Fakta-Fakta Menarik Tentang Kolesterol Yang Anda Perlu Tahu

RSS

 .

Siapa kat sini suka makan otak angkat tangan! 🙋
Tak kisahlah otak lembu ke 🐄, otak kambing ke🐐 , janji namanya otak.

Otak memang sedap dimakan.
Tapiiiiii otak ada tahap kolesterol dan lemak yang tinggi.
140g otak ada lebih kurang 3500mg kolesterol.
Belum masuk lemak lagi.
TINGGI TU!
Selalunya, mereka yang suka makan otak akan lebih senang dapat penyakit kardiovaskular akibat saluran darah yang tersumbat dek kerana pembentukan kolesterol.

Kalau rasa-rasa tak boleh tinggalkan otak, make sure masa beli otak, beli sekali Nutrijuice, ok?

.

1. Kita tidak boleh hidup tanpa kolesterol.
Kita dilahirkan dengan kolesterol dalam badan kita. Bayi mendapat kolesterol daripada susu dan sebenarnya, kolesterol juga ditambah ke dalam susu formula. Kolesterol adalah penting kerana semua hormon dan sel-sel kita memerlukannya untuk berfungsi dengan betul. Ia juga merupakan blok binaan untuk semua sel-sel badan, dan ia membantu hati membuat asid yang diperlukan untuk memproses lemak.

 .

2. Satu daripada setiap tiga orang dewasa mempunyai kolesterol tinggi. Mereka yang berusia 20 tahun perlu memeriksa kolesterol setiap lima tahun.

 .

3. Kolesterol tinggi boleh jadi disebabkan genetik.
Banyak tumpuan diberikan kepada pengawalan paras kolesterol melalui perubahan diet dan senaman, tetapi antara faktor yang mempengaruhi juga adalah genetik. Apabila anda makan makanan yang mengandungi kolesterol, seperti daging, ikan, dan susu, badan anda menghilangkan lebihan kolesterol itu jika ia berfungsi secara normal. Tetapi berapa banyak kolesterol yang dapat dihilangkan bergantung kepada genetik anda.

 .

4. Bilangan orang yang harus bergantung pada ubat-ubatan kolesterol semakin meningkat. Anda perlu cuba Nutrijuice untuk merawat kolesterol tinggi jika anda :
.
a. Pernah mengalami strok, angina (sakit dada).
b. Pernah diserang sakit jantung.
c. Mempunyai tahap LDL (kolesterol jahat) yang tinggi (190 mg/dl atau lebih tinggi)
d. Mempunyai penyakit kencing manis
e. Xanthelasma (kekuningan) dalam mata
f. Sedang berada di peringkat umur 40 dan 75 tahun.

 .

5. Kanak-kanak boleh mempunyai kolesterol tinggi.
Ramai orang berpendapat bahawa kolesterol tinggi adalah isu orang dewasa, tetapi kunci untuk mengekalkan tahap normal kolesterol adalah untuk memulakan ujian awal. Dan pemeriksaan perlu dilakukan bermula pada usia 2 tahun untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghadapi masalah kolesterol, sekiranya mereka ada masalah obesiti, sejarah keluarga yang mempunyai serangan jantung dan sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol yang tinggi.

 .

6. Berpeluh boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) anda. Selain daripada makan makanan yang sihat, anda boleh meningkatkan tahap HDL anda dengan banyakkan senaman.

 .

7. Tahap kolesterol wanita turun naik. Walaupun wanita cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah daripada lelaki, mereka mengalami kenaikan kolesterol semasa mengandung dipercayai untuk membantu otak bayi berkembang. Dan susu ibu yang kaya dengan kolesterol dianggap sebagai perlindungan untuk jantung anak. Selepas kehamilan, tahap kolesterol harus kembali normal. Tetapi selepas putus haid, paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) wanita meningkat, manakala paras HDL (kolesterol baik) menurun. Pada usia 75, wanita cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi berbanding lelaki.

 .

8. Supplement boleh mengurangkan kolesterol. Melainkan jika anda berisiko tinggi untuk serangan jantung, diet dan senaman adalah pilihan pertama anda untuk mengurangkan kolesterol. Sebenarnya ramai yang ada kolesterol tinggi tak mahu mengambil ubat kolesterol. Mujurlah makan makanan yang sihat dan menambahkan dengan 2 hingga 3 gram stanols dan sterol setiap hari boleh mengurangkan LDL (kolesterol jahat) sebanyak 6 hingga 15 peratus. Nutrijuice ada kandungan stanols dan sterols yang tinggi. Dalam masa 2-3 minggu anda akan dapati kolesterol turun perlahan-lahan. Boleh ke sini untuk lihat testimoni Nutrijuice : http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-nutrijuice

 

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak