Kaedah Mudah untuk Meningkatkan Metabolisme (Disokong oleh Sains)

Metabolisme adalah tindak balas kimia dalam badan. Reaksi kimia ini menjadikan tubuh dapat berfungsi. Semakin tinggi metabolisme, semakin banyak kalori yang dibakar dan semakin mudah menurunkan berat badan. Mempunyai metabolisme yang tinggi dapat membuatkan badan berasa lebih baik. Ada beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme.

Fakta #1 Jangan skip protein, tetapi jangan berlebihan protein.
Protein menyebabkan metabolisme bertahan beberapa jam lebih dari nutrien lain. Ini kerana protein susah dicerna. Badan memerlukan kalori yang lebih untuk mencerna, menyerap dan memproses protein. Setiap kali mencerna protein, metabolisme badan meningkat sebanyak 15–30%, berbanding karbohidrat dan lemak.

Fakta #2 Minum air secukupnya, jangan berlebihan.
Orang yang minum air kosong atau air tanpa gula/krimer lebih senang menurunkan berat badan. Minuman bergula mengandungi kalori. Menggantinya dengan air kosong secara automatik mengurangkan pengambilan kalori.

Fakta #3 Berdiri dengan lebih banyak berbanding duduk.
Berbanding dengan duduk, berdiri dapat membakar lebih banyak kalori. Apabila berdiri, badan mengaktifkan jisim otot. Jisim otot membantu membakar lebih banyak kalori. Selain itu, semasa berdiri, sistem dalam badan lebih banyak 'berkerja' berbanding ketika duduk atau baring.

Fakta #4 Kualiti tidur
Kerap tidur lambat mengurangkan potensi mendapat tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti adalah pada sekitar 10 malam hingga 3 pagi. Tidur yang tidak berkualiti meningkatkan kadar gula dalam darah, meningkatkan hormon kelaparan (ghrelin) dan menurunkan hormon kenyang (leptin). Ini semua peluang mendapat obesiti.

4 cara mudah ini hanya boleh dilaksanakan jika ada keazaman yang kuat untuk menurunkan berat badan. Ia bukanlah jaminan, tetapi membantu mempercepatkan proses weight.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart