Kisah Maria
Sebahagian besar mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan mendapat kembali berat badan yang hilang kerana:
- mengambil kalori terlalu sedikit, yang menyebabkan kehilangan otot, atau
- tidak melakukan latihan kekuatan, yang menyebabkan kehilangan otot, atau
- kekurangan protein, yang menyebabkan kehilangan otot.
Kurang otot = kadar metabolisme yang lebih rendah.
Kita bagi contoh ala-ala Makcik Kiah. Tapi kita bagi nama Maria.
Ini Maria [gambar atas].
Berat badannya 82kg dan dia mahu turunkan menjadi 68kg. Dia mula berdiet dengan mengambil 1000 kalori kerana "bila semakin rendah calorie intake, semakin cepat berat badan turun".
Diet plan yang Maria ikuti ini menekankan pengambilan smoothie bayam dengan jus lemon setiap hari, serta mengesyorkan untuk tidak mengambil daging (red meat) kerana ia "menggemukkan", dan jangan ambil keju dan yogurt kerana "produk tenusu menyebabkan keradangan". Maria hanya ambil sedikit ayam 2-3 kali seminggu.
Maria mula berlari 5km setiap hari. Dia tidak enjoy semua ini tetapi berat badannya turun, jadi dia memaksa dirinya untuk bertahan dan dalam masa 4 bulan Maria berjaya menurunkan berat sebanyak 13 kg. Good job, Maria!
Bila berat badan sudah mencapai target, Maria berhenti mengikuti plan diet tersebut dan mengurangkan senaman kardio (berlari). Maria teruskan dengan menjaga pengambilan kalori tidak lebih dari 1000 kalori. Dia cukup tahu bahawa dia tidak boleh makan sebanyak ketika beratnya 82 kg.
Tetapi perkara pelik berlaku...
Berat badan Maria mula bertambah. Dan 4 bulan kemudian beratnya jadi 84kg!
Inilah masalah Maria:
- Dia lupa betapa pentingnya OTOT.
- Dia tidak melakukan apa-apa untuk mengekalkan otot semasa mempertahankan berat badan yang ideal.
OTOT memainkan peranan utama dalam menentukan BMR seseorang (Basal Metabolic Rate). BMR adalah jumlah kalori yang akan dibakar dalam tempoh 24 jam sekiranya kita tak berbuat apa-apa (contoh : menonton Netflix sepanjang masa).
Ketika kita menurunkan berat badan, BMR akan menurun. BMR akan turun sedikit ketika badan kehilangan lemak, tetapi penurunannya begitu sedikit.
BMR turun dengan BANYAK ketika jisim otot hilang.
Maria kehilangan BANYAK OTOT, BMRnya menurun, dan pengambilan kalori lebih rendah daripada yang dia sedar. Oleh itu berat badan cepat naik kerana bila jisim otot mengecut, pembakaran lemak menjadi sangat perlahan.
Inilah yang HARUS dilakukan Maria:
- makan lebih banyak kalori (standard kalori) sambil menurunkan berat badan.
- aktiviti kardio had kan pada 2-3 kali seminggu untuk membina otot.
- makan protein setiap hari. Protein memelihara otot.
Jangan jadi seperti Maria.