Seorang vegan mati kerana kelaparan
Seorang influencer yang mengetengahkan konsep diet vegan Zhanna D’Art, meninggal dunia kerana disyaki kelaparan. Selama empat tahun yang lalu, dia hanya mengambil buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, smoothie buah-buahan dan jus sahaja. Mengehadkan pengambilan kalori secara ekstrim dalam tempoh yang panjang boleh membawa kepada pelbagai masalah. Ini termasuklah kekurangan zat makanan, kerosakan organ, fungsi imun yang lemah dan ketidakseimbangan hormon.
Badan memerlukan sejumlah tenaga (kalori) untuk berfungsi dengan baik. Tidak mendapat kalori yang mencukupi boleh menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai kebuluran. Kebuluran menjejaskan pelbagai sistem badan dan boleh mengakibatkan kehilangan otot, keletihan, gangguan kognitif, dan dalam kes yang teruk, kematian. Diet vegan yang seimbang mestilah kaya dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang.
Walaupun semuanya berasakan tumbuhan, ia mestilah boleh memberikan nutrisi yang mencukupi. Tetapi, jika tidak dirancang dengan betul, diet vegan boleh membawa kepada kekurangan nutrisi tertentu. Tidak dinafikan sumber berasaskan tumbuhan boleh membekalkan protein, tetapi ia tidak mengandungi semua asid amino penting dalam jumlah optimum. Sedangkan badan perlu gabungan sumber protein yang berbeza untuk oleh membantu memastikan profil asid amino yang lengkap.
Vitamin B12. Vitamin ini didapati produk haiwan, jadi vegan berisiko kekurangan vitamin B12. B12 penting untuk fungsi saraf dan pengeluaran sel darah merah. Untuk para vegan, anda perlu makanan tambahan yang diperkaya dengan B12. Plant-based iron kurang mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber haiwan. Vegan perlu mengambil makanan kaya zat besi bersama-sama dengan makanan kaya vitamin C untuk meningkatkan penyerapan.
Produk tenusu pula adalah sumber kalsium yang biasa, dan vegan mungkin perlu memberi tumpuan kepada susu berasaskan tumbuhan (almond milk, soy milk), sayur-sayuran berdaun dan makanan kaya kalsium yang lain. Sebab itulah, untuk KURUS, bukan sekadar mengurangkan lilitan pinggang, atau sekadar boleh muat ke saiz XS! Penting untuk ambil perhatian bahawa untuk kurus dan sihat, termasuk yang vegan, harus merancang pemakanan untuk memastikan ia memenuhi semua keperluan pemakanan.
Pasti ada yang tertanya "Adakah mereka yang mengamalkan diet ketat ini tidak berasa lapar? Atau adakah badan mereka sudah kebal terhadap kelaparan sehingga tidak lagi berasa lapar?"
Itulah kesan dari kelaparan dalam tempoh yang lama. Pada mulanya, apabila seseorang memulakan diet yang ketat, mereka mengalami rasa lapar yang kuat. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, badan sudah menyesuaikan diri dengan kelaparan dan rasa lapar boleh berkurangan. Apa yang mereka tidak tahu adalah, itu tidak bermakna badan tidak lagi memerlukan kalori dan nutrien. Sebab itulah mereka yang ekstrim dalam berdiet sering jatuh sakit secara tiba-tiba.