Nafas berbau adalah isyarat kepada masalah penghadaman.

RSS

 

Siapa ada masalah kentut terlampau busuk?

Atau nafas bau ya ampunnnn ikan pekasam pun tak busuk macam tu.

Atau kuku rapuh dan tumbuh ke dalam?

Kalau ada, teruskan pembacaan.

Dalam zaman sekarang, zaman di mana tekanan hidup makin tinggi, ditambah lagi dengan lambakan makanan siap proses, ubat-ubatan, bahan kimia dalam bekalan makanan - ramai orang mengalami masalah penghadaman. Kebanyakan orang tahu bahawa kembung perut, sembelit dan pedih ulu hati adalah tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan usus. Tapi ada banyak lagi gejala lain yang menunjukkan sistem pencernaan korang mungkin bukan dalam keadaan baik. Dari kuku rapuh hingalah ke arthritis, berikut adalah beberapa petunjuk yang korang perlu hati-hati.

 

 

1. Nafas berbau

Kalau nafas korang berbau walau dah berapa banyak kali korang gosok gigi dan spray mulut, mungkin itu adalah antara petanda korang ada masalah penghadaman. Perhatikan apa jenis bau yang keluar dari mulut. Kalau berbau busuk, itu menunjukkan ada masalah buah pinggang. Manakala kalau bau buah (bau buah yang busuk), itu mungkin isyarat diabetis yang tak terkawal. 

Cuba ambil probiotik (Yakult pun boleh) untuk bantu badan mencerna makanan dengan lebih baik. Kerana bau mulut yang busuk menunjukkan wujud ketidakseimbangan bakteria dalam badan (lebih banyak bakateria jahat). Makanan probiotik juga mengubah flora (bakteria semulajadi) di dalam mulut yang memberi bau nafas yang lebih baik.

 

 

2. Bau badan

Penghadaman yang bermasalah akan membuatkan usus mengeluarkan bahan kimia yang berbau yang kemudiannya bau itu diserap masuk semula ke dalam badan dan dikeluarkan kembali dalam bentuk peluh. 

Makanan yang tinggi kandungan protein (terutamanya daging) akan membuatkan badan berbau kerana ia susah untuk dicerna kerana ia melalui proses pencernaan yang lebih lama. Dalam satu kajian, mereka yang kurang makan daging mempunya bau badan yang lebih baik dari mereka yang kerap makan daging.

Kalau selepas makan, korang rasakan badan berpeluh, dan berbau, itu menunjukkan tahap enzim pencernaan korang lebih rendah dari ideal. Cuba elakkan makan daging dan makanan berlemak. Boleh cuba GreenAard Nutrijuice kerana kandungan seratnya tinggi. Ini boleh buatkan pergerakan usus jadi lebih cepat. 

 

 

3. Penat selepas makan

Ok, yang ni boleh tahan ramai yang alaminya. Tapi disebabkan ramai yang alami perkara yang sama, jadi kita sangkakan itu adalah normal. Padahal tak. 

Kalau setiap kali selepas makan korang rasa letih dan mengantuk, itu maknanya sistem penghadaman korang sangat perlahan a.k.a lembab. Sistem penghadaman yang perlahan membuatkan badan 'menarik' tenaga yang banyak untuk mula mencerna makanan. Proses 'tarik' tenaga ini buatkan badan menjadi letih, walaupun selepas makan. Kalau kerap rasa letih begini, cuba ambil makanan dalam portion yang kecil dan pastikan makanan itu semua adalah makanan yang senang hadam (elakkan makanan protein tinggi kerana makanan berprotein tinggi lebih lama nak dihadam, membuatkan korang jadi semakin letih).

Satu lagi cara adalah, samada sebelum atau selepas makan, ambik cuka epal dan air lemon sebab kedua-dua ni amat membantu mempercepatkan penghadaman. Kalau rasa malas dan renyah nak siapkan minuman ni, boleh cuba ambil Nutrijuice kerana dalam Nutrijuice ada kedua-dua ekstrak epal dan lemon.

 

 

4. Kurang zat besi.

Kalau korang memang dah disahkan ada kekurangan zat besi, ok fine. Korang dah tentu tahu apa nak buat, kan?

Tapi macamana pulak kalau korang tak tau pun yang korang kurang zat besi. Macamana nak tau?

Kelesuan dan pucat.

Kalau dua-dua tanda ini ada pada korang, silakan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. 

 

 

5. Kuku rapuh

Kuku yang rapuh adalah petunjuk bahawa badan kekurangan asid dalam perut untuk mencerna makanan dengan baik. Ini bermakna, badan korang takkan dapat nutrien seperti protein, kalsium dan zink kerana asid perut kurang membuatkan makanan yang masuk ke dalam badan tak dicerna dengan betul. Sebab itulah kuku menjadi rapuh (kalsium, zink dan protein penting untuk kuku dan rambut).

Lagi satu, kadang-kadang kuku kaki kita tumbuh ke dalam. Dan kita ingat itu adalah kesan dari pakai kasut yang terlampau ketat. Padahal itu juga adalah petanda masalah penghadaman.

 

 

6. Intoleransi terhadap makanan.

Intoleransi terhadap sesetengah jenis makanan juga merupakan salah satu tanda sistem penghadaman yang bermasalah. Contohnya, kanak-kanak yang tak toleran pada produk tenusu adalah kerana badan kekurangan enzim lactase. Kekurangan enzim ni buatkan badan tak dapat cerna makanan tenusu dengan baik (lactose intolerant).

Alergi tak sama dengan intoleransi tau. Kes alergi selalunya lebih berat.

 

 

7. Susah nak kekalkan berat badan

Susah nak kekalkan berat badan juga ada sangkut-paut dengan masalah penghadaman kerana ketidakupayaan usus untuk menyerap sepenuhnya nutrisi makanan. Bila nutrisi tak diserap sepenuhnya, apa yang kita makan sentiasa tak cukup untuk memenuhi 'permintaan' badan. Bila badan tak cukup zat, ia akan selalu 'meminta' lagi dan lagi dan lagi. Dan akhirnya kita akan sentiasa makan makan dan makan.

Kadang-kadang bukannya masalah usus tak berupaya mencerna, tetapi usus lambat bergerak. Usus yang lambat bergerak akan membuatkan badan menyimpan toksin dan gas, menyebabkan perut kembung. Dan kentut yang terlalu busuk juga adalah petanda ada masalah penghadaman kerana usus tak dapat hadam makanan dengan baik. 

Kalau korang ada masalah ini, cuba ambil GreenAard GC Plus. Memang lawas!

 

 

8. Pertumbuhan yis

Candida adalah sejenis yis yang wujud secara semula jadi dalam saluran usus. Walaupun kita perlu yis ni dalam saluran usus, terkadang ia akan berubah menjadi masalah sekiranya yis ni mula 'ambil alih kuasa'. Bila usus lemah, asid perut juga menjadi rendah. Ini membuatkan bakteria dan yis membiak dengan lebih banyak dah tak terkawal. Walaupun pada dasarnya yis baik untuk usus tapi apabila terlampau banyak yis akan menimbulkan pelbagai masalah lain. Yis yang banyak dan tak terkawal ini akan keluar menembusi saluran usus ke bahagian tisu organ lain. 

 

 

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak