GC Plus

Kitaran haid yang tak teratur

 

 .

Ramai wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur kadang-kadang dalam hidup mereka.👩
Pil diet termasuk dalam kategori ini, dan sering menyebabkan kitaran haid kucar-kacir, namun ia bersifat sementara.

Apa kaitan 💊 pill diet dan irregular periods?

Ok, macam ni.
Bila badan tiba-tiba mula berkerja dengan cepat untuk membakar lemak, kehilangan lemak akan berlaku lebih cepat dari biasa.
Ini menyebabkan hormon kesuburan terganggu yang diakibatkan oleh kehilangan estrogen secara mendadak.
Jadi, untuk yang baru menggunakan GC Plus, gangguan kitaran haid ni memang dijangkakan kerana GC Plus bertindak untuk meningkatkan metabolisme. Jadi, jangan risau, it will slowly return to normal cycles.

Sebenarnya, kalau bukan sebab GC Plus pun, kitaran haid ni memang boleh jadi kucar-kacir atas sebab yang lain, antaranya :

🏋🏻 Terlalu kuat bersenam. Pernah dengar tak pelari marathon 🏃🏻 kerap dapat kitaran haid yang tak teratur? Ini bukan auta tapi fakta tau. Latihan (sukan/senaman) 🏋🏻 yang ketat ditambah pula dengan lemak badan yang rendah memberikan tekanan pada badan. Tekanan ini memberitahu otak kita untuk berhenti menghasilkan hormon kesuburan.

💊 Mana-mana ubat yang melibatkan hormon seperti ubat tiroid, steroid, atau dopamin - boleh mempengaruhi period.

🐛 Terdedah dengan pesticide. Selalunya mereka yang rutin berkebun atau bekerja di makmal terdedah dengan risiko ini. Pesticide menyekat hormon dalam badan menjadikan sistem endokrin susah berfungsi dengan betul.

😩 Stress/tekanan.

👩‍❤️‍👩 Pengambilan pil kawalan kelahiran (birth control).

👵🏻 Menghampiri waktu menopos.

😴 Tidur yang tak cukup.

💤 Otak menghasilkan hormon melatonin untuk memberi isyarat kepada badan bahawa sekarang adalah masa untuk tidur. Tapi bila kita travel ke negara lain yang zon masanya tak sama dengan negara kita, badan yang sepatutnya sudah mula hasilkan melatonin (kerana sepatutnya sudah malam waktu tidur), akan menyekat hormon kerana di lokasi baru ianya masih waktu siang. Perubahan hormon ini buatkan period terganggu.

Diana Ishak
Read more

Fakta menakutkan tentang berat badan

 .

Fakta menarik tentang berat badan.

Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kurangkan makan, makan makanan sihat dan bersenam boleh menurunkan berat badan. If only it were that easy. 😔😔

Berikut adalah 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu (tetapi perlu tahu) mengenai berat badan anda. Klik setiap gambar untuk bacaan lanjut.

Errr...point nombor 5 agak menakutkan 😲😲.

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Makanan-makanan ini akan menggagalkan misi anda untuk kuruskan badan!

 .

Percaya tak, kebanyakkan makanan yang kita tak sangka ada gula di dalamnya, merupakan makanan yang paling tinggi gula. Ada di antara makanan ini kita sangka makanan yang sihat, padahal tak! Kandungan gula di dalamnya agak tinggi. Gula sebenarnya 'culprit' dalam kegagalan anda menurunkan berat badan. Jom tengok makanan apa yang ada kandungan gula yang tinggi.

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Minum air banyak boleh kurus - hanya mitos?

 

 .

Kita diajar untuk minum air dengan banyak setiap hari. Katanya 2-3 litres per day will detoxify all the fat and burn stubborn fat. Ada juga yang kata kalau minum banyak air nanti perut jadi lebih kenyang. Bila kenyang kita tak ada rasa nak makan sangat. Well, in a way it's true. Tapi fahaman tu ada sikit 'terpesong'. Meh kami nak bagi perjelas biar clear.

Begini, air tak mempunyai kalori. Sedangkan apa saja yang kita makan, termasuk air, akan diproses oleh badan. Pemprosesan makanan akan menggunakan tenaga. Tenaga dihasilkan dari pembakaran lemak. Jadi, apabila lebih banyak air yang diminum, lebih banyak lemak dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi memproses air yang diminum tadi. Sedangkan sebanyak mana air yang kita minum tidak akan menambah kalori dalam badan. Sebab itulah bila kita minum lebih banyak air, badan akan menjadi lebih cepat kurus. Bukan air itu yang menjadikan kita kurus. Tapi dengan memproses lebih banyak air lah yang akan membantu badan kita menjadi lebih cepat kurus. Apetah lagi kalau ambil GC Plus yang sememangnya mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Renung-renungkan 😁.

 

Diana Ishak
Read more

Kenapa pengidap PCOS susah nak turunkan berat badan.

Ada yang berminat nak cuba GC Plus tapi dalam masa yang sama ada PCOS?

Kami memang tak galakkan those yang ada PCOS untuk ambil GC Plus. Kerana condition PCOS memang cenderung kepada pertambahan berat badan. Situasinya begini :

1. Insulin mengangkut gula kepada otot. Jika badan ada lebih gula daripada yang diperlukan, ia akan menyimpannya sebagai lemak untuk digunakan kemudian bila perlu. Penghidap PCOS menghasilkan lebih banyak insulin dari yang diperlukan. Ini bermakna lebih banyak gula ditukar ke dalam bentuk lemak.

2. Penghidap PCOS mempunyai kadar metabolisme yang lebih perlahan.

3. Penghidap PCOS susah merasa kenyang selepas makan. Ini bermakna mereka terus berasa lapar, walaupun telah makan semua nutrien dan kalori yang diperlukan.

Bermakna, penghidap PCOS memang sukar nak menurunkan berat badan kerana ini melibatkan masalah hormon. Pengambilan GC Plus kurang membantu. Bukan kerana bahan-bahannya tak sesuai untuk penghidap PCOS tetapi kadar penurunannya yang lambat berbanding normal atas sebab masalah hormon. Tapi kalau nak cuba apa salahnya 😀.

 .

Diana Ishak
Read more

Boleh tak pengidap LUPUS ambil GC Plus?

 

 .

Sesiapa yang mengidap LUPUS, sila ambil perhatian.

🔹 Pengidap SLE/LUPUS akan alami kesukaran untuk mengawal berat badan. Lupus boleh menyebabkan pertambahan berat badan atau kehilangan berat badan, tetapi kedua-dua keadaan boleh diurus dengan baik dengan rawatan yang betul.

 .

🔹 Lupus adalah penyakit autoimun kronik. Ia adalah penyakit yang berlaku akibat sistem imun badan menyerang diri sendiri. Ini boleh menyebabkan kerosakan tisu, keradangan dan kesakitan.

 .

🔹 Lupus tidak mempunyai penawar, tetapi ada rawatan berbentuk ubat-ubatan termasuk kortikosteroid, ubat anti-malaria dan aspirin. Kortikosteroid menyebabkan berat badan bertambah.

 .

🔹 Ubat-ubatan ini merangsang selera makan dan boleh memperlahankan metabolisme badan. Jika berat badan bertambah disebabkan ubat-ubatan ini, cuba ubat diet anda.

 .

🔹 Jangan ambil sebarang makanan tambahan termasuk pil diet tanpa terlebih dahulu tanya kepada doktor.

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Tentang Berat Badan

 

 .

🍃 ketika menimbang berat badan, banyak faktor yang mempengaruhi angka yang tertera pada penimbang. Misalnya, tulang, otot, air, dan lemak. Yang perlu diambil kira bukanlah berat badan keseluruhan tetapi peratusan lemak dalam badan.

 .

🍃 BMI tidak terpakai sepenuhnya dalam mengukur berat badan. Ahli bina badan pasti mempunya BMI 'oevrweight' sedangkan sebahagian berat badannya adalah otot, bukan lemak.

 .

🍃 menurunkan berat badan sepatutnya proses mengurangkan kandungan lemak, bukannya mengurangkan berat otot. Apabila menahan lapar, anda sebenarnya bukan saja mengurangkan lemak tapi otot juga. Sedangkan kehilangan berat otot akan menyebabkan metabolisme menjadi perlahan sehingga sampai ketikanya badan anda akan kembali gemuk dengan cepat kerana otot semakin kurang menghasilkan tenaga.

 .

🍃 anda ada lemak di bahagian perut? Lemak di perut dikaitkan dengan penyakit diabetes, kardiovaskular, bahkan cenderung untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, ukuran pinggang ideal adalah 100cm. Sementara wanita ukuran pinggang 88cm saja.

 .

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Mengenai Teh dan Berat Badan

 

 .

Air kosong tak mempunyai kalori. Kalau minum banyak-banyak pun tak apa. Akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan sebab badan akan memproses air kosong tadi. Dan setiap kali badan proses air, ia tetap membakar lemak kerana perlukan tenaga.

Ramai yang cakap tak boleh minum air kosong banyak-banyak, nak termuntah. Ok takpe. Mulai hari ni boleh start minum teh. Sebab teh pun tak ada kalori. TAPI, JANGAN TAMBAH GULA ATAU SUSU!

Berbeza dengan teh herba, terutamanya yang berasaskan buah-buahan (macam teh Lipton ada perasa mangga, perasa lemon), yang dibuat dengan ekstrak atau kepingan sebenar buah-buahan. Ok teh jenis ni ada kalori. Jangan minum teh jenis ni kalau nak turunkan berat badan.

 .

☕ Black tea/teh hitam ada lebih banyak kafein dan antioksidan yang menurunkan berat badan. Lebih segar mata kalau ambil teh jenis ni.

 .

☕ Green tea/teh hijau ada sedikit kaffein tapi ada antioksidan yang sangat tinggi. Berat badan dan kolesterol juga cepat turun. Sebab tu green tea ni ada dalam kedua-dua produk GC Plus dan Nutrijuice.

 .

Diana Ishak
Read more

Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula supaya lebih cepat kurus.

 

 .

Terima kasih sebab beli GC Plus 2 botol sekaligus!

Excited nampaknya semua nak kuruskan badan kan? Ni mesti dah plan nak pakai kebaya nyonya raya depan. Ok ni kami nak bagi tips sikit untuk 'lajukan' sikit badan turun berat.

MESTI STOP AMBIL MAKANAN/MINUMAN BERGULA.

Tapi kami tau bukan senang nak stop makanan bergula. Dugaannya lagi kuat dari berpuasa. Tapi ni kami nak bagi tips. Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula :

 .

🔴 Makan buah - walaupun buah ada gula semula jadi, tapi ia adalah pilihan yang lebih sihat sebab di dalamnya ada vitamin, mineral dan serat.

 .

🔴 Buat peraturan pengambilan dessert - Minggu 1: Maksimum sekali sehari. Minggu 2 : dua kali seminggu. Minggu 3 : seminggu sekali.

 .

🔴 Jangan skip waktu makan - Bila anda terlepas waktu makan, anda membuatkan badan menjadi semakin lapar. Bila badan dah jadi terlalu lapar, anda cenderung untuk makan apa saja untuk membawa tahap gula dalam darah kembali normal.

 .

🔴 Jangan simpan gula-gula atau makanan bergula dalam beg tangan atau peti sejuk - too tempting!

 .

🔴 Bila teringin nak makan makanan manis, go for a walk - keinginan untuk makanan manis menurun selepas senaman.

 .

🔴 Baca label untuk lihat gula tersembunyi : dextrin, dextrose, fruktosa, syrup, galaktosa, glukosa, madu, maltosa, laktosa, mannitol, sorbitol, xylitol.

 .

 

Diana Ishak
Read more

Ambil GC Plus tak bagi efek pada buah pinggang?

 

 .

Soalan yang selalu kami terima dari bakal pengguna GC Plus adalah "Tak apa ke ambil produk ni? Tak rosakkan buah pinggang ke?".

Kami faham apa yang anda maksudkan. Anda maksudkan tentang kreatinin.

Bagi yang tak tau, kreatinin adalah produk yang melalui buah pinggang untuk ditapis dan dihapuskan dalam air kencing. Kreatinin terhasil apabila seseorang mempunyai otot yang lebih dari normal. Dalam bahasa mudah, lebih banyak otot yang dibina, lebih banyak kreatinin yang terhasil.

Dalam GC Plus, semua bahan-bahan yang digunakan adalah 100% natural. Tiada bahan kimia dalam GC Plus. Semua bahan adalah bahan mentah saja. Sebab itulah GC Plus takkan membuatkan badan anda susut dengan mendadak, kerana semua bahan yang digunakan adalah natural product. Natural product tindakbalasnya perlahan tetapi SELAMAT.

Antara bahan yang digunakan dalam GC Plus dan terbukti mengurangkan tahap kreatinin adalah :

🍃 teh hijau

🍃 kalonji oil

🍃 mengkudu

🍃 bawang putih - bawang putih mampu mengurangkan kreatinin. Bawang putih telah terbukti boleh melindungi buah pinggang daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga berkesan menurunkan tekanan darah tinggi. Sehubungan itu, bawang putih adalah baik untuk orang yang mempunyai tahap kreatinin tinggi.

.

Diana Ishak
Read more

Kaitan gula dan berat badan

  • Sakit sendi
  • Kaviti
  • Pertambahan berat badan
  • Hilang fokus (minda)
  • Sentiasa berasa lapar

Penyakit di atas bukan disebabkan masalah berat badan semata-mata tapi ada kaitan dengan pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh membawa kepada pengambilan makanan berlebihan. Kedua-dua tindakan ini, dalam masa yang panjang, boleh mengakibatkan diabetes. Amat penting untuk memahami kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan gula yang berlebihan. Berikut adalah sebahagian daripada gejala yang paling umum yang berkaitan dengan makan terlalu banyak gula :

1. Kesukaran mendapatkan fokus

Gula meningkatkan keperluan insulin untuk badan. Bila gula dalam badan tinggi, insulin akan dibebaskan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Dan bila gula dalam rendah rendah, badan akan mengurangkan penghasilan insulin pula. Untuk sesetengah orang, badan tak dapat hasilkan insulin yang cukup (atau tak hasilkan lansung). Ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Bila paras gula dalam darah meningkat, badan akan menjadi cepat lapar, cepat letih, lenguh-lenguh dan otak juga mula hilang fokus perlahan-lahan, sekaligusnya membuatkan anda jadi stress. Selalunya, mereka yang mengidap diabetis akan mengalami gejala ini. Sekiranya anda perasan gejala ini berlaku pada anda, berjumlah dengan doktor. Mungkin itu tanda-tanda anda menghidap diabetis.  

 

2. Sakit sendi

Karbohidrat meningkatkan tahap gula dalam darah anda, menyebabkan sendi mengalami keradangan.Iini adalah kerana apabila badan menerima gula, ia bertindak balas dengan melepaskan mesej keradangan (tindakbalas neuron). Sebab itulah apabila kandungan gula dalam darah tinggi, kita mudah merasa sakit sendi dan lenguh badan. Pernah tak terbaca testimoni pengguna Nutrijuice yang kata selepas ambil Nutrijuice badan rasa ringan dan sakit sendi berkurangan? Ini sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan. Ini adalah kerana Nutrijuice membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Biula kandungan gula dalam darah terkawal, secara otomatik, sakit sendi berkurangan dan badan menjadi lebih ringan.

3. Kaviti

Cara paling senang nak lihat samada kita mengambil terlampau banyak makanan bergula adalah dengan melihat gigi sendiri. Seperti doktor gigi pernah bagitau, gula menyebabkan kaviti. Gula yang berlebihan pada gigi akan mewujudkan asid yang akan menghakis enamel gigi. Jadi, kalau gigi banyak berlubang, itu cukup menunjukkan bahawa anda mengambil terlalu banyak makanan bergula. 

4. Pertambahan berat badan

Kita semua tahu petunjuk gula menyebabkan pembentukan lemak - dan lemak membawa kepada pertambahan berat badan. Hormon dalam badan kita boleh terjejas oleh pengambilan gula yang tinggi. Leptin adalah hormon yang membolehkan badan anda tahu bila sepatutnya anda berhenti makan. Tapi, apabila badan tinggi dengan gula (fruktosa), ini membawa kepada rintangan terhadap leptin. Bermakna, bila kandungan gula dalam darah tinggi, badan akan menjadi resistan terhadap leptin, dan leptin tidak lagi berfungsi untuk memberi 'amaran' bahawa anda-sudah-kenyang-silalah-berhenti-makan. Bila leptin tak lagi berfungsi dengan sepatutnya, secara otomatik anda selalu merasa lapar, dan pertambahan berat badan pun berlaku. Jadi, tolonglah kurangkan pengambilan gula. Sebab itulah GC Plus ada herba yang membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah kerana gula sebenarnya the real 'culprit', punca kegemukan.

5. Cepat lapar

Gula tidak hanya ada dalam gula-gula. Gula juga terdapat dalam karbohidrat seperti roti dan mee. Ingat! Gula menyebabkan pembentukan lemak. Jadi, jika anda makan hidangan yang kebanyakannya karbohidrat (roti dan mee), badan lebih cepat hilang tenaga kerana gula akan tersimpan dalam sel lemak. Ini menyebabkan badan mula mengidam lebih banyak makanan untuk menambah tenaga, sedangkan tenaga itu semuanya tersimpan dalam sel lemak. Bukan tak boleh ambil karbohidrat, tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat yang tinggi gula seperti roti dan mee (makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi). Pilih nasi, itu lebih baik. Sebab itu kami di GreenAard tak pernah salahkan nasi. Malah, kami galakkan ambil nasi. Jangan cuba-cuba untuk menahan lapar untuk kurus. Menahan lapar bukan bermakna tak boleh ambil nasi, tapi pilihlah makanan yang sihat dan kurang gula seperti roti dan mee.

 

Diana Ishak
Read more

Kenapa bersenam bukan pilihan terbaik untuk kurus?

Tau tak yang penurunan berat badan tak bergantung kepada senaman sepenuhnya. Diet tu lebih penting. Boleh dikatakan kalau nak kurangkan berat badan, 70% diet dan 30% senaman. Tanpa kawalan makanan, memang susah nak turun berat.

Sebab itu GC Plus antara fungsinya adalah mengurangkan rasa lapar. Dengan cara itu, kita mengawal makanan tanpa sedar. Tapi, jangan sampai tak makan lansung. Makan tetap kena makan tapi pilihlah makanan yang sihat. Kalau tak makan KFC sebulan pun tak apa kan? Tak minum coke 3 bulan pun tak apa kan? Masih boleh makan nasi, masih boleh minum air putih. Jadi, pilihlah yang lebih baik.

Kebanyakkan orang yang rajin bersenam menganggap mereka kurus kerana rutin senaman itu. Manakala bila kita lihat orang gemuk, kita anggap dia tak bersenam sebab tu badan jadi macam tu.

Yang sebenarnya, komposisi badan kita banyak dipengaruhi oleh faktor genetik. Bukan kerana senaman. Kerana ada juga kelompok yang bersenam tetapi masih berat tak turun.

Tapi, diet sangat mempengaruhi bentuk badan. Mereka yang mengambil banyak makanan karbohidrat akan menjadi kurang keinginan untuk bersenam kerana kesan metabolik diet yang sedemikian (karbohidrat). Tenaga dari karbohidrat kebanyakkannya terperangkap dalam sel lemak, membuatkan badan tak menerima tenaga yang cukup, lantas menyebabkan keletihan. Bila letih, otomatik rasa mengah bila bersenam.

Tapi tak bermakna bersenam tu tak bagus. Bersenam bagus untuk kesihatan - jaga jantung dan kurangkan tekanan tetapi bukan pilihan terbaik untuk kurus. Nak kurus, kena diet. Diet bukan bermaksud berlapar, tapi pilih-pilihlah makanan yang nak dimakan ok?

 

 

Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart