Kebenaran tentang memakan KARBOHIDRAT pada waktu malam

Makan karbohidrat pada waktu malam TIDAK akan menyebabkan badan gemuk, tetapi makan TERLALU BANYAK kalori secara berterusan yang akan menyebabkan badan membentuk lemak, tanpa mengira waktu.

Mitos yang sangat biasa dan sering disalahertikan ialah, makan karbohidrat (atau apa sahaja) pada waktu malam sebelum tidur akan menyebabkan kalori tersebut disimpan secara automatik sebagai lemak.

It's utter nonsense.

Kekeliruan bermula dengan anggapan bahawa metabolisme berhenti pada waktu malam semasa sedang tidur.

"Ini bermaksud badan tidak menggunakan karbohidrat tersebut, lalu ia akan terus disimpan ke sel-sel lemak!" ---> MORE NONSENSE.

Fortunately, badan kita jauh lebih kompleks daripada itu. Karbohidrat yang dimakan pada waktu malam itu tidaklah se-dreadful yang disangka. Ia sebenarnya membantu pemulihan sel, otot dan kualiti tidur.

Perlu diingatkan bahawa this post is simply referring to fat gain and the factor that causes it (makan banyak kalori). Bukan bermakna pengambilan karbohidrat pada waktu-waktu lain tak membantu pemulihan otot dan sel.

Just know that pengambilan karbohidrat pada bila-bila waktu TIDAK mempengaruhi penambahan berat badan, kecuali kita mengambilnya dengan banyak (excess calorie).

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart