Nutrijuice bukan sekadar untuk kolesterol.

1. KOLESTEROL, GOUT DAN EPAL

Jika nak turunkan tekanan darah dan kolesterol cubalah makan epal 2-3 biji sehari. Memang boleh membantu. Tapi jangan kupas kulitnya kerana kulit epal ada phenolics yang boleh turunkan kolesterol dengan cara menyerap kolesterol dengan lebih berkesan. Penyerapan ni membuatkan kolesterol kurang berkumpul dalam arteri.

Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk gout. Jika epal mengurangan kolesterol dalam badan maka ia juga boleh mengurangkan risiko gout juga. Kerana gout terjadi disebabkan pengambilan makanan yang tinggi asid urik seperti daging dan makanan laut. Pesakit gout dicadangkan untuk makan makanan yang rendah kandungan asid uric dan epal adalah yang terbaik kerana kandungan asid uric epal hanya 14 mg. Nak lagi bagus, minum cuka epal (apple cider) kerana ia membantu memecahkan asid uric dalam badan.

2. KOLESTEROL, GOUT DAN LEMON

Jadikan rutin setiap pagi – perah 2 biji lemon dalam air panas dan minum. Ini kerana flavonoid dalam jus lemon bertindak sebagai agen yang menurunkan paras kolesterol. Flavonoid juga memecahkan asid urik penyebab gout. Ramai penghidap gout minum jus lemon untuk cegah serangan gout. Ia bukan saja meningkatkan sistem penghadaman tapi mengurangkan haba dalam badan. Perasan tak sesetengah restoran akan hidangkan air kosong dengan hirisan lemon kalau cuaca terlalu panas? Itulah fungsinya, untuk membuang haba.

3. KOLESTEROL, GOUT DAN MADU

Dulu madu sering digunakan untuk merawat luka dan kesan terbakar. Madu bolehmengurangkan paras kolesterol juga. Tetapi sebelum tu pastikan berbincang dengan doktor tentang risiko kesihatan yang mungkin timbul sekiranya anda memilih untuk cuba rawatan lain selain dari ubat-ubatan doktor.

Boleh ambil 1-5 sudu besar madu dua atau tiga kali sehari untuk menurunkan kolesterol. Rawatan alternatif untuk gout dan artritis adalah dengan menggunakan madu dengan cara mencampurkannya dengan herba lain. Contohnya, kayu manis dengan madu atau cuka epal dengan madu yang dicampur dalam air panas. Mesti minum secara rutin baru dapat lihat hasilnya.

4. KOLESTEROL, GOUT DAN SAFFRON

Saffron adalah salah satu rempah paling mahal di dunia. Ia pernah dikaitkan dengan royalti di mana permaisuri akan menggunakan saffron dalam mandian untuk kecantikan kulit. Saffron juga digunakan dengan meluas untuk rawat gout sejak zaman dahulu. Bahan aktif dalam saffron adalah colchicine, yang memainkan peranan penting dalam merawat gout. Saffron juga ada bahan yang dinamakan crocetin yang berfungsi merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Cuma campurkan suku sudu kecil saffron dalam secawan susu dan minum setiap hari.

5. KOLESTEROL, GOUT DAN NUTRIJUICE

Nutrijuice mengandungi kesemua bahan di atas - madu, saffron, lemon dan ekstrak apple yang semuanya bagus untuk tujuan melegakan gout dan mengurangkan tahap kolesterol. Hanya perlu diambil 2 kali sehari, setiap pagi dan malam. Nak cuba?
 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart