Kenapa jantung berdebar-debar bila ambil pil kurus?

Kenapa jantung berdebar-debar bila ambil pil kurus?

 

Mengambil pil kurus boleh mendatangkan kesan sampingan apabila kita 'tak kenal' diri sendiri. Selalunya mereka yang ingin kurus akan mengabaikan faktor kesihatan demi untuk mencapai berat badan yang diinginkan. Antara kesan sampingan termasuklah denyutan jantung laju atau jantung berdebar-debar.

 

 

Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini tidaklah dapat dirasa oleh semua orang yang mengambil pil kurus yang sama. Dalam setiap pil kurus, ada bahan peransangsang (stimulant) yang digunakan bertujuan untuk meningkatkan metabolisme. Sesetengah orang lebih sensitif kepada perangsang berbanding orang lain, jadi mengambil pil yang sama dengan kawan korang tak menjamin korang akan dapat hasil yang sama atau mengalami kesan sampingan yang sama. Kalau korang rasa pil tersebut membuatkan denyutan jantung menjadi laju, berhenti gunakannya. Check doktor untuk lihat samada korang ada penyakit lain yang korang sendiri tak sedar. 

 

 

Kalau korang rasa kadar jantung berdenyut dengan lebih cepat dari biasa lepas ambil pil diet, cuba periksa nadi untuk tentukan kalau ianya benar-benar jantung berdegup lebih laju. Semakan pada nadi leher adalah salah satu tempat yang terbaik, kerana bila kita berdebar-debar, denyutan lebih ketara di tekak dan leher. Kadar jantung kebanyakan orang adalah antara 60 dan 100 denyutan seminit. Apa-apa yang lebih dari 100 denyutan seminit semasa berehat biasanya tak bahaya, tapi ia adalah tanda bahawa badan korang tak boleh bertoleransi dengan bahan perangsang dalam pil diet tadi.

 

 

Banyak bahan-bahan yang digunakan dalam pil diet bertindak sebagai perangsang untuk membantu mempercepatkan metabolisme badan yang boleh membantu korang bakar kalori lebih cepat. Sebahagian daripada perangsang yang paling biasa digunakan ialah kafeindan teh hijau. Produk-produk ini boleh meningkatkan kadar jantung dengan ketara (akibat aktiviti meningkatkan metabolisme), terutamanya kalau korang sensitif kepada bahan perangsang. 

 

Teh hijau, sama ada diambil sebagai minuman atau ditelan sebagai pil diet, mengandungi kafein. Kandungan green tea dalam setiap pil adalah berbeza. Kafein dalam green tea adalah lebih kurang 2-5%. Kafein adalah ejen dalam teh hijau yang membantu menurunkan berat badan. Ia juga membantu korang stay focus. Kafein dalam teh hijau merangsang sistem saraf pusat, memberikan rangsangan tenaga. Ia juga membantu untuk menyekat selera makan dan membuatkan korang lebih aktif.

 

Kafein dalam teh hijau merangsang jantung. Untuk yang belum pernah mengambil teh hijau, badan mungkin akan alami 'kejutan' yang membuatkan jantung menjadi laju. 

 

 

Mengalami peningkatan yang ketara dalam kadar degupan jantung selepas ambil pil diet mungkin juga disebabkan dari gabungan perangsang dalam pil dan faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan kadar jantung anda.

Apa faktor-faktor lain itu.

Cuba check, korang ada ambil ubat-ubatan lain tak?

Atau juga korang ada ambil extra kafein melalui kopi?

Kalau korang rasa berdebar-debar bila ambil pil kurus, cuba stop pengambilan kopi, atau kurangkan pengambilan kopi. Atau boleh juga kurangkan dos pil diet tadi.

 

Bagi kebanyakan orang, mengalami degupan jantung yang cepat selepas mengambil pil kurus tak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, dan gejala ini biasanya berhenti apabila berhenti ambil pil tersebut, atau kurangkan dos atau berhenti ambil produk perangsang yang lain (kopi contohnya). Debaran jantung boleh menjadi serius kalau korang ada masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi. Sebab itu, kami di GreenAard amat menitikberatkan medical history bakal pengguna. Orang yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi mesti berhati-hati kalau nak ambil pil kurus, dan kebanyakan doktor tak mencadangkan produk yang mengandungi perangsang sama sekali untuk orang yang ada masalah ini.

  

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart