Berat Berlebihan vs Kesihatan Tulang

Mengekalkan berat badan yang sihat sangat penting untuk mengelakkan risiko pelbagai penyakit kronik. Kajian menunjukkan, berat badan berlebihan pada wanita boleh memberi kesan yang besar kepada tulang. Berat badan yang berlebihan memberi tekanan pada rangka, yang boleh menyebabkan tulang haus. Dari masa ke masa, tekanan yang berlebihan ini melemahkan tulang dan menjadikannya lebih terdedah kepada patah.

Tahap estrogen dalam wanita yang overweight selalunya lebih tinggi. Walaupun estrogen yang tinggi memberi kesan positif pada ketumpatan tulang, obesiti boleh mengganggu keseimbangan hormon. Lemak badan yang berlebihan menyebabkan estrogen keluar dengan banyak lalu mengganggu pembentukan semula tulang. Gangguan tersebut berpotensi menurunkan ketumpatan tulang lantas meningkatkan risiko osteoporosis.

Selain dari itu, selalunya wanita yang berlebihan berat badan mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah. Kita semua tahu vitamin D penting untuk penyerapan kalsium dan kesihatan tulang. Tahap vitamin D yang tidak mencukupi boleh menjejaskan penyerapan kalsium oleh tulang.

Obesiti juga dikaitkan dengan gangguan metabolik. Gangguan metabolik menyebabkan keradangan pada tulang dan boleh menggalakkan tulang hilang dan melemahkan sistem rangka. Berat badan berlebihan biasanya dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes. Keadaan ini boleh menjejaskan pembentukan tulang yang membawa kepada penurunan ketumpatan tulang dan risiko osteoporosis yang lebih tinggi.

Adalah penting bagi wanita yang berlebihan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Anda tidak perlu KURUS, cukup sekadar IDEAL WEIGHT. Masalah tulang akan menjadi lebih baik.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart