Tidur yang tak cukup boleh buatkan badan jadi gemuk!

Tidur yang tak cukup boleh buatkan badan jadi gemuk!

 

Kebanyakan orang menganggap merasa rasa cepat penat adalah kerana gaya hidup yang sibuk. Anggapan itu tak salah, walaubagaimanapun adalah penting untuk memahami bahawa ada faktor lain yang terlibat sama jika anda sentiasa letih tidak kira berapa banyak anda tidur. Well, memang anda boleh ubah gaya hidup untuk lihat kalau-kalau ada perubahan, tapi kalau masih juga rasa cepat penat dan kerap letih, adalah lebih baik berjumpa doktor. 

 

 

Jangan pandang ringan kesan dan akibat kurang tidur :

 

1. Cepat lapar.

Seram tak baca point nombor 1 ni? 

Hakikatnya, kalau otak tak dapat tenaga yang diperlukan dari tidur, ia selalunya akan cuba untuk dapatkannya dari makanan. Tak cukup rehat boleh meningkatkan pengeluaran hormon lapar dalam usus anda. Terlalu banyak hormon ini akan menjadikan badan mengidamkan lemak dan makanan manis. Kurang tidur akan mengkucar-kacirkan hormon leptin (hormon kenyang). Sebab tu, bila tidur tak cukup, ada cepat berasa lapar dan sentiasa nak makan sebab hormon leptin tak berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama hormon lapar dikeluarkan dengan banyak.

 

2. Bila tidur tak cukup, hormon lapar pun datang. Dan selepas tu apa pulak?

Dah tentulah badan pun naik macam dipam-pam! Yang ni lagi seram, kan? So, macamana ini berlaku?

Selalunya, bila kita keletihan/mengantuk, jarang kita perhatikan apa yang kita makan. Tetapi lebih kepada makan apa saja janji boleh bagi mata terjaga. Dan selalunya makan begini adalah makan yang menambahkan lemak dalam badan. Kekurangan tidur juga memberi kesan ke atas metabolisme. Metabolisme badan menjadi rendah. 

 

3. Dalam keadaan penat/mengantuk, manusia cenderung untuk bertindak tanpa berfikir. Keupayaan anda untuk mengatakan 'TIDAK' kepada makanan-makanan berlemak dan manis akan jadi lebih sukar. Dalam keadaan ini juga anda akan jadi cepat marah.

 

4. Cepat lupa. Pernah tak dalam satu hari tu anda tak ingat mana letak kunci kereta, baru saja bersembang 2 jam lepas dah tak ingat apa point yang disembangkan, etc? Jangan panik dulu. Mungkin bukan tanda-tanda nyanyuk, tapi orak anda kurang rehat. Kerana, bila mengantuk/keletihan, otak anda kurang tumpuan untuk mencipta memori. 

 

5. Susah nak buat keputusan. Susah nak fokus. 

 

6. Kejap-kejap tersadung kaki. No, you are not clumsy. Kalau sekali tak apa. Tapi kalau dalam sehari tu sering tersadung kaki, atau terlanggar barang, terjatuhkan barang - itu juga adalah tanda badan kurang rehat, kerana sistem neuro berfungsi dengan lambat. 

 

7. Beremosi. Tiba-tiba rasa nak menangis, pernah? Atau dalam satu hari tu anda sentiasa rasa nak marah.

 

8. Sistem imun terganggu. Jika anda tak tidur dengan cukup, akan berlaku ketidakupayaan badan untuk melawan jangkitan - selalunya selsema. Sistem imun badan menghasilkan cytokines ketika tidur. Cytokines ini adalah protein yang membantu melindungi daripada jangkitan. Bermakna, kalau secara berturut-turut anda kurang tidur, ia akan menurunkan pertahanan badan anda daripada virus. Sebab tu bila kurang tidur/rehat, perkara pertama yang muncul adalah selsema.

 

9. Bila penat, otot-otot yang mengawal mata akan menjadi kurang berfungsi dengan baik mengakibatkan mata menjadi kurang fokus. Penglihatan jadi berkabur.

 

Perasan tak, dalam kebanyakkan testimoni Nutrijuice, mesti ada yang bagitau Nutrijuice beri mereka tenaga walaupun mereka kurang rehat. Dari mana datang sumber tenaga ni?

Antaranya adalah ekstrak delima yang juga merupakan bahan utama Nutrijuice.

Selain mengandungi phytokimia yang membantu kesihatan kardiovaskular, delima juga adalah penyumbang sumber tenaga. Jumlah tenaga yang anda dapat dari buah delima bergantung kepada samaada anda ianya dari buah yang segar atau jus, serta bahagian yang anda makan. Sebab itulah untuk Nutrijuice kami tak gunakan raw fruits, tetapi kami ESKTRAK delima - hanya mengambil bahagian yang mengandungi sumber tenaga tinggi. 

 

Posisi tidur juga penting, dan ada kaitan dengan kesihatan badan. Secara am-nya, boleh rujuk gambar di bawah. So, anda yang mana satu? :

 

 

 

 

 

 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart