Nafas dan badan yang berbau adalah isyarat kepada masalah penghadaman
Di zaman sekarang, zaman di mana tekanan hidup makin tinggi, ditambah lagi dengan lambakan makanan siap proses, ubat-ubatan, bahan kimia dalam bekalan makanan - ramai orang mengalami masalah penghadaman. Kebanyakan orang tahu bahawa kembung perut, sembelit dan pedih ulu hati adalah tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan usus. Tapi ada banyak lagi gejala lain yang menunjukkan sistem pencernaan bukan dalam keadaan baik. Dari kuku rapuh hingalah ke arthritis, berikut adalah beberapa petunjuk yang anda perlu hati-hati.
1. Nafas berbau
Kalau nafas berbau walau dah berapa banyak kali menggosok gigi atau spray mulut, mungkin itu antara petanda anda ada masalah penghadaman. Perhatikan apa jenis bau yang keluar dari mulut. Kalau berbau busuk, itu menunjukkan ada masalah buah pinggang. Manakala kalau bau buah (bau buah yang busuk), itu mungkin isyarat diabetis yang tak terkawal.
Cuba ambil probiotik (Yakult pun boleh) untuk bantu badan mencerna makanan dengan lebih baik. Bau mulut yang busuk menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan bakteria dalam badan (lebih banyak bakateria jahat).
2. Bau badan
Penghadaman yang bermasalah membuatkan usus mengeluarkan bahan kimia yang berbau yang kemudiannya bau itu diserap masuk semula ke dalam badan dan dikeluarkan kembali dalam bentuk peluh. Makanan yang tinggi kandungan protein (terutamanya daging) akan membuatkan badan berbau kerana ia susah untuk dicerna. Protein melalui proses pencernaan yang lebih lama. Dalam satu kajian, mereka yang kurang makan daging mempunya bau badan yang lebih baik dari mereka yang kerap makan daging.
Kalau selepas makan anda merasakan badan berpeluh dan berbau, itu menunjukkan tahap enzim pencernaan anda lebih rendah dari ideal. Cuba elakkan makan daging dan makanan berlemak. Boleh cuba GC Plus atau Nutrijuice kerana kandungan sia membantu pergerakan usus jadi lebih cepat.
3. Penat selepas makan
Ok, yang ni boleh tahan ramai yang alaminya. Disebabkan ramai yang alami perkara yang sama, mereka sangkakan ini adalah normal, padahal tidak. Jika setiap kali selepas makan badan merasa letih dan mengantuk, itu menunjukkan sistem penghadaman anda sangat perlahan (lembab). Sistem penghadaman yang perlahan membuatkan badan 'menarik' tenaga yang banyak bagi mencerna makanan. Proses 'tarik' tenaga ini buatkan badan jadi letih walaupun baru selesai makan. Cubalah ambil makanan dalam portion yang kecil dan pastikan makanan adalah yang senang dihadam. Elakkan makanan berprotein tinggi kerana ia lebih lama nak dihadam, membuatkan anda semakin letih).
Satu lagi cara adalah, samada sebelum atau selepas makan, minum cuka epal dan air lemon kerana kedua-dua ini membantu mempercepatkan penghadaman. Boleh cuba ambil Nutrijuice kerana dalam Nutrijuice ada kedua-dua ekstrak epal dan lemon.
4. Kurang zat besi.
Kelesuan dan pucat adalah tanda-tanda kekurangan zat besi. Cuba berjumpa doktor untuk dapatkan mengesahan dan rawatan.
5. Kuku rapuh
Kuku yang rapuh adalah petunjuk bahawa badan kekurangan asid dalam perut untuk mencerna makanan dengan baik. Ini bermakna badan tidak mendapat nutrien seperti protein, kalsium dan zink. Asid yang kurang dalam perut membuatkan makanan yang masuk ke dalam badan tak dicerna dengan betul. Sebab itulah kuku menjadi rapuh (kalsium, zink dan protein penting untuk kuku dan rambut). Oh ya, kuku kaki yang tumbuh ke dalam tidak selalunya akibat memakai kasut yang ketat. Itu juga petanda masalah penghadaman.
6. Intoleransi terhadap makanan.
Intoleransi terhadap sesetengah jenis makanan juga merupakan salah satu tanda sistem penghadaman yang bermasalah. Contohnya, kanak-kanak yang tak toleran pada produk tenusu adalah kerana badan kekurangan enzim lactase. Kekurangan enzim ni buatkan badan tak dapat cerna makanan tenusu dengan baik (lactose intolerant).
p/s : Alergi tak sama dengan intoleransi tau. Kes alergi selalunya lebih berat.
7. Susah nak kekalkan berat badan
Antara punca kenapa susah nak kekalkan berat badan adalah kerana ketidakupayaan usus untuk menyerap sepenuhnya nutrisi makanan. Bila nutrisi tak diserap sepenuhnya, apa yang kita makan sentiasa tak cukup untuk memenuhi 'permintaan' badan. Bila badan tak cukup zat, ia akan selalu 'meminta' lagi dan lagi dan lagi. Dan akhirnya kita akan sentiasa makan makan dan makan.
Kadang-kadang bukannya masalah usus tak berupaya mencerna, tetapi usus lambat bergerak. Usus yang lambat bergerak akan membuatkan badan menyimpan toksin dan gas, menyebabkan perut kembung. Dan kentut yang terlalu busuk juga adalah petanda ada masalah penghadaman kerana usus tak dapat hadam makanan dengan baik. Kalau ada masalah ini, cuba ambil GC Plus. GC Plus membantu pergerakan usus jadi lebih baik.
8. Pertumbuhan yis
Candida adalah sejenis yis yang wujud secara semula jadi dalam saluran usus. Walaupun kita perlu yis ini dalam saluran usus, ia boleh jadi masalah sekiranya yis mula 'ambil alih kuasa'. Bila usus lemah, asid perut juga jadi rendah. Ini membuatkan bakteria dan yis membiak dengan lebih banyak dan tak terkawal. Walaupun pada dasarnya yis baik untuk usus, jika terlampau banyak ia menimbulkan pelbagai masalah lain.