GC Plus

Kenapa Berat Badan Bertambah Walaupun Berdiet

Dalam keseronokkan pengguna yang dapat menurunkan berat badan selepas ambil GreenAard, ada juga segelintir yang mengadu berat badan bertambah 1-2kg.

Kenapa jadi macam ni?

Kalau anda ambil makanan berkalori lebih banyak dari biasa atau berhenti bersenam, jangan buat-buat terkejut kalau nampak nombor pada penimbang berat semakin lama semakin bertambah. Tapi, macamana pulak kita kawal makan, makan hanya makanan berkhasiat, bersenam secara rutin dan juga ambil GreenAard, tapi berat badan tetap naik. Pelik kan?

1. Tak cukup tidur

Tak cukup tidur atau tidur lewat akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan. Perubahan hormon akan membuatkan anda merasa sentiasa lapar dan lambat rasa kenyang. Inilah yang membuatkan anda sentiasa ada rasa hendak mengunyah setiap masa. Selain dari itu, apabila anda tidur lewat, kebarangkalian untuk anda mendapatkan snek malam (supper) adalah tinggi. 

2. Stress

Apabila kita merasa tertekan, badan dan akan bertukar ke mode survival, lalu hormon kortisol iaitu hormon tekanan akan dirembeskan. Hormon ini akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar. Dan selalunya, dalam keadaan tegang begitu, anda lebih cenderung untuk mengambil makanan berkalori tinggi.

3. Ubat Antidepressan

Kalau anda ada mengambil ubat-ubatan antidepressan, cubalah berbincang dengan doktor sekiranya dia ada alternatif lain bagi menggantikan ubat tersebut kerana antidepressan sememangnya akan memberikan kesan pertambahan berat badan. 

4. Steroid

Steroid sememangnya diketahui akan menyebabkan pertambahan berat badan. Ia menyebabkan anda sentiasa berselera untuk makan dan ia juga menyimpan air dalam badan dengan banyak. Steroid juga akan menyimpan lemak disekitar muka, leher dan perut. Sekiranya anda telahpun mengambil steroid lebih dari seminggu, jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ini akan membawa kepada keadaan yang lebih serius. Bincang dengan doktor terlebih dahulu.

5. Ubat-Ubatan Lain

Ubat darah tinggi, kencing manis, sawan, migrain dan ubat untuk merawat penyakit bipolar dan skizofrenia membawa kepada pertambahan berat badan.

 

6. Pil Perancang

Pil perancangan kehamilan memang akan menyebabkan berat badan bertambah tetapi ini bukanlah kesan panjang. Jadi, sekiranya anda menggunakan pil perancang dalam masa yang sama ingin menguruskan badan, ia agak contradict di situ.

7. Hypothyroidsim

Jika tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, anda akan berasa letih, lemah dan bertambah berat badan. Tanpa hormon tiroid yang cukup, metabolisme anda menjadi lambat dan inilah yang membuatkan berat badan meningkat.

8. Menopaus

Kebanyakkan wanita akan bertambah berat badan semasa menopaus akibat perubahan hormon. Tetapi, perubahan hormon bukanlah satu-satunya punca berat badan bertambah. Ini kerana, seiring dengan pertambahan usia, metabolisme badan menjadi semakin lambat dan pembakaran kalori juga menurun. Ditambah lagi semakin meningkat usia semakin pergerakan fizikal menjadi  terhad, membuatkan senaman bukanlah sesuatu yang dijadikan rutin. Untuk melihat samada berat badan anda ada kaitan dengan menopaus, perhatikan di mana lemak anda berkumpul. Ini kerana, pertambahan berat badan yang disebabkan menopaus dapat dilihat dengan pertambahan lemak di sekitar perut dan pinggang, berbanding di sekitar peha dan punggung.

 

9. Cushing Syndrome

Pertambahan berat badan adalah simptom utama sindrom Cushing, sindrom di mana pesakit terdedah dengan hormon kortisol yang banyak dalam badan. Sindrom Cushing ini berlaku pada pesakit yang mengambil steroid untuk asthma, athritis dan lupus. Sindrom Cushing menampakkan pertambahan berat di sekitar leher, muka, bahagian atas belakang badan dan juga pinggang.

10. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PCOS adalah masalh hormon yang biasa terjadi pasa wanita. PCOS menyebabkan ketumbuhan cyst pada ovari. Ketumbuhan ini seterusnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan mengganggu kitaran haid dan jerawat yang banyak terhasil. PCOS juga membuatkan penghidap resistan terhadap insu1in yang merupakan hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah. Inilah punca penghidap PCOS mengalami pertambahan berat badan kerana badan tidak dapat menyeimbangkan kandungan gula. 

 

11. Berhenti merokok.

Berhenti merokok sangat baik untuk kesihatan. Tapi ia akan membuatkan berat badan anda bertambah berbanding semasa merokok. Mereka yang berhenti merokok selalunya akan mengalami pertambahan berat sekitar 5kg. Tetapi ini hanyalah berat badan yang bersifat sementara. Selalunya selepas bebrapa minggu berhenti merokok, anda lebih mudah mengawal berat badan.

Sekiranya berat badan bertambah walaupun sudah berdiet dan melakukan aktiviti fizikal secara rutin, perlu ingat bahawa :

1. Jangan berhenti dari mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor kerana anda tak tahu apa masalah yang akan timbul sekiranya anda berhenti tanpa berbincang dengan doktor.

2. Jangan bandingkan kesan yang diterima oleh orang lain dengan anda. Tak semua orang dapat kesan penurunan berat yang sama. Walaupun 100 orang mengalami penurunan berat badan setelah mengambil GreenAard, ada kemungkinan dia tak berlaku pada anda, ataupun kesannya amat lambat sekali.

3. Jika berat badan hanya dari water retention, ia bukanlah berat badan kekal atau lemak. Amalkan diet rendah natrium dalam masa yang sama.

4. Banyakkan bergerak! Kerana cepat atau lambat sesuatu proses penurunan bergantung juga kepada kelajuan metabolisme. Sekiranya badan akan mempunya metabolisme yang sangat rendah, anda perlu bantu badan anda dengan melakukan aktiviti fizikal secara rutin. 

Diana Ishak
Read more

Period jadi tak teratur setelah ambil GC PLUS.

Dari semasa ke semasa, wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Tempoh haid yang tidak teratur boleh berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon, stress dan pertambahan/penurunan berat badan. Kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid menjadi sedikit, banyak, kitaran lebih pendek atau lebih panjang dari biasa. Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan ketidakaturan itu.

Satu kitaran haid yang normal adalah sekitar 25-36 hari dengan purata 28 hari. Pada kitaran haid yang tetap, seorang wanita mengalami haid selama 3-7 hari dan jumlah darah yang hilang kira-kira 14-75ml. Kitaran haid diransang oleh hormon. Hormon-hormon ini menghantar isyarat yang menyebabkan pembebasan estrogen dan progesteron.

Kehilangan berat badan kerana berdiet boleh hormon pembiakan kurang dihasilkan. Inilah yang menyebabkan kecelaruan kitaran haid. Sepanjang kitaran haid pula akan berlaku turun naik tahap hormon. Perubahan yang teruk berlaku semasa 1 atau 2 minggu sebelum haid bermula.

Perubahan hormon menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Walaupun tidak memakan makanan yang berkalori tinggi, badan boleh naik beberapa gram (atau mungkin kg!). Perubahan hormon juga membuatkan pertambahan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan perut menjadi kembung dan berat bertambah. Tapi jangan risau, ini bersifat sementara saja. Apabila haid datang, semua ini akan hilang.

Ketika seseorang mengambil GC PLUS, berat akan mula menurun. Penurunan berat badan akan meng-kacau-bilau-kan kitaran haid BUAT SEMENTARA, sekitar 1-2 period cycle. Jangan takut. This is NORMAL ketika badan mengalami 'kejutan' akibat perubahan diet dan penurunan berat badan.

Diana Ishak
Read more

Berat bertambah bila bersenam

 

 .

Hari-hari bersenam macam nak rak! 

Dengan jogging-nya, dengan sit-upsnya, dengan lompat kataknya.....tapi bila timbang badan, berat bertambah!

Kenapa?

Ok, pertama sekali perlu diingat bahawa situasi ni tak berlaku pada semua orang, jadi jangan jadikannya alasan untuk takut bersenam. Walaubagaimanapun, sekiranya ini berlaku pada anda, lebih-lebih lagi jika anda berdiet, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tapi berat air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana bersenam mengakibatkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Sebab itulah selepas bersenam kita mudah rasa sakit-sakit badan.

Dalam masa yang sama badan akan 'berusaha' untuk menyembuhkan koyakan kecil ni.

Cara penyembuhan koyakan kecil gentian otot ini adalah badan akan menghasilkan bahan perantara (cecair) yang akan bergerak ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. Pergerakan ini akan membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Aktiviti yang berlaku di kawasan koyakan ini akhirnya menyebabkan keradangan dan membengkak. Cecair yang diperlukan untuk melawan keradangan tadi sudah tentunya akan memberi sedikit pertambahan pada berat badan. Dan ianya bersifat sementara. 

Dan sudah tentu, mengambil makanan yang sihat (bukan sekat makan terus) dan berehat dengan cukup amat membantu badan (koyakan kecil pada gentian otot) pulih dengan cepat TETAPI kunci utama adalah be consistent. Badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan apatah lagi bila anda sedang berdiet. Berikan masa kepada diri sendiri.

Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak lebih-lebih lagi di sekitar abdomen.

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam dan berdiet adalah kerana badan anda lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Sekiranya berat anda bertambah 1kg sebulan walaupun anda mengambil pil kurus, itu adalah normal. Ini kerana pil kurus membantu menambahkan metabolisme dalam badan. Peningkatan metabolisme secara tiba-tiba juga akan menyebabkan keradangan yang bersifat sementara.

Sesetengah pengguna GC Plus kurang sabar dan ingin kesan (turun berat badan) itu nampak dengan segera tanpa mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dilalui oleh badan dalam proses ini.

GC Plus bukan sahaja membantu anda mendapatkan berat badan ideal, tetapi juga menambah otot (increas lean muscle). Semakin bertambah otot bermakna semakin bertambah metabolisme badan. Semakin bertambah metabolisme badan maka semakin cepat badan mendapat berat badan ideal. Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan anda bertambah pada awal pengambilan. Anda akan nampak mungkin peha anda lebih besar sedikit berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan peha nampak lebih besar. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat kaki idaman :)

Antara kesilapan mereka yang bersenam atau yang mengambil GreenAard adalah terlalu overestimate berapa banyak kalori yang telah diguna oleh badan setiap kali bersenam/mengambil GC Plus sehingga mereka underestimate berapa banyak kalori pula yang ada dalam makanan yang telah diambil. Bila mereka merasakan yang meraka tidak makan nasi, maka mereka berharap akan ada pengurangan berat badan. Dan mereka cenderung untuk mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi. Tahu tak anda perlukan 2 jam senaman kardio untuk membakar kalori SEBIJI DONUT? Baiklah makan nasi. Satu cawan nasi baru 40g karbohidrat. Badan kita perlukan 130g karbohidrat sehari. Tiga kali makan nasi sehari pun baru 120g. Makan dengan lauk sayur (fiber), ikan (protein) dan ayam panggang (protein). Lebih kenyang!

Sebab itu bila ada pengguna GC Plus yang kata "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Sepatutnya begitulah.

Tapi, senaman saja tidak mungkin menyebabkan penurunan berat badan. Anda perlu mengurangkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan, yang bermaksud menukar diet anda. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergantung kepada GC Plus untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus hanya bantu meningkatkan metabolisme badan supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tapi ia takkan merubah apa-apa sekiranya anda makan tanpa kawalan. Anda perlu tukar diet. Tukar diet bukan bermaksud tahan lapar dan sekat makan, tetapi makan makanan yang sihat. Barulah proses turun berat itu menjadi lebih cepat.

Ada juga yang merasakan apabila sudah bersenam selama 2 jam maka it's ok untuk makan lebih.
Makanan bukanlah sejenis reward ya.
Kerana makanan akan membuatkan badan perlu membakar kalori dengan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar ketika bersenam.

Sekiranya anda tak mengamalkan pemakanan yang betul juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Mereka yang hanya makan sekali sehari selalu beranggapan badan akan lebih cepat kurus. Ini anggapan yang sama sekali salah! Kurang makan secara mendadak atau pemilihan makanan yang salah menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada badan yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. 

Jadi, don't give up!
Berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'.
Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri anda yang perlukan penelitian. 

 

Diana Ishak
Read more

Kami tunjukkan bagaimana GreenAard tak memerlukan anda berlapar.

Semua orang berusaha nak dapatkan berat badan ideal. Tapi tak perlu sehingga dapat kesan pening, loya dan muntah. Jika anda mengalami pening kepala atau gejala-gejala lain yang serupa apabila mengambil GreenAard, ia menunjukkan bahawa hilang beat badan dengan cara yang tak betul di samping kelhilangan nutrisi dalam badan. 

Pening Disebabkan Kehilangan Berat Badan

Apabila anda kurangkan pengambilan kalori dalam makanan SECARA DRASTIK, pasti anda akan merasa pening. Lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan diet rendah carbohidrat (low-carb diets). Walaupun low-carb diets ni popular dikalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan, tapi inilah sebenarnya salah satu punca mengapa anda berasa pening. Kekurangan karbohidrat dalam badan memang menyebabkan pening kerana otak manusia lebih 'sukakan' karbohidrat sebagai sumber tenaga. 

Penurunan Berat Badan Yang Selamat

Untuk mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan di samping mengurangkan risiko kesan sampingan seperti pening, loya, mengantuk dan keletihan, jangan kurangkan pengambilan kalori secara drastik. Memandangkan GreenAard menyebabkan anda kurang berasa lapar, ini akan membuatkan anda lupa untuk makan. Seterusnya, akan mengakibatkan otak kurang mendapat tenaga dari karbohidrat. Sebab itulah kami nasihatkan anda untuk tetap makan walaupun kurang merasa lapar. Tak perlu makan makanan yang berat, memadai makan sedikit tapi makan makanan yang sihat (bukan junk food). Ini kerana, dengan mengurangkan kalori sebanyak 500-1000 kalori sehari, berat badan akan berkurangan 400-900g seminggu. Nampak macam tak berkesan kan? Tapi inilah sebenarnya penurunan berat yang sihat. Tak perlu turun berat sehingga 5kg sebulan untuk membuktikan bahawa pil yang anda ambil ini berkesan. Sekiranya anda turun berat hanya 1kg sebulan pun dah memadai kerana itulah penurunan berat yang sihat.

Punca Lain

Jika pengambilan kalori adalah mencukupi untuk kadar yang selamat bagi penurunan berat badan tapi anda masih lagi mengalami pening, ini mungkin disebabkan oleh perkara lain. Kerana pening boleh juga berpunca dari masalah jantung, dehidrasi (kurang air dalam badan), anemia, atau kerana amengambil ubat-ubatan tertentu atau jangkitan telinga. Boleh jadi juga tahap gula dalam darah terlalu rendah akibat dari terlalu lama berlapar atau pengambilan kalori tak mencukupi.

Mengelakkan Pening

Untuk kurangkan risiko pening semasa berdiet, kami nasihatkan anda makan dengan lebih kerap setiap beberapa jam, dalam kuantiti yang kecil. Ini untuk mengelakkan penurunan mendadak gula dalam darah. Ambil sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari (melainkan anda di bawah seliaan doktor) dan makan sekurang-kurangnya 130g karbohidrat setiap hari. Kalau nak ambil karbohidrat lebih dari 130g pun boleh, tapi pastikan anda bersenam kerana bersenam memerlukan karbohidrat yang lebih sebagai sumber tenaga. Kalau nak makan lebih karbohidrat tanpa bersenam pun boleh, cuma proses penurunan berat badan akan menjadi lebih slow :)

 

 .

 

Diana Ishak
Read more

Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain

 .

Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GreenAard. 
Padahal, dia dah cuba untuk kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin.
Tapi, berat badan kekal tak ada penurunan. 
Sedangkan kawan tadi tak bersenam pun malah makan sesedap rasa. tapi masih boleh turun berat sehingga 5kg sebulan.

Kenapa?
 
Mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, samada cepat atau lambat.
 
Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih akan menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak dalam badan menjadi lebih cepat.

Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza, contohnya, lelaki di kawasan perut yang biasanya lebih mudah untuk mengalami kehilangan lemak, manakala wanita pula di punggung dan paha yang biasanya lemak lebih sukar dibakar.

Selain dari itu, mereka yang mempunyai berat badan yang lebih akan senang mengalami penurunan berat badan. Ini adalah kerana lebih tinggi berat badan maka lebih banyak kalori yang dibakar walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500m. Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, badan semakin banyak membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan. 

Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh mengurangkan pengambilan makanan berkalori tanpa menjejaskan keupayaan badan untuk berfungsi dengan cekap.

Macam ni, jika berat badan anda 135kg, bermakna anda perlu 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan itu.
Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda setiap hari, badan anda masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik.
Pengurangan 1000 kalori dah mampu menurunkan berat badan anda kepada 1kg setiap minggu.
 
Jika berat badan anda adalah 68kg pula, anda perlu 1800 kalori untuk mengekalkan berat badan.
Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme anda menjadi lambat secara drastik. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat. Sebab itulah walaupun anda ambil GreenAard, anda masih perlu makan. tapi makan dengan sihat. 
 
Perlu juga ambil kita faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada berapa cepat anda boleh mengurangkan berat.

Orang yang lebih tua akan mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, mungkin kerana perubahan hormon atau jisim otot kurang atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.

Ada sesetengah pengguna GreenAard berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan pun sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Kerana faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi kepada penurunan berat yang lambat.

Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang akan bantu memaksimumkan penurunan berat badan anda tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian. 

 .

Diana Ishak
Read more

Apa sebab GC Plus tak berkesan pada anda?

Pelik bila baca testimoni.

Ada yang turun 5kg dalam masa 26 hari.
Ada yang turun 3kg seminggu!
Ada yang berat tak turun tapi terasa baju-baju dah longgar.
Ada yang makan 3 botol pun tak turun-turun!
 
Anda yang mana satu?
 
Penurunan berat badan amat berkait rapat dengan :
 
1. Metabolisme badan
2. Saiz badan sekarang
 
Ada orang yang metabolisme badannya lebih tinggi.
Hanya dengan sebotol GC Plus boleh kurangkan berat badan sehingga 5-8kg.
Jika anda adalah salah seorang dari yang bertuah yang mempunyai metabolisme tinggi, TAHNIAH kerana anda mampu mendapatkan berat badan ideal dengan lebih cepat apabila mengambil GreenAard Garcinia Plus.
 
Ada yang metabolisme badannya very slow - dah pergi zumba 4 kali seminggu, dah kawal makan nasik sehari sekali, ditambah lagi dengan pengambilan pil kurus, masih lagi badan tak menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Kalau ada perubahan berat pun, penurunan tak setanding dengan effort yang dibuat. Untuk mereka yang metabolisme rendah, ada satu perkara yang perlu dipertimbangkan apabila mengambil pil kurus, iaitu :
 
1. GENETIK
Samada anda suka ataupun tak, genetik memang memainkan peranan dalam penurunan berat badan. Bukan bermakna jika anda ditakdirkan memiliki ibu bapa yang berbadan besar, potensi anda untuk kurus itu tiada. Potensi itu masih ada, cuma prosesnya lebih lama berbanding orang lain.
 
2. MASALAH THYROID
Sekiranya anda telah bersenam secara rutin, mengurangkan pengambilan makanan mengambil pil kurus secara rutin masih lagi belum menampakka perubahan bentuk badan, sila berjumpa dengan doktor untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai masalah thyroid.
 
3. MENGURANGKAN KALORI
Sesetengah pengguna pil kurus menyangkakan mereka sudahpun 'diselamatkan' dari masalah obesiti apabila mengambil pil kurus. Lantas, mereka makan apa saja yang diinginkan dan bergantung sepenuhnya kepada keajaiban pil tadi. Kalau anda adalah salah seorang yang beranggapan begini, nasihat kami - LUPAKAN SAJA misi mendapatkan berai deal. Bila sebut KURANGKAN KALORI, semua mengeluh. Masing-masing beranggapan untuk kurangkan kalori, mestilah sekat makan. Tak boleh makan nasi. Tak boleh makan jajan. Tak boleh minum coke. Bukan begitu. Kurangkan kalori bermaksud kurangkan makan. Bukan sekat makan. Makan, masih makan. Cuma harus EAT CLEANEAT CLEAN bermaksud anda perlu merangka pelan pemakanan yang betul. Siapa kata eat clean perlu stop makan nasi? Tak perlu stop makan nasi! Cuma perlu tau banyak mana nasi yang boleh diambil. Ini perlu selaras dengan faktor jantina, umur, ketinggian, berat badan,
 
4. BERSENAM
Sebut bersenam je semua mula mengeluh. Tapi ramai yang tak tau bersenam memang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, tetapi berat badan hanya akan berkurang sekiranya senaman itu membantu anda mengurangkan kalori secara konsisten. Kalau anda bersenam dalam pada masa yang sama memakan makanan yang berkalori tinggi, ia tetap tak akan menurunkan berat badan.
 
4 point di atas perlu dilakukan untuk mereka yang memiliki metabolisme yang rendah (penurunan berat badan yang perlahan). Ini kerana GREENAARD GARCINIA PLUS membantu badan untuk tidak menyimpan lemak melalui makanan yang masuk ke dalam badan. Dengan cara ini, lemak-lemak tepu di dalam badan dapat dibakar dengan lebih cepat.

 

Diana Ishak
Read more
318 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart