Ada darah tinggi tapi nak ambil GC Plus jugak!
.
Alahaiiii, ramainya nak cuba GC Plus tapi ada penyakit darah tinggi. Camne, boleh ke?
Ok, look.
Realitinya kandungan GC Plus cumalah Garcinia Cambogia (buah asam) dan herba kampung sahaja. Di samping tu kIta ada letak sikit habatussauda. Garcinia Cambogia ni adalah sejenis buah. Jadi, ianya tak berbahaya. GC Plus juga tak mengandungi sebarang bahan perangsang yang boleh bagi kesan negatif kepada pesakit darah tinggi. Jadi, secara amnya, GC Plus tak merbahaya kepada penghidap darah tinggi.
.
Ye la, tapi boleh ke tak kami ambil GC Plus?
Sabaq laaaaa. Bagi cheq cerita dulu.
Pertama sekali penting untuk tau bahawa setiap pengguna MESTI patuh pada dos yang disyorkan apabila mengambil sebarang makanan tambahan, khususnya GC Plus. Kalau dah kata ambil 4 biji, maka 4 biji. Jangan ingat makan 8 biji tu dan-dan tu boleh kurus. Takde maknanya!
Satu lagi perkara penting untuk difahami adalah asid hydroxycitric (HCA) yang merupakan elemen penting dalam GC Plus bukanlah sesuatu yang belum pernah wujud di mana-mana. HCA ni pun ada dalam buah-buahan sitrus yang lain tapi ia lagi banyak dijumpai dalam Garcinia Cambogia.
Melalui kajian makmal, HCA ni boleh menyebabkan kesan sampingan yang serupa dengan makanan tambahan yang mengandungi kafein, iaitu tekanan darah tinggi dan kadar jantung meningkat!
Hah, tu dia! Kecut perut dengaq.
Tapi, nanti dulu.
Penyelidikan ke atas Garcinia Cambogia tak menunjukkan pun ia menyebabkan tekanan darah tinggi. Jadi, sesiapa penghidap darah tinggi kalau nak guna GC Plus sebenarnya boleh, TAPI perlu langkah berjaga-jaga.
Kita tak kata GC Plus tak boleh diambil. Yang kita bimbangkan adalah bila Garcinia Cambogia dan herba-herba di dalam GC Plus ini berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diambil oleh penghidap darah tinggi. Kebimbangan ni wujud atas sebab-sebab yang baik. Bukan kami tak bagi you all kurus, tapi adalah lebih baik tumpukan dulu pada ubat-ubatan yang doktor dah bekalkan. Kita taknak ganggu ubat darah tinggi tu 'bekerja'. Itu saja. Jangan marah naaaa.
Dalam bahasa lagi mudah faham, pengidap darah tinggi tak payah la ambil GC Plus. Kita taknak nanti lebih banyak kesan sampingan pulak dari manfaat bila ambil GC Plus. Walaubagaimanapun, kalau nak jugak ambil GC Plus, perlu dapatkan nasihat doktor.
.
So kalau saya nak ambil juga GC Plus, apa yang saya patut pertimbangkan?
Yang paling penting, MESTI periksa dos pengambilan GC Plus. Periksa, fahamkan, dan hormati dos pengambilan. Jangan main belasah je.
Apa-apa pun pergi jumpa doktor yang merawat penyakit korang. Sebab tekanan darah tinggi ni ada yang 'mild' ada yang 'critical'. Jadi mereka lebih arif tentang kemampuan badan you all menerima GC Plus.
Tapi yang TERPALINGGGGGG penting sekali, cuba tanya balik diri, "Adakah saya benar-benar perlu ambil GC Plus?'.
Tanya elok-elok ok? *hehehhe*
Kalau tak perlu, tak payah ambil.
Kalau matlamat you all adalah untuk turunkan berat badan, dalam masa yang sama you all ada darah tinggi, maka ada beberapa perkara yang anda perlu ingat (yang telah dinyatakan di atas). Apa-apa saja bentuk mekanan tambahan dari herba akan ada risiko bila berinteraksi dengan ubat-ubatan darah tinggi. Jadi, ini memang satu risiko yang perlu ditimbang dengan teliti. Walau macamanapun GC Plus adalah selamat, ada KKM, ada Halal. Tapi, untuk pengidap darah tinggi, mohon dapatkan nasihat doktor dulu.
.