Yang mana lebih elok? Air suam atau air sejuk?

RSS

Ada sesiapa tak dekat sini yang rasa " tak berapa rajin" nak cuci muka sebelum tidor? 

.
Ye la, untuk yang bujang, makan malam kat luar lepas kerja, pastu straight balik rumah nak rehat-rehat depan tv. Tup-tup tertidur terus..zzzzZzZz. Tak sempat nak mandi, apetah lagi cuci muka kan ? Ye ke idok ?
.
Yang dah berfamily pulak, lepas tidurkan anak-anak, ingat nak baring-baring atas katil sebab badan dah penat, eh tau-tau dah pukul 5am.
.
Haishh tak boleh macam tu sebenarnya. Tak elok.
.
Tau tak, dengan gaya hidup yang macam tu, banyak masalah kulit boleh terjadi. Dari kulit lembut mulus, dah jadi berminyak, kulit kering, berjerawat dan berjeragat. Kulit muka kena la jaga elok-elok, ia mencerminkan keperibadian kita. Bila orang tengok muka bersih, confident level untuk orang ambil bekerja tinggi. 
.
AIR SEJUK VS AIR SUAM??
.
Sebenarnya tak kisah pun nak guna air sejuk atau air suam, kedua-duanya ada kebaikan. 
.

CUCI MUKA GUNA AIR SUAM

✔️dapat mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit 
✔️membuatkan pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all dirts yang terperangkap dalam liang roma.
.
CUCI MUKA GUNA AIR SEJUK

✔️membantu untuk menutup balik liang roma tu dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Seeloknya kalau nak tutup liang roma tu, gunakan ais batu. 
.

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Gee Abdul Rani