GC Plus

Sel lemak kekal dalam badan walaupun anda sudah kurus.

Ketika berjuta-juta orang bertekad menurunkan berat badan, ada FAKTA yang ramai tidak tahu iaitu, tidak kira berapa banyak berat berkurangan, jumlah sel lemak dalam TIDAK AKAN BERKURANGAN. Sebaliknya, sel-sel lemak hanya mengecut dan tetap berada di situ menunggu masa untuk diisi semula dengan lemak sekiranya badan kembali berlebihan kalori.

Jika seseorang yang pernah obese 100kg mengatakan "Saya telah berjaya mengurangkan 30kg, kini saya 70kg!". Hakikatnya, yang hilang hanyalah lemak tetapi bukan sel-sel lemak. Sebab itulah seseorang yang pernah overweight/obese lebih mudah menambahkan berat badan sekiranya tidak mengawal pemakanan. Ini kerana sel-sel lemak telah tersedia, hanya menunggu untuk diisi semula.

Sel-sel lemak boleh tumbuh atau mengecut secara mendadak kerana sifat sel lemak ia cenderung menyimpan kembali lemak terutama jika lemak tersebut hilang dengan cepat. This could be the reason kenapa bekas peserta "The Biggest Loser" mendapati bahawa pada tahun-tahun berikutnya kebanyakan mereka cepat overweight kembali.

Sel lemak sentiasa meningkat semasa kita kecil, dan jumlahnya stabil setelah mencecah usia awal dewasa. Tetapi sel lemak boleh bertambah apabila badan ada lebihan kalori. Jadi, kepada yang masih belum overweight, pastikan tidak overweight. Kepada yang pernah overweight/obese, tolong jaga pemakanan kerana badan anda sensitif pada lebihan kalori kerana sel lemak yang sudah tersedia dengan banyak.
Diana Ishak
Read more

Mengapa lemak di bahagian badan berbeza-beza.

Kita selalu merasa tidak selesa apabila bahagian badan yang tertentu menyimpan lebih banyak lemak. Selalunya kawasan di mana simpanan lemak paling banyak adalah bahagian yang paling sukar untuk dikurangkan. Walaupun seseorang kelihatan kurus, mereka masih mempunyai masalah lebihan lemak di bahagian badan tertentu.

Obesiti bukanlah kejadian yang seragam kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan tidak semuanya kelihatan sama dan lebihan lemak juga berkumpul bahagian badan yang berbeza. Samada lemak berkumpul lebih banyak di paha, punggung, lengan, atau di bahagian badan yang lain, sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.

Wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza. Wanita cenderung menyimpan lemak di pinggul dan kaki, sementara lelaki menyimpan lemak di sekitar perut. Hal ini berlaku disebabkan oleh hormon. Testosteron dan estrogen adalah dua hormon yang menjadi pemangkin penyimpanan lemak. Ini adalah sebab utama kenapa manusia cenderung mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Tisu lemak di bahagian badan mempunyai reseptor untuk pelbagai jenis hormon. Contohnya, lemak di perut teransang dengan baik terhadap testosteron. Lelaki banyak testosterone sebab itulah lelaki cenderung mengumpul lemak di perut. Lemak di bawah kulit pula mempunyai reseptor estrogen. Semakin banyak lemak, semakin tinggi kadar estrogen dalam badan. Sebab itulah seseorang yang terlalu kurus boleh menopause lebih awal, kerana tanpa cukup estrogen untuk mengawal keadaan, kitaran hormon menjadi buruk lalu menghentikan haid.

Keluarga Kardashians mengubah kedudukan lemak dengan memindahkan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain, seperti lemak perut ke punggung dan lemak paha ke payudara. Kecenderungan memindahkan lemak sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Badan kekal dengan lemak yang berlebihan, selamanya. Sit-ups and squats can help shape our bodies differently, tetapi ia tidak akan mengubah kedudukan lemak yang wujud secara semulajadi di bahagian badan tersebut.

 Ada individu yang pinggangnya kecil tetapi overweight, kerana pahanya menyimpan banyak lemak. Begitulah bagaimana genetik memainkan peranan besar dalam pengurusan berat badan. Sebilangan orang memang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian badan tertentu tanpa mengira samada overweight atau tidak.
Diana Ishak
Read more

10 Tanda GC PLUS sedang 'berkerja.

#1 Anda tidak lagi lapar sepanjang masa.
Ini kerana GC PLUS merangsang otak membebaskan serotonin. Serotonin memberikan rasa tenang dan kenyang serta melambatkan rasa lapar.

#2 Mood lebih baik.
Badan jadi lebih bertenaga, lebih dapat mengawal diri, kurang tertekan, dan kurang gelisah berbanding sebelumnya. Ini kerana berat badan yang semakin berkurangan boleh menyebabkan peningkatan kesejahteraan psikologi.

#3 Pakaian lebih sedap bila dipakai.
You may notice walaupun berat tidak berkurang dengan ketara tetapi baju-baju lama sudah boleh dipakai semula. Kerana, GC PLUS menambahkan jisim otot menjadikan badan lebih solid, tidak flabby.

#4 Merasa badan lebih padat.
Oleh kerana GC PLUS menambahkan jisim otot, walaupun berat tidak berubah, hakikatnya body fat telah berkurangan kerana jisim otot yang bertambah telah menggantikan ruang lemak yang hilang.

#5 Body measurements berubah.
Setiap 10 hari, ukur size pinggang anda. Ukuran pinggang yang mengecil bukan sahaja indicator lemak telah berkurangan, malah ada hubungan dengan penurunan tekanan darah, gula darah, dan kolesterol.

#6 Sakit yang kronik kini bertambah baik.
Penurunan berat badan dapat membantu mengurangkan rasa sakit, terutama di bahagian bawah badan yang menanggung berat badan, seperti kaki dan punggung.

#7 Lebih lawas.
GC PLUS membantu memperbaiki pergerakan usus. Kandungan sulfur yang tinggi di dalamnya melajukan pergerakan usus dan memperbaiki sistem penghadaman.

#8 Tekanan darah lebih baik.
Berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif pada tekanan darah, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Apabila berat menurun, ia dapat mengurangkan tekanan pada jantung dan mula menormalkan tekanan darah.

#9 Kurang berdengkur.
Berdengkur ada kaitan dengan berat badan. Orang (terutama wanita) yang mempunyai sindrom metabolik (diabetes) lebih cenderung untuk berdengkur. Semakin kurang berat badan, semakin kurang berdengkur.

Wanita yang sedang menyusui (kurang dari 5 bulan) dan hamil DILARANG mengambil GC PLUS. Orang yang mempunyai penyakit Alzheimer, Dementia dan mengambil ubat kolesterol juga TIDAK BOLEH mengambil GC PLUS.

Yang mengambil ubat darah tinggi DILARANG mengambil GC PLUS kerana kandungan kalium dalam GC PLUS diketahui boleh mengganggu ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.


Diana Ishak
Read more

Rambut gugur petanda badan kurang kalori.

Dalam keadaan normal, rambut tumbuh sebanyak ½ inci sebulan selama lebih kurang 2 tahun sebelum memasuki fasa rehat. Pada akhir fasa rehat, rambut lama akan gugur untuk memberi ruang kepada rambut baru. Dalam satu-satu masa, kira-kira 10% rambut memasuki fasa rehat.

Walau bagaimanapun, tekanan fizikal dan emosi dari diet boleh menyebabkan lebih banyak rambut masuk ke fasa rehat, dan gugur lebih cepat dari sepatutnya. Apabila tubuh seseorang tidak mendapat nutrien yang cukup, ia memprioritikan proses mana yang harus difokuskan seperti proses pernafasan dan peredaran darah.

Kekurangan nutrien menjadikan rambut 'haus' dan kekurangan makanan yang diperlukan untuk ia terus tumbuh dengan banyak dan kuat. Sebagai akibatnya, rambut mudah gugur. Berat badan yang turun dengan cepat akibat kekurangan kalori (diet yang strict) memberikan tekanan fizikal pada folikel rambut. Oleh itu, penurunan berat badan mesti beransur-ansur dengan perlahan dan realistik.

Semasa menurunkan berat badan, pastikan makan kalori yang mencukupi. Jangan sampai berlapar. Walaupun perlu mengehadkan kalori untuk menurunkan berat badan, mengehadkan terlalu banyak boleh menyebabkan rambut tidak cukup tenaga dan lemah. Pastikan protein mencukupi. Tidak wajib dari haiwan, protein juga boleh didapatkan dari tauhu, tempe, kekacang dan sesetengah bijirin. Penurunan berat badan yang sihat mestilah sekitar 430-900g sahaja, seminggu. Sekiranya turun lebih daripada itu, seseorang berisiko mendapat keguguran rambut.
Diana Ishak
Read more

Kaedah Mudah untuk Meningkatkan Metabolisme (Disokong oleh Sains)

Metabolisme adalah tindak balas kimia dalam badan. Reaksi kimia ini menjadikan tubuh dapat berfungsi. Semakin tinggi metabolisme, semakin banyak kalori yang dibakar dan semakin mudah menurunkan berat badan. Mempunyai metabolisme yang tinggi dapat membuatkan badan berasa lebih baik. Ada beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme.

Fakta #1 Jangan skip protein, tetapi jangan berlebihan protein.
Protein menyebabkan metabolisme bertahan beberapa jam lebih dari nutrien lain. Ini kerana protein susah dicerna. Badan memerlukan kalori yang lebih untuk mencerna, menyerap dan memproses protein. Setiap kali mencerna protein, metabolisme badan meningkat sebanyak 15–30%, berbanding karbohidrat dan lemak.

Fakta #2 Minum air secukupnya, jangan berlebihan.
Orang yang minum air kosong atau air tanpa gula/krimer lebih senang menurunkan berat badan. Minuman bergula mengandungi kalori. Menggantinya dengan air kosong secara automatik mengurangkan pengambilan kalori.

Fakta #3 Berdiri dengan lebih banyak berbanding duduk.
Berbanding dengan duduk, berdiri dapat membakar lebih banyak kalori. Apabila berdiri, badan mengaktifkan jisim otot. Jisim otot membantu membakar lebih banyak kalori. Selain itu, semasa berdiri, sistem dalam badan lebih banyak 'berkerja' berbanding ketika duduk atau baring.

Fakta #4 Kualiti tidur
Kerap tidur lambat mengurangkan potensi mendapat tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti adalah pada sekitar 10 malam hingga 3 pagi. Tidur yang tidak berkualiti meningkatkan kadar gula dalam darah, meningkatkan hormon kelaparan (ghrelin) dan menurunkan hormon kenyang (leptin). Ini semua peluang mendapat obesiti.

4 cara mudah ini hanya boleh dilaksanakan jika ada keazaman yang kuat untuk menurunkan berat badan. Ia bukanlah jaminan, tetapi membantu mempercepatkan proses weight.

Diana Ishak
Read more

Kenapa berat badan bertambah apabila bersenam

"Hari-hari saya bersenam macam nak rak! Jogging, sit-ups, skipping. Tetapi bila timbang, berat bertambah".

Kenapa?

Pertama sekali perlu diingatkan bahawa situasi sebegini tidak berlaku kepada semua orang. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana, bersenam boleh menyebabkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Cara badan menyembuhkan koyakan kecil ini adalah dengan menggerakkan cecair ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih.

Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Cecair tadi sudah tentu memberikan sedikit pertambahan pada berat badan, tetapi bersifat sementara. Berehat dengan cukup membantu koyakan otot pulih dengan cepat. Berikan masa kepada diri sendiri. Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak, lebih-lebih lagi di sekitar abdomen. 

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam adalah kerana badan lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Bersabar. Kerana eventually lemak akan digunakan juga. GC Plus bukan sahaja membantu mendapatkan berat badan ideal, tetapi menambah otot (increas lean muscle). Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah sedikit atau tidak banyak berubah pada awal pengambilan GC Plus. Ini kerana, pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan certain bahagian badan kelihatan lebih besar.

Tetapi, semakin bertambah otot, semakin meningkatlah metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, slowly badan mendapat berat ideal. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat berat badan idaman.

Antara kesilapan ramai orang ketika bersenam dan berdiet adalah, terlalu overestimate kalori yang telah diguna oleh badan. Akibatnya, mereka underestimate kalori telah diambil (dimakan). Mereka menganggap, apabila tidak makan nasi, akan ada pengurangan berat badan. Lalu mereka cenderung mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi.

Ada pengguna GC Plus yang bertanya "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi, senaman tidak menjanjikan penurunan berat badan jika selepas bersenam seseorang tetap makan dengan banyak (kalori yang banyak). Begitu juga dengan yang bergantung kepada GC Plus semata untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tetapi, ia tidak akan merubah apa-apa sekiranya seseorang makan tanpa kawalan.

Makan satu kali sehari juga tidak menjamin anda kurus dengan sihat. Kurang makan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. Jadi, berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri yang perlukan penelitian.

Diana Ishak
Read more

Apakah cara terbaik untuk wanita menurunkan berat badan?

Setiap orang berbeza, tetapi kajian menunjukkan wanita menurunkan berat badan dengan cara yang berbeza daripada lelaki. Sebahagian besar orang perlu makan sedikit kalori untuk menurunkan berat badan. Senaman dapat membantu, tetapi memilih makanan yang betul adalah cara terbaik untuk mencapai berat badan ideal.

Gaya hidup memainkan peranan. Tidur yang sedikit, stress dan ubat-ubatan yang diambil secara rutin boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Seberapa cepat badan membakar kalori ketika tidak aktif secara fizikal adalah sangat berbeza dengan orang lain berdasarkan genetik, biologi dan medical history. Memakan kurang 500 kalori setiap hari selama seminggu tidak selalu berakhir dengan kehilangan berat badan untuk semua orang.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang obese, pengiraan kalori boleh membantu menurunkan berat badan. Wanita tidak boleh mengambil kurang daripada 1000 kalori sehari. Sekiranya mahu mengehadkan jumlah kalori sehari, berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Lelaki menurunkan berat badan lebih cepat daripada wanita kerana lelaki mempunyai lebih banyak otot, sementara wanita mungkin mempunyai lebih banyak lemak. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, sebab itulah salah satu mekanisma GC PLUS adalah menambahkan jisim otot. Apabila otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Portion control juga sangat penting. Wanita yang makan dengan portion yang lebih kecil mempunyai BMI yang lebih rendah daripada wanita yang mengehadkan atau mengelakkan makanan tertentu. Kitaran haid tidak begitu mempengaruhi berat badan. Tetapi haid boleh mempengaruhi berat badan dengan cara lain, iaitu PMS.

Ramai wanita mendapat PMS. PMS menyebabkan seseorang mengidam dan makan lebih banyak makanan manis daripada biasa. Kalori tambahan itu boleh menyebabkan kenaikan berat badan. PMS juga menyebabkan seseorang makan lebih banyak garam. Garam menjadikan tubuh menahan lebih banyak air, yang menaikkan berat badan (tetapi tidak gemuk).

Haid tidak mempengaruhi berat badan, tetapi kehilangan atau kenaikan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid. Wanita yang menurunkan berat badan terlalu banyak atau menurunkan berat badan terlalu cepat boleh berhenti mendapat haid, atau mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Wanita yang gemuk juga boleh mengalami haid yang tidak teratur. Menurunkan berat badan dapat membantu wanita mendapat kitaran haid yang lebih teratur. Lebih sukar untuk menurunkan berat badan selepas menopaus. Tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan kenaikan berat badan selepas menopaus.

Selain itu, kenaikan berat badan boleh juga disebabkan oleh metabolisme yang semakin perlahan ketika meningkat usia, ditambah lagi dengan tabiat makan yang kurang sihat, dan kurang aktif. Semakin berusia, badan kehilangan jisim otot. Bila otot berkurangan, badan membakar sedikit kalori sahaja.

Wanita mesti mengambil sedikit kalori daripada lelaki, terutama ketika usia bertambah. Ini kerana, secara semula jadi wanita kurang otot, lebih banyak lemak, dan lebih kecil daripada lelaki. Wanita memerlukan antara 1600 hingga 2400 kalori sehari. Seiring bertambahnya usia, pengambilan kalori perlu berkurangan untuk mengekalkan berat badan yang sama.

Adakah GC PLUS dapat membantu saya menurunkan berat badan? Bukan sahaja GC PLUS, tetapi doktor mungkin mengesyorkan seseorang mengambil pil weight loss jika:

Anda obesiti (BMI 30 atau lebih)

ATAU

Anda mempunyai berat badan berlebihan (BMI 27 atau lebih) DAN anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan

DAN

Anda aktif bersenam sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hilang kurang daripada 430g seminggu.


Diana Ishak
Read more

Kenapa semakin berusia, badan jadi kurang mantap?

Samakin bertambah umur, secara semula jadi sistem badan berubah. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah. Ada yang menurun, ada yang tidak berubah.

Usia yang bertambah tidak mengurangkan jumlah hormon, tetapi penghasilannya adalah pada kadar yang lebih perlahan. Kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Jadi, kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah kami tidak mencadangkan sesiapa yang ada masalah tiroid untuk mengambil GC Plus kerana kekacauan hormon mengganggu proses weight loss.

Tambahan lagi, bila usia meningkat, tiroid menjadi lebih 'degil'. Metabolisme badan mula melambat beransur-ansur bermula pada usia 35. Seiring dengan usia, perubahan hormon memang tidak dapat dielakkan. Maka, jangan aim untuk kurus tetapi aim untuk tidak overweight.

Hormon paratiroid pula mempengaruhi kekuatan tulang. Tahap hormon paratiroid meningkat seiring bertambahnya usia, menyumbang kepada osteoporosis. Ovari dan testis pula menghasilkan hormon seks. Seiring usia, tahap testosteron lelaki menurun.

Tahap estrogen dalam wanita juga semakin menurun apabila usia menghampiri menopaus. Tahap glukosa puasa (fasting blood sugar) meningkat setiap 10 tahun selepas usia 50 tahun kerana sel sudah menjadi kurang sensitif. Maka di usia akhir 40-an, memakan makanan bergula walau sekali sekala masih boleh berisiko untuk mendapat kencing manis.

Walaupun begitu, segala kecelaruan hormon ini boleh diperlahankan/diperbaiki dengan:

- mengawal berat badan
- pengambilan makanan yang sesuai dengan keperluan kalori harian
- mengurangkan pengambilan gula
- kekal aktif
- pengambilan supplemen
Diana Ishak
Read more

Bolehkah Lemak Menjadi Otot?

Mencuba untuk buang lemak dan membina otot serentak adalah goal bagi ramai orang. Antara mitos yang paling popular adalah, "Lemak boleh berubah menjadi otot melalui latihan angkat berat atau senaman". Bolehkah lemak berubah menjadi otot?

Jawapannya, TIDAK. Kerana. otot dan lemak terdiri daripada sel yang berbeza.

Otot datang dalam tiga bentuk - rangka, otot jantung dan otot halus (kebanyakannya dalam usus). Otot yang selalu kita sebut-sebut adalah merujuk kepada otot rangka. Tisu otot rangka ini terdiri daripada blok-blok protein. Sedangkan lemak terdiri daripada trigliserida.

Nota : Trigliserida adalah salah satu komponen kolesterol. Boleh nampak kan, apa kaitan berat badan dengan kolesterol?

Oleh kerana sel otot dan lemak mempunyai komposisi kimia yang berbeza, maka kedua-duanya tidak dapat ditukarkan menjadi satu sama lain. Hakikatnya, proses kehilangan lemak dan pembentukan otot isn’t quite that simple. Jadi, apa yang berubah ketika berat badan berkurangan?

- kehilangan lemak
- otot menyusut
- simpanan glikogen berkurang (air keluar dari badan)

Penurunan berat badan yang baik mestilah melibatkan kehilangan lemak sahaja, bukan otot. Untuk menurunkan berat badan, badan mesti mendapat kurang kalori. Bermakna, seseorang mesti makan sedikit kalori daripada yang diperlukan. Tetapi, kekurangan kalori yang terlalu besar menyebabkan otot mengecil kerana badan memecahkan otot untuk digunakan sebagai tenaga.

Oleh itu, disyorkan kekurangan kalori yang sihat adalah sekitar 500 kalori sahaja sehari. Jika keperluan kalori anda adalah 1600 kalori sehari, cuba kurangkan 20% (320 kalori). Kalori baru anda menjadi sekitar 1400 kalori. Amalkan kalori baru ini selama 1 minggu dan lihat berat badan berkurangan.

Semasa badan mendapat kekurangan kalori yang sederhana ini, trigliserida dalam lemak akan digunakan sebagai tenaga, bukannya otot. Sebab itulah berat badan yang susah untuk turun ada kaitan dengan kolesterol tinggi kerana trigliserida adalah sebahagian dari kolesterol. Walau bagaimanapun, mengurangkan 500 kalori sehari memang susah dilakukan sekiranya belum terbiasa. Sebab itulah kami cadangkan ambil GC PLUS kerana ia membantu membebaskan serotonin dengan banyak. Serotonin mengurangkan rasa lapar.

Diana Ishak
Read more

Orang kata : "Karbohidrat menyebabkan gemuk"

Orang kata makan karbohidrat menyebabkan gemuk.
Tetapi, SAINS kata, Jepun merupakan negara dengan pengambilan karbohidrat tertinggi, iaitu 58%. Tetapi pada masa yang sama Jepun mempunyai kadar obesiti terendah di antara negara maju, iaitu 4.3%!

For the last time kami tekankan di sini - KARBOHIDRAT TIDAK MEMBUATKAN ANDA GEMUK, no matter what the internet says.

Dulu, diet Atkins dikatakan sebagai penyelesaian untuk penurunan berat badan. It wasn't. Sekarang adiknya pula, si Keto Diet mengatakan penyebab gemuk adalah kerana makan terlalu banyak karbohidrat.
Can we stop demonizing carbohydrates already?

Dalam dokumenteri "Homecoming", Beyoncé kata "Demi mencapai tujuan saya (weight loss), saya membataskan diri dari roti, dari karbohidrat, dari gula ..."

"...saya makan sebiji epal"

Hello, Beyonce! Epal mengandungi karbohidrat, ya. If you’re going to remove something from your diet, you should probably know what it is first.

Let's talk science for a while.

Karbohidrat adalah salah satu daripada tiga makronutrien, yang membentuk semua makanan. Protein dan lemak adalah dua yang lain. Makronutrien sangat penting untuk badan berfungsi.

Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:
  • Gula (monosakarida dan disakarida) yang terdapat dalam buah seperti epal dan gula putih. Rasanya manis dan cenderung sedap.
  • Kanji (polisakarida) merangkumi perkara seperti roti, pasta, biji-bijian, dan kentang.
  • Serat makanan (dietary fiber). Yang ni, aneh sikit. Ia juga jenis polisakarida sama seperti kanji, tetapi usus tidak dapat mencernanya.
Hampir semua makanan yang disebut orang sebagai "karbohidrat" sebenarnya mengandungi gabungan ketiga-tiga jenis makronutrient tadi. Selain gula meja, jarang ada makanan yang pure karbohidrat. That’s just not how food tends to work.

Of course makanan tertentu mempunyai lebih banyak nutrien daripada yang lain, and yes, karbohidrat berserat sememangnya boleh beri impak pada kesihatan. Oleh sebab itu kami merasa need to write this article tentang kenapa orang percaya bahawa karbohidrat menyebabkan badan gemuk.

Semasa kita makan karbohidrat, enzim dalam usus memecahkan polisakarida dan disakarida sebelum usus kecil dapat menyerapnya. Setelah penyerapan, glukosa (gula) dalam darah sudah tentu menaik.

Kenaikan glukosa dalam darah mendorong pembebasan insulin, yang membolehkan sel-sel mengambil gula dan menggunakannya sebagai sumber tenaga. Insulin juga berfungsi memberi isyarat kepada hati untuk menyimpan glukosa berlebihan sebagai glikogen.

Hati hanya dapat menyimpan sejumlah glikogen dalam satu masa, jadi apa-apa tambahan kemudiannya akan ditukar menjadi lemak untuk penyimpanan jangka panjang. Kebanyakan orang fokus pada perkara terakhir itu.

Relax! Penyimpanan lemak adalah normal dan penting untuk badan berfungsi dengan baik. Penyimpanan lemak, pemecahan lemak ... semuanya berlaku secara berterusan, tidak berhenti.

Glukosa adalah sumber bahan bakar terpenting badan. Oleh kerana kita tak makan setiap minit dalam sehari, ada kalanya kadar gula dalam darah perlu meningkat. Ketika itulah glikogen yang disimpan dipecahkan menjadi glukosa.

Glukosa juga adalah sumber tenaga pilihan otak. Dalam keadaan glikogen tidak mencukupi, lemak juga dipecahkan untuk membantu di mana asid lemak diubah menjadi glukosa. Sebab itulah JANGAN SEKAT KARBOHIDRAT. Ia adalah sumber tenaga utama badan dan otak.

Dalam GC Plus ada sejenis bahan aktif yang dinamakan HCA. HCA menyekat sejenis enzim yang menukarkan karbohidrat menjadi lemak. Caranya, HCA menukarkan karbohidrat menjadi glikogen kemudian disimpan dalam otot sebagai tenaga, tanpa pembentukan lemak baru.

Dengan cara itu, GC Plus membantu mengelakkan lemak baru dari diserap oleh sel lemak. Sel lemak akan kekal mengecut. Dalam masa yang sama glikogen yang tersimpan dalam otot telah menambahkan jisim otot. Apa bila jisim otot meningkat, pembakaran lemak menjadi lebih cepat.

Setelah menggunakan GC Plus selama 1 botol, cuba uji tahap bodyfat anda. Pasti menurun. Itu menunjukkan HCA telah menjalankan fungsinya.
Diana Ishak
Read more

Berapa cepat berat badan turun dengan GC PLUS?

2 MINGGU PERTAMA
Berat badan mungkin berkurangan sekitar 2-4kg pada 2 minggu pertama (boleh jadi lebih, bergantung pada berat badan semasa). Dua minggu pertama biasanya penurunan lemak badan dan berat air.

Dua minggu pertama, badan menguraikan sumber tenaga yang tersimpan, kebanyakannya lemak, tetapi sebahagiannya glikogen. Penguraian tenaga ini adalah kerana GC PLUS merangsang metabolisme.

[Note : Glikogen adalah bentuk penyimpanan karbohidrat yang kebanyakannya terdapat di hati dan otot].

Glikogen disimpan dengan air dan apabila diurai untuk digunakan oleh badan, air akan menyertainya. Itulah sebabnya kebanyakan orang yang mengambil GC PLUS kerap ke tandas dan mengalami penurunan berat badan yang cepat pada 2 minggu pertama.

Berat air boleh dilihat dari penimbang berat badan manakala berat lemak boleh diukur pada perubahan ukuran pinggang. Perlu faham bahawa jika berat penimbang berkurangan 10kg, tidak bermakna lemak berkurangan 10kg juga. Boleh jadi banyak air yang hilang atau otot yang mengecut. Sebab itu penting untuk mengukur bodyfat loss.

Bergantung pada berapa banyak berat badan yang perlu diturunkan dan seberapa teruk anda mengehadkan pengambilan makanan, kehilangan air dari badan berbeza antara seorang dengan orang yang lain. But don’t be worry, you’re still losing some of this weight as fat.

Kehilangan 400-900g seminggu biasanya adalah jumlah yang selamat. Sekiranya cuba menurunkan berat badan lebih cepat daripada itu, berbincanglah dengan doktor tentang tahap pengurangan kalori yang selamat.

SEBULAN PERTAMA
Pada bulan pertama (setelah pengambilan GC PLUS 4 minggu), badan sudah mula hilang semuanya dengan agak konsisten - lemak, air, glikogen, dan sedikit tisu otot. Sel-sel lemak semakin mengecil kerana lemak dimetabolismekan sebagai bahan bakar oleh badan. Ketika ini bodyfat semakin berkurangan.

Sekiranya pada bulan-bulan seterusnya weight loss menjadi lebih perlahan, itu adalah wajar. Ini kerana seiring dengan pengurangan berat badan, badan tidak memerlukan tenaga (kalori) sebanyak berat asal. Jadi, untuk melajukan weight loss, beberapa restriction perlu dibuat.

Antara yang selalu kami cadangkan:
  • berhenti ambil makanan/minuman bergula, atau
  • berhenti ambil makanan bertepung, atau
  • senaman ringan 10 minit sehari (sekadar untuk melajukan metabolisme), atau
  • ambil Nutrijuice (untuk menurunkan trigliseride)
Diana Ishak
Read more

3 cara KALIUM membantu menurunkan berat badan dengan mudah.

Kalium kurang diketengahkan sebagai bahan bantuan untuk penurunan berat badan - dari dulu hingga sekarang. Kalium berperanan dalam pelbagai fungsi otot, selular, jantung dan lain-lain. Disebabkan itu, ia juga berfungsi sebagai 'orang tengah' dalam penurunan berat badan.

Yang pertama, kalium membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dengan membantu boosting nutrien yang meningkatkan metabolisme seperti zat besi, magnesium dan kalsium.

Sebagai contoh, orang dengan kadar zat besi rendah selalunya mempunyai metabolisme yang rendah. Tetapi selalunya ia bukanlah kerana kekurangan zat besi tetapi kekurangan kalium. Tanpa kadar kalium yang betul badan tidak dapat memproses zat besi dengan berkesan.

Salah satu tanda kekurangan zat besi (yang mungkin disebabkan oleh tahap kalium yang rendah) adalah KELETIHAN. Tahap tenaga yang rendah menyebabkan kenaikan berat badan (dan susah turun berat badan). Dengan meningkatkan kadar kalium, tahap zat besi juga meningkat.

Yang kedua, kalium juga bergabung dengan magnesium untuk membantu pertumbuhan otot. Otot yang lebih besar dan kuat membakar lebih banyak kalori.

Yang ketiga, kalium menghalang water retention yang berlebihan. Sebagai elektrolit, kalium bergabung dengan natrium untuk mengatur cecair di sekitar sel dan mencegah badan dari menahan terlalu banyak air.

[Note : Elektrolit adalah mineral seperti magnesium dan kalium. Ia memainkan peranan penting dalam badan dalam mengatur keseimbangan air]

Pada waktu tertentu, badan mungkin menahan berat air hingga 1-2kg. Apabila tahap elektrolit menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi, keseimbangan bendalir berlaku. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat air (water weight).

Kita harus menyesuaikan pengambilan elektrolit dengan pengambilan air. Sekiranya minum terlalu banyak air, badan kehilangan banyak elektrolit. Kehilangan elektrolit boleh menyebabkan metabolisme menurun. Badan jadi letih dan susah menurunkan berat.

Sekiranya badan aktif tetapi kurang menerima air, badan memerlukan elektrolit tambahan untuk menggantikan elektrolit yang hilang melalui peluh. Elektrolit yang hilang melalui cara ini juga menyebabkan metabolisme berkurangan. Jangan terkejut walau banyak work out, berat tetap statik. Boleh jadi ini puncanya.

Sebagai recap, kalium membantu weight loss dengan 3 cara:
  • membekalkan tenaga (meningkatkan metabolisme)
  • membantu pertumbuhan otot (dengan bantuan magnesium)
  • menghalang water retention (berat air)
Pengguna GC PLUS yang dah biasa dengan produk ini, pasti perasan GC PLUS memberikan kesemua fungsi ini.

Tahu tak kenapa GC PLUS tak dibenarkan diambil oleh pesakit darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi?

Ini kerana, dalam GC PLUS ada kandungan KALIUM. Kalium boleh mengganggu fungsi ubat darah tinggi. Tetapi, kalium dapat membantu weight loss. So how?

Kami tetap tidak benarkan mana-mana pesakit yang mengambil ubat darah tinggi mengambil GC PLUS walaupun GC PLUS membantu weight loss. To us, lebih baik anda tumpukan kepada mengawal tekanan darah terlebih dahulu.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart