6 sebab pelik kenapa berat badan susah nak turun.

RSS

Penat sangat rasanya berzumba, berjogging, kawal makan itu, kawal minum ini, tapi bila timbang, alahaiii, dua kilo je turun? Tak berbaloi rasanya peluh keluar berbaldi-baldi. Terasa buang masa habiskan waktu kat gym semata-mata nak sumbatkan badan dalam kebaya nyonya kalau setakat turun dua kilo. Baik habiskan masa berjam-jam tu baca buku. Ado gak pekdahnya.

SABAR!

Tak ada yang silapnya bersenam berzumba berjogging.

Yang silap adalah bila kita meletakkan harapan yang besar yang terkadang tak masuk dek akal. Contohnya, nak turunkan berat doploh kilo dalam masa dua bulan.

Bukan tak boleh. Boleh. Tapi, bukan semua orang bernasib baik. Ada banyak faktor sebenarnya yang 'kacau' cita-cita tu. 

Nak tau kenapa berat badan payah nak turun? 

 

 

1. Tekanan (Stress)

Tak kisahlah korang bersenam macam nak rabak kaki tangan pun, tapi kalau dalam masa yang sama korang rasa stress, ia akan menghalang penurunan berat badan. Itu kira ok lagi. Adakalanya, stress tu akan menyebabkan berat badan pulak bertambah!

Ini kerana, bila korang tertekan (stress), badan akan hasilkan hormon kortisol (hormon stress) yang akan membuatkan hormon ghrelin (hormon lapar) keluar dengan banyak, dan korang menjadi sangat-sangat lapar. Padahal korang tak lapar pun. Tapi kehadiran hormon ini dengan sangat banyak membuatkan korang berasa sangat sangat sangat lapar. Dua-dua hormon ni memang akan keluar serentak. Kalau korang stress, mesti korang akan rasa nak mengunyah. 

Sebab itulah, jangan stress kalau nak kuruskan badan. Ada orang pergi ke gym hari-hari dalam keadaan stress "Dapat ke tak turunkan berat ni?" atau "Berapa banyaklah agaknya turun kejap lagi ni. Boleh hilang lima kilo ke tak?". Benda-benda macam ni lah yang buatkan korang stress dalam tak sedar. Bila korang letakkan sasaran terlalu tinggi untuk tempoh yang cepat, korang sebenarnya dah buatkan diri sendiri stress! Sebab tu berat payah nak turun. Bersenam sepatutnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan, bukan menambahkan tekanan.

 

 

2. Hentikan menyeksa diri dengan diet yang ketat.

Terlampau mengawal pemakanan dengan cara yang ketat untuk tempoh yang panjang akan menyebabkab badan merembeskan hormon kortisol (hormon stress) 18% lebih tinggi dari biasa. Walaupun korang nampak badan ada penurunan, tapi sebenarnya badan boleh turun lebih cepat dari itu kalau tak mengamalkan diet yang ketat. Bila kortisol naik mendadak, dalam masa yang sama akan buatkan kandungan gula dalam darah pun akan naik turun dengan menggila. Itu yang buatkan korang kejap-kejap rasa nak mengunyah dan sentiasa mengidam (craving) nak makan kek, eskrim, cendol - macam-macam!

Sebab tu sesiapa yang ambil GreenAard GC Plus, kami dah bagitau awal-awal tolong jangan tahan lapar. Silakan makan tapi kawal apa yang korang makan. Ada orang salah faham bila kami kata kena kawal makan, dia ingat kita suruh ikat perut. Bukan macam tu. Kawal makan maknanya kita kawal jenis makanan yang masuk ke mulut. Kalau lapar, makanlah nasi, bukan makan burger. Kalau haus, minumlah air masak, bukan togok Coke sebotol. Itu maksud sebenar kawal makan. Bukan suruh tahan lapar.

Bonus untuk pengguna GreenAard GC Plus adalah dalam tu ada herba yang 'flush out' lemak right away. Sebab tu kena ambil before makan. Dan bila korang membuang, perhatikan output tu. Kalau berwarna kuning dan melekat di tepi mangkuk tandas, maknanya output tu mengandungi banyak lemak. Jangan takut, itu normal bagi sesiapa yang ambil GC Plus. 

 

 

3. Mengambil ubat-ubatan doktor secara rutin.

Jika korang ada ambil pil kawalan kelahiran (birth control), hormon untuk terapi hormon, steroid, beta-blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat migrain dan pedih ulu hati - sila bertabah kerana pengambilan ubat-ubat ini secara rutin memang akan ganggu proses penurunan berat badan.

Ubat-ubat ini boleh mengganggu berat dalam 2 cara : samada membuatkan selera bertambah atau metabolisme menurun. Jadi, berat memang payah nak turun. Tapi jangan give-up sebab doktor pasti ada jalan keluar untuk selesaikan masalah ini. Doktor pasti ada rawatan untuk bantu korang dapatkan kembali berat badan ideal.

Sebab tu sesiapa yang nak guna GreenAard GC Plus kami akan tanya dulu ada darah tinggi tak? Ada gastrik tak? Kalau ada ambil ubat-ubatan dengan rutin memang kami tak benarkan cuba GC Plus. Bukan apa, antara menurunkan berat badan dengan menurunkan tekanan darah, kami berpendapat adalah lebih baik turunkan tekanan darah dulu. Kami tak mahu ganggu fungsi ubat doktor.

 

 

4. Pergerakan usus perlahan.

Sebaik-baiknya, 1 jam selepas makan, kena buang air besar. Kalau dalam tempoh 1 jam masih tak membuang, itu menunjukkan usus korang bergerak dengan lembab. Membuang 1 atau 2 kali sehari adalah normal. Kalau korang bukan berada dalam range ini, korang sememangnya ada masalah. Dan masalah pergerakan usus lembab inilah yang menjadi faktor kenapa berat badan susah nak turun.

Cuba semak, korang kurang minum air? 

Kurang makan makanan serat?

Ada ambil ubat-ubatan yang membuatkan korang sembelit?

Kalau sembelit adalah satu-satunya masalah, maknanya korang kena banyakkan minum air, makan buah, makan sayur supaya pergerakan usus tu jadi lebih cepat. Semakin cepat usus bergerak, semakin kurang toksin terkumpul dalam badan. Nak buat apa simpan toksin lama-lama dalam badan, betul tak?

Tapi kalau korang dah lakukan semuanya tapi masih lagi susah membuang (ada yang seminggu 1 kali saja), maknanya korang ada masalah lain yang perlu perhatian doktor. Ada kemungkinan korang ada masalah hipotiroid tanpa disedari.

Siapa yang ambik GreenAard GC Plus confirm takkan alami masalah sembelit.

Tak sampai sejam selepas breakfast, pasti mencicit-cicit cari toilet. Memang lawas sebab GC Plus ada herba mengkudu, pegaga, bawang putih, halia, teh hijau - yang semuanya antioksidan tinggi dan agen 'mencuci perut' yang terbaik!

 

 

5. Dah tua.

Ini satu fitrah yang tak dapat nak dielakkan. Bukan maknanya bila dah tua kita kena pasrah je bila badan jadi boyak. Cuma, kena terima hakikat yang bila semakin berusia, metabolisme badan pun jadi perlahan. Umur 40-50an, badan kita dah tak membakar kalori sebanyak sewaktu kita berumur 20an. Jangan tanya kenapa, itu fitrah. Sebab itulah di waktu-waktu usia begini, kita hanya ada pilihan samada kawal pemakanan atau bersenam. Nak taknak, memang kena terima perubahan ni. Jangan stress-stress. Dah la tua, stress pulak tu. Lagi lah badan cepat naik. Hehe.

 

 

6. Tak cukup tidur.

Bila tak cukup tidur, korang akan rasa stress.

Ok, nampak tak kaitannya kat situ?

Bila tak cukup tidur, kita jadi stress. Bila stress, badan hasilkan hormon kortisol (hormon stress). Bila hormon stress banyak, ia akan buatkan hormon ghrelin (hormon lapar) pulak keluar dengan banyak. Bila lapar, asyik nak makan. Nampak tak permainan dia kat sini?

Pastikan tidur 7 jam sehari (jumlah terkumpul). Sebab dalam kajian orang bijak pandai, tidur yang hanya 6 jam setengah saja dalam sehari dah boleh naikkan jumpah kortisol dalam badan. Sebab tu orang yang tak cukup tidur akan lebih susah nak turunkan berat badan. 

Ok, pegi tido sekarang.

 

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak