Hari-hari balun Starbucks lepas tu tanya apesal berat payah nak turun walaupun dah ambil GC Plus. Mati mak nak layan soklan macam ni nokkk!

 

Hari-hari pekena Starbucks lepas tu tanya balik apesal tak kurus-kurus. Mati mak nak layan soklan macam ni nokkk.

 .

Ramai customer GC Plus yang mengalami penurunan berat badan tanya soalan "Ada tak tips supaya berat saya turun dengan lebih cepat?"

Amboiii. Sebulan turun 2-3kg tak cukup ke kak.

Takkan sebulan nak turun sampai 15kg kot.

Kami selalu bagi tips - ELAKKAN MAKANAN MANIS/BERGULA.

Terus masing-masing buat muka tempe. Tak puas hati lettewww tak boleh pekena Starbucks.

 .

NANTI!

Bukan tak boleh ambil makanan bergula. Kalau nak ambil, ambillah. Tapi lepas tu jangan komplen kenapa berat badan makin bertambah, kenapa berat badan statik, kenapa berat badan susah nak turun, bla bla bla. Dah kau yang nak makan makanan manis sangat tadi kan?

Tapi memang betul. Bila kita kurangkan makanan bergula, badan secara automatik membuang banyak kalori.

Kenapa?

Kalau you all makan satu sudu teh gula, itu saja dah 16 kalori. Tapi yang tu takpe. Sebab itu hanyalah gula semata-mata. Bila you all makan makanan bergula contohnya kek, tu bukan sahaja makan gula tapi makan kanji dan lemak sekali (dah tentu kalau buat kek mesti ada tepung, lemak dan gula kan?)

Ok kita ambil contoh mudah - biskut.

Dalam sekeping biskut ada 12% gula. Jadi yang selebihnya apa?

88% daripada sekeping biskut tu adalah lemak dari mentega/marjerin dan kanji tepung! Tu baru sekeping. Takkan makan biskut takat sekeping kot. Kurang-kurang setengah paket sekali hadap. So, amacam? Kira la. Hahaha.

Maksudnya di sini, gula bukanlah isu utama. Yang menjadi isu adalah makanan bergula. 

Apa contoh makanan bergula? 

BANYAK!

Aiskrim Magnum (slurppp!), caramel frappucino, cupcakes, biskut, coki-coki, lolipop, etc.

Semua ini dikategorikan dalam kategori makanan ringan (junk food). Makanan ringan ni kalau tak makan pun tak apa. You all akan jadi lebih sihat kalau tak makan makanan ringan ni pun. Sebab makanan ringgan PASTI akan melibatkan lemak yang banyak, kanji yang banyak, bahan perisa, bahan pengawet dan pewarna. Dan makanan ringan KONFEM bukan makanan serat tinggi. 

 .

Jadi, apa aje makanan yang boleh dimakan?

Sebab itu kami selalu sarankan MAKAN APA SAJA TAPI PASTIKAN 'EAT CLEAN'.

Jadi, apa itu EAT CLEAN?

"Eat Clean" maksudnya makan makanan tanpa pengawet, tanpa perisa, tanpa pewarna tambahan, dan tidak manis-manis.

Kat mana nak dapat semua makanan jenis tu?

EAT FRESH!

Nasi goreng boleh makan, nasi paprik boleh makan, sup tulang boleh makan, tomyam campur pun boleh. Eh banyaklah!! 

 .

KALAU MAKANAN BERGULA TAK BOLEH AMBIL, HABIS TU MANA NAK DAPATKAN SUMBER GULA?

Syabas Inspektor Sahab! Good question!

Sumber gula terbaik adalah buah-buahan. Silakan kunyah buah lepas ni ya?

Jangan risau. Bukan tak boleh ambil lansung, sesekali boleh la nak lepaskan gian. Tapi selalunya bila kita dah mula, kita susah nak stop. Kalau you all jenis berdisiplin boleh buat jadual seminggu hanya ambil satu makanan bergula saja, lainlah. Masalahnya semua jenis pantang dengar perkataan "BOLEH AMBIL SEKALI-SEKALA". Yang perlu diambil sekali-sekala adalah makanan bergula ya, bukan sekali-sekala berhenti makan makanan bergula.

Kesimpulannya, you all tak perlu berhenti gula sepenuhnya untuk meningkatkan kesihatan dan kembali ke berat badan ideal. Kesederhanaan, seperti biasa, adalah kunci kesihatan. Walau bagaimanapun, kalau you all serius nak turunkan berat badan, kami memang sangat percaya bahawa makan makanan ringan dan bergula adalah sesujatu yang perlu dielakkan (atau dikurangkan). Makanan bergula memang sedap. Nak lagi Coke. Tengah-tengah panas kalau dapat coke sejuk-sejuk memang kaw! Masalahnya coke tak ada yang kurang manis ya, bang. Try la pegi mamak mintak "Mamak! Coke kurang manis satu!". Kena libas dengan mamak tu baru tau.

Lepas ni rajin-rajin makan buah ok? Jangan berhenti makan fresh fruit!

 .

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart