Sejauh mana anda kenal najis anda sendiri.
Tekstur Najis
Nombor pada setiap point di bawah adalah merujuk kepada nombor yang ditandakan pada gambar :
1. Kurang serat dan air. Cuba minum lebih banyak air dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Bentuk najis yang betul. Kalau najis korang bentuknya macam ni, you are doing fine!
3. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan dan diarrhoea adalah cara badan badan melakukan pembersihan. Pastikan korang minum banyak air untuk gantikan cecair yang hilang, kalau tak, korang akan alami dehidrasi.
4. Tak serius seperti point No 1, tapi korang perlu pastikan minum banyak air dan ambil lebih banyak serat.
5. Ni tak teruk sangat, normal lah bentuk macam ni kalau korang membuang lebih dari 2 kali sehari.
6. Ini bentuk najis yang biasa juga tapi retak tu membawa petunjuk badan korang kurang air.
7. Ini dikira sebagai borderline normal. Bentuk najis macam ni menunjukkan korang macam nak kena diaarhoea kejap lagi. Dah ada gaya-gaya jangkitan.
8. Terlalu banyak minyak dalam najis, yang mungkin bermakna bahawa badan tak menyerap lemak dengan betul. Penyakit seperti pankreatitis menghalang tubuh korang daripada menyerap lemak. Pergi check doctor.
Ikut point-point pada gambar :
1. Najis tinggal dalam usus terlalu lama sehingga air diserap semula. Kekurangan serat boleh membawa kepada najis begini kerana najis lambat bergerak dalam usus.
2. Najis bergerak melalui usus terlalu cepat sehingga air tak diserap disebabkan oleh terlalu banyak ambik makanan berserat, atau minuman detoks atau terkena jangkitan.
3. Najis tinggal di usus terlalu lama sehingga air diserap semula. Mungkin disebabkan oleh dehidrasi, sembelit atau pengambilan ubat-ubatan.
4. Najis menjadi kecut. Ini mungkin tanda-tanda kanser usus besar.
5. Ni maknanya korang sembelit. Cuba minum lebih banyak air dan ambik makanan berserat.
6. Badan tak menyerap lemak. Boleh menjadi hasil daripada ketidakupayaan badan untuk lakukan penyerapan atau pengambilan ubat kurus. Yang ambil GreenAard GC Plus akan jumpa najis bentuk macam ni di awal pengambilan. Buang excess lemak gitewww.
Coklat : Anda sihat! Najis memang secara semula jadi berwarna coklat.
Hijau : Makanan bergerak terlalu cepat dalam usus. Atau korang banyak makan makanan berwarna hijau (sayuran) atau produk yang ada pewarna hijau.
Kuning : Berminyak, berwarna kekuningan disertakan dengan bau yang sangat busuk menunjukkan najis mengandungi banyak lemak. Untuk pengguna GreenAard GC Plus, korang akan dapat bentuk najis sebegini di awal penggunaan. Jangan terkejut pulak nanti.
Hitam : Najis berwarna hitam menunjukkan bahawa mungkin ada berlaku pendarahan dalaman yang anda tak sedari berpunca dari ulcer atau kanser. Tapi, sesetengah vitamin yang ada Bismuth subsalicylate pun boleh menyebabkan najis menjadi hitam. Tapi kalau najis tu berwarna hitam dan melekit, cepat pergi jumpa doctor.
Cerah/Putih/Warna tanah liat : Kalau najis seperti ini bukan yang biasa korang lihat, ini mungkin tanda-tanda ada halangan pada saluran hempedu. Kadangkala, sesetengah ubat-ubatan pun akan menjadikan najis berwarna cerah/keputihan. Apa-apa pun, lekas jumpa doctor.
Merah : Najis yang berwarna merah atau tompokan merah yang banyak dan jelas pada najis adalah tanda-tanda kanser.