Obesiti dan Kesihatan Mental

Obesiti dan keadaan kesihatan mental adalah dua kebimbangan yang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Walaupun kelihatan seperti isu yang berasingan, kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara kedua-duanya. Obesiti telah dikaitkan dengan kemurungan. Kajian mendapati individu yang mengalami obesiti lebih berkemungkinan mengalami kemurungan berbanding mereka yang tidak obes.

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan perasaan rendah diri akibat imej badan yang buruk. Ini menyumbang kepada kemurungan. Obesiti menyebabkan perubahan berlaku terhadap mikrobiom usus, yang juga boleh menjejaskan kesihatan mental. Obesiti juga menyebabkan keradangan dalam badan yang boleh mencetuskan perubahan dalam otak lantas menjejaskan mood. Obesiti membawa kepada perubahan dalam bahan kimia otak, terutamanya yang berkaitan dengan peraturan mood seperti serotonin. Sebab itulah salah satu ubat penghidap masalah mental adalah ubat anti-depressant, yang berfungsi merangsang serotonin.

"Bagaimanakah serotonin berfungsi untuk memastikan mood kita seimbang?"

Serotonin membantu mengawal mood dengan cara mengikat pada reseptor tertentu dalam otak. Reseptor ini boleh menjejaskan proses mental yang berbeza seperti mood, selera makan dan tidur. Serotonin boleh mempengaruhi proses ini dengan cara yang membantu meningkatkan emosi positif dan melembapkan emosi negatif. Apabila tahap serotonin tinggi, kita cenderung berasa lebih gembira, lebih tenang dan lebih optimistik. Emosi gembira dan tenang menjadikan perut kurang merasa lapar. Sebaliknya, apabila tahap serotonin rendah, perasaan negatif seperti kesedihan, kebimbangan dan kebosanan boleh timbul. Apabila sedih dan bosan, kita cenderung untuk makan makanan yang manis dan berlemak seperti aiskrim dan cokelat. Inilah sebabnya mengapa mengekalkan tahap serotonin sangat penting untuk kesihatan mental, kerana ia ada pengaruh terhadap berat badan.

Cara GC Plus bertindak adalah dengan merangsang badan menghasilan serotonin, lantas pengguna merasa kurang lapar dan kenyang yang lebih lama. Itulah cara GC Plus membantu anda untuk mengawal berat badan, iaitu dengan kaedah kurang merasa lapar.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart