Gemuk terlalu lama membawa kepada penyakit hati berlemak.

Obesiti adalah penyakit yang semakin meningkat penghidapnya, di seluruh dunia. Telah diketahui umum bahawa obes meningkatkan risiko sakit jantung, kencing manis dan strok. Walau bagaimanapun, apa yang ramai orang tidak sedar, obesiti juga memberi kesan yang besar kepada hati. Penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti ada kaitan dengan penyakit hati berlemak (NAFLD). NAFLD ialah keadaan di mana lemak berlebihan terkumpul dalam sel hati.

Obesiti boleh menyebabkan rintangan insulin, yang menyebabkan hati menghasilkan lebih banyak glukosa daripada yang diperlukan. Ini boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam sel hati. Selain itu, obesiti selalunya dikaitkan dengan diet yang tidak sihat, yang boleh menyebabkan keradangan pada hati. Lemak yang berlebihan dalam hati inilah akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu hati, yang akhirnya boleh menyebabkan kegagalan hati.

Menurunkan berat badan boleh membantu memulihkan kerosakan hati yang disebabkan oleh NAFLD. Apabila seseorang menurunkan berat badan, lemak hati mereka berkurangan. Tahap enzim hati menjadi lebih baik dan mengurangkan keradangan. Malah, walaupun penurunan berat badan yang sederhana sebanyak 5-10% boleh membawa kepada penurunan yang ketara dalam NAFLD. Dalam bahasa mudah, weight loss can help reverse liver damage.

Jika ada yang mencari produk untuk merawat NAFLD, maaf GreenAard tidak ada produk untuk tujuan itu. Tetapi, GreenAard ada GC Plus dan Nutrijuice, iaitu produk kombo untuk weight loss booster. GC Plus khusus untuk weight loss. Manakala Nutrijuice untuk menurunkan kolesterol. Untuk yang belum tahu, kolesterol ada komponen yang bernama triglyserida. Apabila triglyserida terlalu tinggi, berat badan susah untuk turun.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart