Tanda-tanda yang muncul pada wajah tak semestinya berkait-rapat dengan masalah kulit. Ada penyakit yang anda tak tahu.

RSS

 

Selalunya, bila tanda-tanda 'pelik' timbul kat muka, kita selalu kaitkan dengan masalah kulit. Tapi, tak semuanya berkisar tentang kulit saja. Tak semua yang timbul kat muka tu boleh dirawat dengan skin care dan kolagen, sedangkan ia mungkin melibatkan kesihatan dalaman. Dari wajah saja dah boleh tau apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam tubuh badan. Cuba check peta wajah ni and lihat ada tak tanda-tanda di pada diri korang.

1. Garisan mendatar di dahi
Adalah berpadanan dengan usus dan kolon. Ia menunjukkan masalah penghadaman, pengambilan cecair, gula dan lemak yang berlebihan.

2. Garis menegak di antara kedua belah mata.
Adalah berpadanan dengan hati atau limpa yang lemah.

3. Lingkaran sekitar iris mata.
Kolesterol tinggi dalam darah.

4. Crow’s feet.
Akibat limpa atau hati yang lemah dan penglihatan yang terjejas.

5. Lingkaran hitam di bawah mata.
Adalah berpadanan dengan buah pinggang. Menunjukkan water retention.

6. Merah di hujung hidung.
Jantung yang berkerja terlalu kuat.

7. Alur menegak yang dalam di kedua-dua belah mulut.
Menunjukkan kelemahan dalam sistem pembiakan.

8.Bintik pada bibir.
Bintik berwarna putih : kolon yang dijangkiti parasite.
Bintik berwarna biru keunguan : pencernaan yang lemah, sembelit.

9. Garis rahang yang tak sekata.
TMJ disease (Temporomandibular joint)

10. Double chin.
Fungsi tiroid yang lemah.

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak