Apakah jenis bentuk badan anda? - Part 1

(a) Bentuk badan apple

Orang dengan bentuk badan epal sebahagian besar berat badannya adalah di sekitar perut tetapi bahagian bawahnya kelihatan slimmer. Lemak perut - biasanya lemak viseral - boleh menyebabkan banyak risiko seperti penyakit jantung, barah, dan diabetes kerana lemak mengelilingi organ badan.

Lemak viseral (lemak perut) menyebabkan insulin resistance yang dapat mengakibatkan sindrom metabolik. Tetapi, lemak viseral, walaupun sangat berbahaya, ia mudah hilang jika diet yang sesuai diikuti.

Sindrom Metabolik ialah kombinasi diabetes, tekanan darah tinggi dan kegemukan

Disebabkan tahap insulin tidak teratur akibat lemak perut yang banyak, orang dengan bentuk badan apple perlu ambil makanan rendah glisemik.

Glisemik bermaksud seberapa cepat karbohidrat ditukar menjadi glukosa. Jadi, 'makanan rendah glisemik' bermaksud makanan yang kurang memberikan impak pada blood sugar anda

Diet rendah glisemik termasuklah :
- sayur-sayuran hijau
- kebanyakan buah-buahan
- kacang buncis

Elakkan/kurangkan :
- roti putih
- pasta
- nasi putih
- pastri
- makanan/minuman manis


(b) Bentuk badan hourglass

Anda akan dikategorikan sebagai hourglass body jika pinggul dan bahu adalah sama lebar.Badan hourglass adalah bentuk badan yang paling diingini kerana berat badan sekata seluruh badan.

Apabila berat badan bertambah, perbezaannya tidak ketara. Kalau ada pun, sekitar pergelangan tangan, pergelangan kaki atau wajah. Tetapi menjaga bentuk badan hourglass tidak mudah, terutama ketika umur meningkat. Bila umur meningkat dan berat bertambah, berat cenderung berkumpul di dada dan pinggul daripada perut.

Secara amnya, bentuk badan jenis ini tidak ada masalah untuk menurunkan berat badan. Orang yang memiliki badan hourglass jauh dari risiko diabetes, penyakit jantung dan barah daripada mereka dengan jenis badan apple yang mempunyai saiz pinggang besar dan lemak di sekitar perut.

Walau bagaimanapun, oleh kerana pertambahan berat badan selalunya tidak ketara, orang jenis ini selalu menganggap mereka sihat dan boleh makan apa sahaja "susah nak nampak gemuk". Selalunya berat jenis ini mudah dapat kolesterol tinggi akibat kurang peka dengan berat badan.

Bentuk badan hourglass perlu kurangkan :
- makanan yang diproses
- makanan bergula
- kafein
- makanan tinggi lemak

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart