih mudah diturunkan ketika badan tersangat gemuk.
Selain dari itu, mereka yang di The Biggest Loser memiliki sepanjang hari untuk mendedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang membantu penurunan berat badan. Sedangkan anda ada banyak perkara lain untuk dilakukan selain dari bersenam dan berdiet. Aktiviti yang tidak sama inilah yang mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan seseorang.
Semakin menghampiri ke berat ideal, badan membakar lemak dengan lebih perlahan. Jika anda perlu turunkan hanya 8kg saja lagi, tolong bertenang. It takes time. Perlukan diet yang lebih ketat. Kenapa kami katakan begitu? Kerana, diet yang anda lakukan ketika berat 90kg, tidak lagi sesuai ketika berat sudah 58kg. Ketika 58kg, badan perlu diet yang lebih ketat dan extra help.
GC PLUS adalah contoh extra help yang mungkin anda perlukan. GC PLUS bukan produk yang membakar lemak tetapi membantu mengurangkan rasa lapar. Mengurangkan keinginan untuk makan dengan kerap adalah point penting dalam losing weight. Ini kerana, turun naik badan kita sebahagian besarnya bukan terletak pada banyak mana anda bersenam tetapi banyak mana anda makan!