Berapa botol GC Plus saya perlu makan untuk turunkan berat 7 kg dalam sebulan?
Dik, sebotol GC Plus memang khusus untuk sebulan. Awak tak boleh ambil lebih dari sebotol dalam sebulan. Dalam erti kata yang lain, nak turunkan 7 kg tiada ada masalah, tetapi JANGAN ambil lebih GC Plus dari sepatutnya. By the way, untuk menurunkan 7 kg berat dalam sebulan, bukan mustahil, tetapi perlu lihat apa berat semasa awak sekarang. Kalau berat awak sekarang 100 kg, insyallah boleh turun 7 kg sebulan. PASTI. Walaupun bagaimanapun, percayalah cakap kami, 7 kg itu bukan semuanya lemak. Kebanyakkannya adalah AIR.
Hubungan antara metabolisme dan berat badan adalah kompleks. Ada beberapa perkara penting untuk difahami. Orang yang BMR-nya (Basal Metabolic Rate) lebih tinggi cenderung untuk membakar lebih banyak kalori semasa rehat. "Semasa rehat" bermaksud tenaga yang digunakan oleh badan untuk bernafas, peredaran darah, dan mengawal suhu badan. Jika pada waktu-waktu rehat ini metabolisme badan adalah tinggi, bermakna orang itu lebih mudah menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang ideal.
Genetik juga mempengaruhi metabolisme. Seseorang secara semula jadi mempunyai metabolisme lebih tinggi disebabkan oleh faktor genetik, manakala yang lain mempunyai metabolisme yang lebih perlahan. Walau bagaimanapun, genetik sahaja tidak menentukan berat badan atau keupayaan untuk menurunkan berat badan.
Pilihan gaya hidup, termasuk diet, memainkan peranan penting. Hormon, seperti tiroid, insulin, dan kortisol, boleh mempengaruhi metabolisme. Sebagai contoh, tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh melambatkan metabolisme, menjadikan penurunan berat badan lebih mencabar. Metabolisme akan menjadi lambat secara semula jadi seiring usia. Pada usia tua, perubahan hormon berlaku. Ini bermakna semakin tua, semakin sukar untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan ideal. Walau bagaimanapun, kesan penuaan terhadap metabolisme adalah agak sederhana berbanding faktor lain seperti kompisisi badan.
Komposisi badan khususnya nisbah otot kepada lemak, memainkan peranan dalam metabolisme. Otot memerlukan lebih banyak tenaga daripada tisu lemak. Seseorang yang mempunyai jisim otot tinggi cenderung mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Ini bermakna orang yang mempunyai lebih banyak otot membakar lebih banyak kalori, walaupun semasa rehat. GC Plus membantu mengurangkan lemak dengan cara menambahkan jisim otot. Ia tidak menjadikan otot anda berketul-ketul bak pembina badan, tetapi jisim otot yang bertambah sedikit demi sedikit membantu membakar lemak tanpa anda sedari.
Sebab itulah setiap pembelian GC Plus kami bekalkan dengan measuring tape supaya setiap 10 hari, anda boleh ukur lilitan pinggang. Ukuran pinggang adalah petunjuk bodyfat anda.