Fakta Menarik Tentang Berat Badan
.
🍃 ketika menimbang berat badan, banyak faktor yang mempengaruhi angka yang tertera pada penimbang. Misalnya, tulang, otot, air, dan lemak. Yang perlu diambil kira bukanlah berat badan keseluruhan tetapi peratusan lemak dalam badan.
.
🍃 BMI tidak terpakai sepenuhnya dalam mengukur berat badan. Ahli bina badan pasti mempunya BMI 'oevrweight' sedangkan sebahagian berat badannya adalah otot, bukan lemak.
.
🍃 menurunkan berat badan sepatutnya proses mengurangkan kandungan lemak, bukannya mengurangkan berat otot. Apabila menahan lapar, anda sebenarnya bukan saja mengurangkan lemak tapi otot juga. Sedangkan kehilangan berat otot akan menyebabkan metabolisme menjadi perlahan sehingga sampai ketikanya badan anda akan kembali gemuk dengan cepat kerana otot semakin kurang menghasilkan tenaga.
.
🍃 anda ada lemak di bahagian perut? Lemak di perut dikaitkan dengan penyakit diabetes, kardiovaskular, bahkan cenderung untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, ukuran pinggang ideal adalah 100cm. Sementara wanita ukuran pinggang 88cm saja.
.