Kaitan kentut busuk dengan masalah kesihatan.

Siapa berani discuss tentang bau kentut masing-masing depan khalayak?

Jangan harap, kan?

Alangkan bunyi kentut yang paling halus kedengaran dalam dewan kuliah yang sunyi sepi pun masing-masing taknak mengaku. Inikan pulak nak mengaku tentang bau kentut.

Jarang orang nak bercerita tentang kentut, kenapa ada kentut yang bunyi kuat, ada yang bunyi halus, kentut berbau telur, kentut tak berbau, kentut yang lepas tak berapa nak lepas, etc.

Macam kencing dan najis, kentut pun bagi petunjuk apa yang sedang berlaku dalam badan kita tau. Jangan pandang lekeh dengan kentut. Nampak macam tak ada fungsi, tapi sebenarnya banyak yang kita boleh tau dengan mendalami proses kentut ni. Klik gambar untuk baca dan kenalpasti bau kentut masing-masing. Hahahaha.

Kentut adalah campuran udara yang 'ditelan tanpa sengaja', yang kemudiannya masuk ke dalam sistem penghadaman. Ia masuk samada semasa kita bernafas, semasa mengunyah chewing gum ataupun makan dengan terlampau cepat. Udara ini nanti akan bercapur dengan gas yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus (bakteria dalam usus kita semua hasilkan gas semasa ia pecahkan gila dan kanji). Proses pecahan gula dan lemak ni saja dah hasilkan kira-kira 3-6 cawan gas dan gas-gas ini perlu dikeluarkan. Tak boleh simpan dalam perut lama-lama.

Jadi, jangan rasa segan atau pelik kalau korang asyik kentut, itu menunjukkan badan korang ada sejumlah bakteria yang cukup dan berfungsi untuk pecahkan kanji dan gula dalam badan. So, kalau korang dengar member sebelah kentut, tepuk bahu dia ucapkan "Syabas! Tahniah, anda sihat!". Hahaha.

Mesti ada yang selama ni tertanya-tanya apesal kadang-kadang kentut bau sangat busuk macam bangkai tupai, kadang-kadang tak bau lansung. Adekah ada kaitan dengan kesihatan? 

Ok, baca kod-kod kentut di bawah ni :

1. Kod Kentut Busuk

Dalam setiap hembusan kentut, hanya 1% saja bau. Baru 1% korang dah bising "Busuk! Busuk!". Cuba bayangkan kalau yang keluar tu 10%. Mati agaknya satu rumah.

Bau kentut yang biasa adalah hidrogen sulfida. Ini adalah gas yang biasa dihasilkan oleh badan bila sulfur dipecahkan (diproses). Kebanyakkan makanan yang sihat mengandungi sulfur. Makanan seperti daging, brokoli, bunag kobis, kacang panjang, produk tenusu - mempunyai kandungan sulfur. Jadi, kalau kentut korang sedikit berbau, itu maknanya korang makan makanan yang sihat dan berzat. 

2. Kod Kentut Yang Teramat Busuk

Mari berpijak di bumi yang nyata. Tak ada kentut yang wangi dalam dunia ni. Semua kentut busuk. Kalau ada pun, kentut yang tak berbau. Tapi tak ada kentut yang wangi. Berhentilah bermimpi. Tapi, kalau korang terperasan yang bau kentut korang agak mengerikan daripada biasa, mungkin ada petunjuk masalah kesihatan.

Perhatikan, kalau sejurus selepas korang ambik makanan dari produk tenusu (susu, keju, telur), jam-jam tu jugak nak terkentut, itu menunjukkan badan ada masalah memproses laktosa (lactose intolerance).

Dalam keadaan yang lain pula ia boleh jadi petunjuk kepada masalah yang lebih kronik tentang usus ataupun mungkin jangkitan gastroenteritis. Tapi jangan risau, tak semua kentut yang terlalu busuk tu petanda bahawa korang mungkin ada penyakit tersebut, tapi tak salah kalau kita ke klinik untuk buat pemeriksaan lanjut kan?

Tapi dalam banyak keadaan, kentut yang terlalu busuk ini menunjukkan korang ada masalah penghadaman. 

3. Kod Kentut Tak Berbau

Sama seperti kod yang pertama, kentut tak berbau juga adalah petunjuk badan korang sihat. Sebab tak semua badan yang sihat tu mesti keluarkan kentut yang berbau. Kadang-kadang kentut yang tak berbau ni mengandungi angin saja (tanpa bau) yang terkumpul akibat dari minum minuman bergas. Kentut tak berbau ni sama macam sendawa (tak berbau juga), cuma sendawa ni keluar di tempat yang berbeza.

Secara lojiknya, kalau bau kentut yang busuk adalah petanda badan sihat (sebab bau tu terhasil dari pemakanan yang sihat), jadi, bau kentut tu pun adalah sesuatu yang menyihatkan, betul tak?

Dalam satu kajian yang dilakukan di salah sebuah universiti di luar negara, penyelidik bersepakat bahawa bau kentut boleh melindungi kerosakan sel badan dan mencegah kanser! Pelik kan? Tapi, perkara ni pernah keluar dalam suratkhabar Berita Harian sikit masa dulu, dikatakan bau kentut boleh mencegah kanser. So, amacam? Boleh cuba kot.

Jangan risau kalau korang asik terkentut-kentut. Sebab secara purata, seorang manusia yang sihat akan kentut lebih kurang 20 kali sehari. Tapi ada tips macamana nak kurangkan kentut atau kurangkan kekembungan angin dalam badan supaya kurang sikit kentut.

Orang yang diet hariannya banyak makan sayur-sayuran lebih senang untuk kentut (banyak kentut) berbanding dengan orang yang makan makanan rencam (campur sayur and daging). Ini kerana plant-based foods mengandungi lebih banyak sulfur lebih-lebih lagi kalau makan halia dan bawang putih. Sebab itu ramai pengguna GreenAard GC Plus kata perut dah tak kembung lagi. Sebab dalam GC Plus bukan saja gunakan herba-herba  yang kaya dengan sulfur malah halia dan bawang putih turut ada dalam GC Plus. Rasakan impaknya! Berdesup-desup angin keluar. Hahaha.

Bagus kalau asyik kentut, itu menunjukkan badan sihat.

Tapi, kalau 10 kali kentut, 10 kali jugak bunyiknya macam bom, memang agak memalukan. Apa beza kentut yang berbunyi kuat dan berbunyi perlahan? Adakah yang bunyi perlahan tu akibat mengepit? 

JANGAN BUANG MASA FIKIRKAN TENTANG BUNYI KENTUT.

Bunyi kentut kuat atau perlahan atau tak bunyi lansung tak bagi petunjuk pada kesihatan tapi bagi petunjuk kepada postur badan korang semasa korang kentut. Itu saja. Jadi mungkin teori mengepit tu benar. Nak kentut halus, pandai-pandailah kepit. Kalau boleh jangan bagi bunyi lansung.

Masih malu dengan kentut busuk?

Ok, takpe. Kami faham.

Jadi, kalau nak kurangkan bau busuk pada kentut, cara yang paling lojik adalah mengurangkan pengambilan makanan bersulfur tinggi seperti brokoli, bunga kobis, sayur-sayuran, daging merah - dan gantikan dengan makanan bersulffur rendah seperti ayam dan ikan. Tapi rugilah kot kalau tak makan sayur. Kalau setakat taknak bagi orang terbau kentut kita, larilah sekejap kentut dalam toilet kan ke boleh? Daripada sanggup reject makanan yang berkhasiat demi nak kurangkan bau kentut, oh myyyyy!

Tapi ada lagi satu jalan, iaitu dengan kunyah makanan sampai lumat sebelum telan supaya kurang sikit kerja-kerja bakteria nak pecahkan kanji dan gula. Bila kurang aktiviti bakteria maka kuranglah perut hasilkan gas. Bila difikir-fikirkan balik, patutlah Rasulullah saw ajar kita kunyah makan 40 kali sebelum telan, kan?

Banyakkan makan halia dan bawang putih mentah. Bukan yang bergoreng/dimasak tau sebab bahan aktif dalam bawang putih bertindak dengan baik apabila ia dalam keadaan mentah. Kalau digoreng/dimasak, bahan aktif itu akan kurang aktif. 

"Tapi kan kalau makan plant-based food, kentut jadi busuk. Macamana pulak makan bawang putih dan halia boleh kurangkan bau kentut?"

Bawang putih dan halia ni mempercepatkan pergerakan usus. Ini akan memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran angin. Angin yang tersimpam dalam badan lebih lama akan menghasilkan bau yang lebih busuk dari asal.

So now dah jumpa dah kaitan kenapa lawas dan perut dah tak kembung lagi bila makan GC Plus? Dah faham kan? Ok now boleh kentut dengan gembira. 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart