Berat badan saya ideal, tetapi kenapa saya ada double chin?

Double chin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun berat badan anda ideal. Double chin bukan semata-mata disebabkan oleh lemak berlebihan di bahagian bawah dagu. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan kehadiran double chin. Yang pertama, GENETIK. Kecenderungan genetik dari keluarga boleh memainkan peranan penting dalam penampilan double chin. Faktor genetik memainkan peranan bagaimana lemak disimpan dalam badan. Jika ahli keluarga mempunyai double chin, anda mungkin lebih cenderung untuk memilikinya.

Genetik mempengaruhi bentuk dan struktur muka seseorang, termasuk bentuk dan saiz dagu, leher, dan struktur tulang muka keseluruhan. Jika seseorang mempunyai sifat genetik yang menyebabkan mereka cenderung mempunyai leher atau dagu yang lebih pendek, ini meningkatkan peluang untuk mempunyai double chin. Selain itu, sekiranya terdapat kecenderungan genetik untuk menyimpan lemak tambahan di kawasan leher atau dagu, maka seseorang itu lebih terdedah kepada double chin.

Genetik juga boleh menjejaskan struktur dan kekuatan otot di kawasan leher dan dagu. Jika seseorang mempunyai otot yang lemah atau kurang berkembang di kawasan ini, ia boleh menyumbang kepada penampilan double chin. Proses penuaan juga mempengaruhi bagaimana kulit dan otot berubah dari semasa ke semasa. Memiliki faktor genetik yang disebutkan tadi, ditambah pula dengan kehilangan keanjalan kulit di kawasan leher, boleh mempercepatkan penampilan double chin.

Ramai yang tidak tahu bahawa postur yang buruk, seperti duduk dengan kepala condong ke depan atau membungkuk dengan lama, dapat menyebabkan leher dan dagu kelihatan lebih rendah dan memberi penampilan double chin dari semasa ke semasa. Dalam erti kata lain, seseorang yang banyak duduk sepanjang hari lebih berisiko mendapat double chin. Maka, fahamkan di sini bahawa seseorang yang memiliki double chin tidak semestinya berbadan gemuk. Penampilan double chin boleh terjadi pada seseorang dengan berat badan yang seimbang atau bahkan pada yang kurus.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart