Diet yang ekstrim boleh merosakkan struktur kulit.

Diet yang melampau, terutamanya diet yang tidak seimbang atau kekurangan nutrien, boleh merosakkan struktur kulit dalam beberapa cara. Diet yang sangat terhad dalam kalori atau kumpulan makanan tertentu boleh menyebabkan kekurangan nutrien penting seperti vitamin, mineral dan asid lemak penting. Kekurangan nutrien boleh mengganggu fungsi normal kulit, termasuk pertumbuhan dan pemulihan sel kulit.

Diet yang melampau yang bertujuan untuk menurunkan berat badan dengan cepat boleh menyebabkan penurunan berat badan secara drastik dalam tempoh yang singkat. Ini menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya, terutamanya jika seseorang telah kehilangan berat badan yang berlebihan. Kulit yang telah hilang keanjalannya dengan drastik berpotensi menjadi kendur atau berkedut.

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membuat kulit kering, kasar, dan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kerengsaan. Ini boleh membawa kepada perubahan dalam tekstur luaran kulit. Diet yang kaya dengan makanan yang diproses atau tinggi lemak, boleh meningkatkan risiko jerawat. Diet yang rendah nutrisi pula boleh mengurangkan keupayaan kulit untuk melawan kerosakkan. Kesimpulannya, diet yang melampau boleh menyebabkan kekurangan nutrien, penurunan berat badan yang cepat, dan masalah lain yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit.

Walaupun GreenAard ada GC PLUS untuk membantu mendapatkan berat badan yang ideal, diet ekstrim adalah tidak disyorkan sama sekali! Kerana, diet yang melampau akan menyebabkan penurunan berat badan yang cepat, yang boleh memberi tekanan pada organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang. Lagipun, diet yang melampau boleh mengganggu metabolisme badan. Apabila anda kembali kepada diet biasa, badan mungkin mengalami kesukaran menyesuaikan diri, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan yang cepat.

GC PLUS tidak akan membuatkan berat badan turun dengan drastik. Yang akan turun adalah BODY FAT anda. Kalau tak percaya, sebelum mencuba GC PLUS, ukur saiz pinggang terlebih dahulu. Selepas 15 hari, ukur kembali saiz pinggang dengan measuring tape yang kami berikan. Pasti ukur lilit berkurangan.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart