Bagaimana berat badan mempengaruhi kolesterol
Ini kerana sel-sel lemak dalam tisu lemak boleh menghasilkan lebih banyak kolesterol LDL kerana sel lemak dapat membuat kolesterol mereka sendiri. Kolesterol yang dihasilkan oleh sel lemak kemudian dilepaskan ke dalam darah. Obesiti juga boleh mengurangkan tahap kolesterol HDL (baik) dalam darah. Caranya?
Begini. Obesiti sering dikaitkan dengan keradangan kronik dalam badan. Keradangan kronik boleh menghalang pengeluaran kolesterol HDL. Keradangan juga mengurangkan keupayaan HDL untuk menjalankan fungsi pentingnya iaitu membersihkan kolesterol jahat daripada arteri. Boleh faham sekarang kenapa kegemukan dan kolesterol saling berkait?
Selain obesiti, stres yang berterusan boleh mempengaruhi berat badan dan tahap kolesterol. Stres boleh merangsang pelepasan hormon tertentu yang boleh meningkatkan pengeluaran kolesterol oleh badan. Stres merangsang pelepasan hormon kortisol dan adrenalin. Kortisol adalah hormon stress utama, dan ia dapat memengaruhi metabolisme lemak. Kortisol dapat memicu pelepasan glukosa dari hati, yang meningkatkan kadar gula dalam darah pula. Ini dapat memicu pula pelepasan kolesterol jahat oleh hati, yang dapat kemudian meningkatkan peningkatan kolesterol jahat dalam darah.
Now, dah faham pula kaitan stress dengan kolesterol, kan? Penting untuk diingat bahawa kesan stress dan berat badan ke atas paras kolesterol jahat boleh berbeza bagi setiap orang dan dipengaruhi oleh faktor lain seperti faktor genetik dan diet keseluruhan. Cara mudah untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat, adalah dengan menguruskan stress dan berat badan.
Basic Value Pack adalah kombo khusus untuk mengawal berat badan dan menyeimbangkan kolesterol sekaligus. Seseorang yang sukar menurunkan berat badan, pasti kolesterolnya tinggi. Dan seseorang yang berkolesterol tinggi, pasti bodyfatnya tinggi, walaupun penampilannya kurus.