Taktik untuk turunkan paras kolesterol dengan cepat.

RSS

 

TAKTIK UNTUK TURUNKAN PARAS KOLESTEROL DENGAN CEPAT.

Tak perlu jadi macam kambing pun 24 jam kunyah daun.
Senang sangat. Masih boleh makan makanan yang korang suka, tapi kena tahu caranya. Kalau korang serius nak turunkan kolesterol,ikuti taktik-taktik di bawah. Taktik ni jugak membantu korang kurangkan berat badan dan tingkatkan kesihatan jantung.

🌟 Pilih daging tanpa lemak dan ayam yang dibuang kulit. Daging batang pinang paling bagus.

🌟 Hadkan pengambilan sosej, burger dan salami kepada 1 kali seminggu saja.

🌟 Ambil jajan atau kekacang tanpa garam. Itupun jangan hari-hari tau.

🌟 Hadkan pengambilan ais krim kepada tidak lebih dari tiga kali seminggu.

🌟 Ambil yogurt, kastard dan pencuci mulut yang rendah lemak atau tiada lemak.

🌟 Buah kena makan 2 kali sehari.

🌟 Setiap kali makan nasi, pastikan ada hidangan sayur. Tapi kalau nak makan lebih banyak sayur dari nasi lagi bagus.

🌟 Kalau nak makan roti, makan roti dari jenis bijirin penuh. Bukan roti putih.

🌟 Hadkan 1 kali saja seminggu untuk makan pizza/pie/burger/pasta berkrim.

🌟 Nak makan kek pun 1 kali saja seminggu.

🌟 Kurangkan pengambilan organ dalaman haiwan macam hati, jantung, limpa, paru.

🌟 6 biji telur saja seminggu.

🌟 Gunakan marjerin yang ada extract bunga matahari atau minyak zaitun, bukannya mentega.

🌟 Gunakan minyak masak zaitun atau bijan.

🌟 Gunakan sos salad dan mayonis dari minyak canola, bunga matahari, kacang soya, zaitun, atau bijan.


Senang, kan?
Bukannya suruh korang sampai kena ikat perut itu ini tak boleh makan.

Tapi kalau ada sesiapa yang rasa susah nak telan sayur dan malas nak kunyah buah 2 kali sehari, boleh dapatkan Nutrijuice dari kami. Nutrijuice ni ada campuran buah dan herba yang hi-fibre. Complete set! Tak payah risau kena makan sayur dan buah lagi. Dan terbukti mengurangkan kolesterol dalam masa 2 minggu.

 

Diet yang dipenuhi dengan burger, fries, nugget, pizza, cookies dan kerepek dah MEMANG CONFIRM meningkatkan tahap LDL (kolesterol jahat).

 

 

Sesetengah makanan seperti ikan juga tinggi kolesterol, tetapi dikira sebagai lemak yang sihat.

 

 

Makanan seperti keju, daging merah, mentega, dan kulit ayam jangan ambil lebih dari 5% diet harian anda.

 

 

Produk tenusu dan daging memang perlu dalam diet tapi jangan ambil secara berlebihan.

 

 

Gantikan lemak dan kolesterol yang tinggi makanan dengan sayur-sayuran , buah-buahan , biji-bijian dan kacang.

 

 

Bila masak ayam, buang kulitnya.

 

 

Ambil madu, zafaran, bawang putih dan delima setiap hari. Ia membantu membuka saluran darah dan meningkatkan aliran darah

 

 

Gemuk dan berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai tahap LDL (kolesterol jahat) yang tinggi. Kuruskan badan anda!

 

 

Kolesterol yang tinggi boleh membawa kepada tekanan darah tinggi, penyakit jantung , kencing manis, dan strok.

 

 

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak