Makeup Remover

RSS

Apabila makeup tidak dibersihkan dengan sempurna.....


Amboi dek non, banyaknya barang mekap.
Sempat ke nak tenyeh semua warna kat mata tu? 😆
.
Tak kisah la nak beli eye palette sampai 100 warna pun, yang penting muka kena bagi bersih dari kesan mekap setiap kali basuh muka tau. Sayang lah beli krim muka mahal-mahal kalau kita tak bersihkan muka betul-betul dari mekap.
.
Sebenarnya, kebanyakkan penyakit kulit (jerawat) berpunca dari wajah yang tak bersih sepenuhnya dari mekap. Bila muka tak betul-betul bersih, lepas tu korang apply krim muka dan segala serum, UV protection lotion bagai, takde makna! Sebab, semasa korang sapukan krim muka ke wajah, korang sebenarnya sedang 'menyapu' sisa solekan ke serata wajah juga. Dan pori-pori akan tersumbat dengan kesan solekan tadi. Lalu, macamana krim muka nak serap ke dalam kulit kalau liang dah tersumbat? No point dear.
.
Jadi, make sure makeup remover tu biar yang betul-betul bersihkan kulit.
Tengok demo Makeup Remover GreenAard kat sini. In just 1 minit, mekap semua clear! Clean and fresh!
http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-makeup-remover

  • Diana Ishak

Rahsia mudah untuk dapat kulit yang 'glowing'.

 

 

Tak perlu tinggal di spa, atau membelanjakan banyak duit pada produk mahal, atau menukar rutin kecantikan anda untuk dapatkan kulit yang cantik. Kami kongsikan rahsia mudah untuk dapat kulit yang 'glowing'.

🙋 Cukup tidur. Apa tanda tak cukup tidur? Mudah. Kalau bangun pagi dengan lingkaran hitam di bawah mata, itu menunjukkan bahawa anda kurang tidur dan bersedialah akan kemunculan hyperpigmentation periorbital yang berkekalan di bawah mata - juga dikenali sebagai "mata Raccoon."

🙋 Pakai sunblock dan krim yang ada UV block. Lindungi kulit daripada cahaya matahari melampau.

🙋 Elakkan stress. Cubalah untuk banyak bertenang. Ketegangan kronik dan tekanan fizikal menyebabkan lonjakan kortisol dalam badan, iaitu hormon yang boleh memecahkan kolagen dan elastin, akhirnya membawa kepada kedutan.

🙋 Rajin-rajin pakai mosturizer (pelembap). Mengekalkan kandungan air dalam kulit adalah penting untuk kulit yang sihat. Pelembap melambatkan kehilangan air melalui lapisan permukaan kulit.

🙋 Berhentilah ambil makanan bergula. Makanan dengan indeks glisemik yang tinggi (gula dan makanan tinggi karbohidrat) meningkatan kortisol melalui proses yang dipanggil "glycosylation," di mana gula mengikat kolagen dan melemahkannya. Lantas, mempercepatkan kehilangan kolagen.

🙋 Jangan scrub wajah setiap hari. Kerap scrub muka membawa kepada keradangan mikroskopik yang boleh membengkakkan permukaan kulit, menyebabkan liang tersumbat dan menyebabkan kemerahan. Be gentle to your skin dan membataskan penggunaan scrub seminggu sekali.

🙋 Jangan picit jerawat. Memicit jerawat akan menyebabkan epidermis terganggu dan selalunya menyebabkan pendarahan sedikit bermakna anda mencipta satu lagi parut kekal!

🙋 Cuci muka sebelum tidur. Zarah mikro kecil daripada udara boleh merosakkan kulit. Anda tak nampak zarah ni, tapi ia wujud. Ambil masa untuk bersihkan wajah sebelum tidur untuk mengeluarkan serpihan zarah yang boleh melemahkan kulit anda. Pastikan tidur dengan solekan sudah bersih dan benar-benar hilang dari muka.

Gunakan GreenAard Makeup Remover formula 2 in 1, membersihkan solekan dalam hanya 1 minit!

  • Diana Ishak

4 cara nak tanggalkan solekan waterproof

 

Kalau tak cukup budget nak beli makeup remover, gunakan syampu bayi. Syampu bayi pun boleh buang kesan watreproof maskara. Lagipun syampu bayi biasanya agak selamat untuk digunakan di sekitar kawasan mata yang sensitif, kerana kebanyakan syampu bayi adalah hypoallergenic. Tapi gunakan dalam jumlah yang kecil saja dan elakkan termasuk ke dalam mata. Jangan sekali-kali guna syampu biasa.

 

Boleh cuba sapukan krim sejuk (brand Himalaya, Ponds, Garnier ada krim sejuk) untuk menanggalkan solekan.

 

Elakkan daripada menggunakan jeli petroleum untuk buang solekan muka. Ia adalah produk petroleum, bahan yang tak sesuai digunakan di sekitar kawasan mata. Hanya boleh digunakan kalau dah terdesak di waktu anda memang dah takde bahan lain untuk buang kesan solekan. Tapi, jangan bagi masuk lansung ke dalam mata.

 

Gunakan makeup remover yang khusus untuk membuang solekan kalis air. Kerana, makeup remover kalis air akan membuang sisa maskara dengan cepat, selamat dan berkesan. Kalau anda memang pakai waterproof maskara, apa salahnya invest pada makeup remover khas untuk solekan kalis air. Mahal sikit tak apa, yang penting berbaloi untuk masa dan mata anda. GreenAard Makeup Remover adalah sejenis makeup remover berasakan buih yang tak berminyak dan bertindak sebagai pencuci muka sekaligus membersihkan wajah anda dari solekan dalam hanya 1 minit.

  • Diana Ishak

Jangan hanya berhabis membeli lipstik mahal tapi guna bajet rendah untuk tanggalkan kesan lipstik.

 

 

Terima kasih dear customer kerana sudi menggunakan our Makeup Remover 2 in 1 Cleansing Mousse. Menanggalkan solekan degil dalam hanya 1 minit!

Ramai orang invest kat alat solekan. Lipstik sampai 24 batang. Eye shadow 64 palette. Blusher 14 shades. Belum lagi dengan brushes yang bulu kembang, bulu tirus, bulu senget. Berhabis-habisan untuk kelihatan cantik. Tapi untuk tanggalkan solekan hanya pakai wet wipes 😭. Nangis tau kita tengok.

Walaupun tisu basah kelihatan cepat dan mudah untuk membuang solekan, ianya tak berkesan sepenuhnya. Ia hanya akan mengeluarkan solekan dari permukaan kulit saja. Tak cukup untuk membersihkan solekan dari liang kulit.

Kulit diperbaharui di waktu malam ketika kita sedang tidur. Kalau liang kulit masih dipenuhi dengan solekan, kulit tak dapat bernafas, seterusnya sel kulit baru tak dapat dihasilkan. Kegagalan untuk membuang mekap sebelum tidur akan menyebabkan kulit kotor yang membawa kepada jerawat, garis-garis halus, bengkak dan lingkaran hitam di sekeliling mata. Lepas tu, kita akan spend lagi duit untuk rawat muka pula. Sedangkan basic things kita tak ada. Makeup Remover penting ya. Pastikan makeup remover benar-benar boleh membersihkan kulit dari solekan.

 

  • Diana Ishak

Wet wipes boleh menyebabkan muka berjerawat.

 

 

Apakah kualiti yang terbaik yang patut ada dalam makeup remover?

Makeup Remover yang bagus MESTI berupaya membuang solekan dengan cepat dan bersih, tidak menyumbatkan liang kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit. Sesetengah orang lebih suka guna wet wipes untuk bersihkan solekan sebab mudah untuk dibawa ke mana-mana. Lagipun guna wet wipes tak perlukan air. Tapi ramai yang tak sedar penggunaan wet wipes sebenarnya tak benar-benar membersihkan solekan malah akan membuatkan solekan 'terbenam' ke dalam liang kulit akibat gosokkan yang kuat. Ini akan menyebabkan kotoran dari sisa solekan menyumbatkan liang kulit dan membawa kepada pelbagai penyakit kulit seperti jerawat. Orang yang ada kulit sensitif atau mata sensitif perlu elakkan dari mengguna wet wipes.

Untuk membuang solekan degil atau kalis air (waterproof), sebaik-baiknya gunakan makeup remover yang membuang solekan mata dengan cepat dan lembut (tak perlukan gosokkan kuat), serta tak berminyak supaya ia tidak meninggalkan sebarang sisa solekan. Orang yang berkulit kering pastikan menggunakan makeup remover berasaskan krim atau losyen kerana ia bukan saja menyingkirkan solekan tetapi melembabkan kulit.

GreenAard Makeup Remover adalah formula 2 dalam 1 yang bukan saja menanggalkan solekan dalam masa 1 minit tetapi juga bertindak sebagai pencuci muka. Hand-carry, berbentuk spray yang mengeluarkan mousse bukan cecair. Kebarangkalian untuk makeup remover tertumpah dalam bag adalah zero!

 

  • Diana Ishak

Wanita berhabis kira-kira RM37,350 sepanjang hayat untuk 3 jenis alat solek sahaja.

 

 

Dalam satu report majalah fashion, dikatakan purata seorang wanita menghabiskan hampir USD3770 untuk maskara, USD2750 untuk eyeshadow, dan USD1780 untuk lipstick sepanjang hidupnya. Itu dah kira-kira RM37,350 sepanjang hayat! Baru 3 item. Belum masuk blusher, foundation, krim muka, eyeliner, serum, toner, dan macam-macam lagi.

Ok, now kami nak tanya. Berapa banyak yang anda peruntukkan untuk makeup remover?  

🤔🤔...krik...krik...🤔🤔...krik...krik....🤔🤔

Ramai wanita yang mengambil tak endah dengan makeup remover sedangkan makeup remover lah yang menentukan samada anda perlu berbelanja lebih untuk wajah atau tidak.

Wajah yang tak dibersihkan dengan sempurna akan meninggalkan sisa solekan yang tak nampak dengan mata kasar. Solekan akan berada di celah-celah liang roma. Apetah lagi sekiranya anda menggunakan pelbagai solekan - primer, foundation, serum, krim, toner, blusher - anda anggap dengan hanya menggunakan wet wipes saja memadai?

Sebab itulah kulit senang mendapat jangkitan dan jerawat. Kerana asas pembersihan wajah tidak ada. Cuba gunakan GreenAard Makeup Remover yang membersihkan solekan di wajah dengan bersih dan cepat. Lihat video demo di sini : http://greenaard.myshopify.com/pag…/testimoni-makeup-remover

 

  • Diana Ishak

Apa yang akan terjadi kalau anda tidur dalam keadaan muka masih ada solekan.

 

 

 

 

 

 

  • Diana Ishak

Women spend TWO YEARS of their life applying make up!

 

 

Women spend TWO YEARS of their life applying make up! But why it is not surprising at all? 😆😆

Bukan itu saja, kajian baru-baru ini menunjukkan lebih seumur hidup kita (wanita) dihabiskan dengan purata 722 hari untuk kelihatan cantik. Dan alat solek bukannya murah, ok? Bermakna purata SEHARI wanita habiskan selama 40 minit hanya untuk solek muka saja! Dan kadar waktu bersolek ini bertambah di hujung minggu. Wow! Patut lah lelaki marah kena tunggu wanita bersiap. 😆

Itu baru bersolek. Belum masuk part membersihkan solekan. Lebih-lebih lagi time tumpang surau awam. Berlama-lama dalam surau bukan kerana solat yang panjang, tapi kerana masa yang diambil untuk membuang solekan dan kemudian bersolek kembali. .

Nah! Kami nak anda cuba GreenAard Makeup Remover. Boleh bagi kerja cuci muka tu cepat sikit. Hanya 1 minit saja, semua solekan waterproof kapofffffff! Hilang dan bersih sebersih bersihnya! Tak caya? Tengok demo ni : http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-makeup-remover

 

  • Diana Ishak

Jangan gunakan wet wipes untuk bersihkan solekan!

 

 

🙅 wet wipes tak benar-benar membersihkan solekan pada wajah. Ia sebenarnya hanya 'tolak' solekan ke seluruh muka. Pada dasarnya anda menggerakkan sisa solekan dan bakteria di sekitar pada muka, dari satu tempat ke tempat lain. Ini akan menyumbatkan liang dan menyebabkan jerawat.

 

🙅 solekan yang tak benar-benar bersih akan membuatkan apa-apa losyen atau krim yang anda gunakan selepas itu, tak akan betul- betul menyerap ke dalam kulit. Maksudnya, anda dah buang masa dan wang membeli krim dan losyen.

 

🙅 kebanyakkan wanita menggunakan wet wipes untuk bersihkan solekan pada mata. Tapi anda tak tau yang kandungan cleansing lotion pada wet wipes agak sedikit. Selalunya anda perlu sental/gosok mata dengan kuat untuk tanggalkan solekan. Sedangkan kulit di bahagian mata adalah nipis. Ini akan mempercepatkan kedutan pada mata.

 

🙅 wet wipes menggantikan fungsi cleansing lotion dengan alkohol sebagai bahan untuk menanggalkan solekan. Ini menyebabkan kulit jadi kering kerana alkohol akan menghilangkan natural oil pada kulit.

 

🙅 Kalau kulit anda sensitif, jangan guna wet wipes. Guna makeup remover berasaskan cecair yang efektif menanggalkan solekan. Lihat testimoni video kami di sini : http://greenaard.myshopify.com/pag…/testimoni-makeup-remover

 

 

  • Diana Ishak

Cara terbaik untuk pilih warna solekan yang sesuai dengan kulit

 

Ramai wanita akan mencuba warna lipstik, eyeshadow dan powder pada tangan.
Salah cara tu.
Tona kulit pada tangan tak sama dengan tona kulit muka. Oleh kerana kita mencuci tangan lebih kerap dari muka, adalah tak tepat untuk kita lihat kesesuaian warna solekan dengan cara mencalitnya pada kulit tangan. Ini membuatkan kita cenderung pilih warna yang lebih gelap daripada warna kulit muka.
Cara yang betul adalah test pada wajah terus. Atau uji pada hujung jari kerana hujung jari mempunya tona yang lebih hampir dengan wajah. Oh, jangan lupa bawa GreenAard Makeup Remover sekali masa try alat solek kat kaunter. Lepas test, boleh terus spray makeup remover and wipe. Done!
  • Diana Ishak

Kalau pakai kanta lekap (contact lens) boleh ke guna GreenAard Makeup Remover?

 

 

Ada yang tanya kalau pakai contact lens (kanta lekap), boleh ke guna GreenAard Makeup Remover ni?

Jawapannya BOLEH.

Sebenarnya untuk yang pakai contact lens, korang boleh guna mana-mana makeup remover asalkan ianya makeup remover yang bebas minyak, hypoallergenic, dan selamat untuk mata dan contact lens.

Paling selamat, buka dulu contact lens sebelum basuh solekan. Hati-hati semasa menggunakan kapas sebab kapas ada gentian yang boleh masuk ke dalam mata. Sebaiknya sapu makeup remover ke mata dengan tangan, gosok dengan perlahan untuk menanggalkan solekan dan kemudian baru lap sisa solekan yang tertanggal tadi dengan kapas. Jangan guna makeup remover berasaskan minyak.

Kalau perlu menanggalkan solekan tanpa membuang contact lens, lakukannya dengan hati-hati supaya sisa solekan tak masuk ke dalam mata kerana ia akan merosakkan lens.

Yang penting sekali kena hati-hati semasa memakai solekan. Sebab, dalam kebanyakkan situasi, masalah mata adalah disebabkan oleh solekan, bukan makeup remover.

1. Maskara
Untuk menjadikan bulu mata nampak lebat, kebanyakan maskara menggunakan rayon atau gentian nilon pada berusnya. Bila bahan ini (rayon/nilon) kering, ada kemungkinan ia akan jatuh ke dalam mata. Kalau maskara tu di-apply dengan tebal, dan contact lens pula tak dibersihkan dengan betul, ini yang mengakibatkan jangkitan pada mata. Sebaik-baiknya, pilih maskara yang water based, yang bebas minyak dan tak menggunakan gentian rayon/nilon (fiber free). Masa nak apply maskara tu, sapu di hujung bulu mata saja, jangan sapu dari pangkal. Berhati-hati bila gunakan maskara. Kerosakan mata dari berus maskara boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

2. Eyeliner (pensil mata)
Guna water based eyeliner.

3. Eyeshadow (pembayang mata)
Jangan guna berlebihan kerana serbuk/serpihan eyeshadow lebih senang untuk jatuh dan masuk ke dalam mata.

GreenAard Makeup Remover bertindak 2 dalam 1 - menanggalkan solekan dan mencuci wajah. Ia berasaskan sabun dan air, tidak berminyak dan bebas alkohol.

 

 

Ada sebab lain kenapa kulit muka jadi pucat dan cepat tua.

 

Semua tahu sebelum tidur kena pastikan muka dah bersih dari sebarang kesan solekan. Tapi kadang-kadang kita mengelat jugak kan? Lebih-lebih lagi kalau balik lewat malam, dalam keadaan perut kenyang. Bukak pintu bilik nampak katil dulu. Alahaiii, nampak macam katil tu ada tangan tengah memanggil-manggil kita. Lalu malam tu kita 'menghalalkan' muka kita tak bercuci. Kalau cuci pun, asal basah je. Pernah buat, kan? Tipulah kalau kata tak pernah buat.

Ramai yang berbelanja krim muka macam nak rak. Lengkap dengan krim muka, krim mata, krim hilangkan kedut. Segala tok nenek krim dia beli. Pakailah sepuluh jenis krim kat muka pun tapi kalau solekan tak dicuci dengan betul, apetah lagi tidur malam dengan keadaan muka masih ada secalit foundation - akan membuatkan kulit cepat tua.

Kulit manusia diperbaharui pada waktu malam. Kalau waktu tidur muka masih penuh dengan solekan, macamana kulit nak 'bernafas'?

Selain dari tu, solekan yang dicuci dengan betul akan buatkan korang tidur dengan lebih nyenyak. Tak percaya cuba tidur dengan muka penuh solekan. Esok pagi, muka akan nampak letih dan 'berat' di samping jadi berminyak.

Cuba check point-point dalam setiap gambar, kat mana kesalahan kita selama ni semasa mencuci muka sehinggakan kulit nampak cepat tua. 

 

 

1. Tidur tanpa tanggalkan solekan lansung.

Ini boleh mendatangkan malapetaka pada kulit sebab, dalam sekelip mata, solekan akan bercampur dengan peluh dan bakteria pada muka. Inilah yang buatkan muka naik jerawat. Muka yang kerap dibiarkan dengan solekan semalaman, akan buatkan kulit kurang lembap, dan akhirnya berminyak. Just pastikan muka bebas solekan sebelum tidur sebab kalau kulit dah mula berminyak, korang tunggu saja lah. Macam-macam yang tumbuh kat muka nanti. Masa tu, lagi banyak kena berbelanja untuk muka sebab selalunya krim untuk kulit sensitif jauh lebih mahal!

Memang leceh nak tanggalkan solekan lebih-lebih lagi kalau mata dah mengantuk. Mula-mula kena tanggalkan solekan dulu, lepas tu nak kena bilas dengan air, then nak cuci dengan sabun pulak (sebab kebanyakkan makeup remover adalah oil-based formula). Tapi nak tak nak kena buat jugak.

Kalau dah tau leceh, pilihlah makeup remover yang tak leceh. Yang ada formula menanggalkan solekan sekaligus mencuci muka. Sekali jalan.

 

 

2. Basuh muka tanpa tanggalkan solekan terlebih dahulu.

Ni pun ramai yang pernah buat kan? Especially waktu nak ambil wuduk. Nak cepat punya pasal, terus skip makeup remover. Sabun muka terus dengan harapan solekan tanggal. Lepas tu muka jadi macam zombie.

Mula-mula kena faham kenapa makeup remover dicipta. Kalau solekan boleh ditanggalkan hanya dengan sabun buku Lux ataupun pencuci muka je, tak perlulah saintis bersusah payah cipta makeup remover.

Alat kosmetik menggunakan bahan kimia yang bersifat kalis minyak, air dan peluh. Jadi, ia perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menanggalkannya. Mungkin sebab tu ramai yang skip makeup remover sebab nak tanggalkan solekan perlukan extra tenaga untuk genyeh dan tenyeh muka supaya solekan tanggal. Sampai herot-berot mulut kena tenyeh. Selalunya makeup remover yang begini adalah dari jenis oil-based formula.

Carilah makeup remover yang berasaskan buih atau 2 in 1 - boleh menanggalkan solekan dan mencuci muka sekaligus.

 

 

3. Guna kapas/tisu yang sama untuk tanggalkan solekan satu wajah.

Ini pun ramai yang buat. Nak jimat kapas punya pasal. Hanya dengan 1 keping kapas yang besar tapak tangan tu dia guna untuk tanggalkan solekan satu muka. Tak boleh macam tu!

Menggunakan satu kapas/tisu saja untuk seluruh wajah tak akan membuatkan muka korang jadi bersih, sebab :

a. risiko solekan pada mata berpindah pada muka, dan sebaliknya. Lepas tenyeh mata, kita tenyeh pipi. Kesan solekan tu akan masuk pada liang wajah.

b.  kesan solekan boleh jadi masih tertinggal pada wajah. Sebab tu kena guna sekurang-kurangnya 3 tisu untuk pastikan wajah benar-benar bersih. 2 untuk buang solekan, dan 1 untuk buang sisa solekan. 

 

 

4. Solekan mata tak tanggal sepenuhnya.

Tak basuh solekan mata dengan teliti bukan saja membuatkan mata nampak sembab tapi boleh menyebabkan jangkitan mata, selalunya ketumbit tumbuh di dalam mata. Cuba ambil masa sikit untuk buang celak atau maskara walaupun korang kena pakai sampai 8 keping tisu. Amboi, pakai nak. Time buang, malas pulak.

Sebenarnya solekan yang paling susah nak ditanggalkan adalah solekan mata. Dan rasanya saintis mencipta makeup remover tujuan sebenarnya adalah untuk tanggalkan solekan mata. Tapi sekarang dah tak perlu sakitkan mata dengan guna makeup remover berasaskan minyak. Leceh. Guna yang berasaskan buih, kerana buih melarutkan solekan. Lebih senang dan jimat masa. 

 

 

5. Tak gunakan makeup remover yang betul.

Kalau korang hanya mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan hanya memakai pencuci muka biasa. Tapi kalau muka benar-benar ada solekan, pastikan guna makeup remover.

Makeup remover yang macamana?

Kalau maskara dan celak, gunakan makeup remover berasaskan minyak. Tapi leceh sikit, sebab selepas gunakannya muka mesti dibasuh dengan pencuci muka pulak. Kalau tak, muka akan berminyak.

Tapi, korang boleh try guna out Makeup Remover, kerana :

a. oil-free formula (produk bebas minyak). 

b. foam-based (berasaskan buih). Buih inilah yang bertindak menanggalkan solekan paling degil seperti maskara dan celak. 

c. buih pada makeup remover ini juga bertindak sebagai pencuci muka. Senang kan bila makeup remover dan pencuci muka ada dalam satu botol. 

d. bentuk spray bottle. Tak akan ada kejadian botol tumpah dalam beg.

e. ada glycerin. Glycerin adalah bahan untuk merawat kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis. Ini bermakna, makeup remover ini boleh digunakan oleh kulit normal dan sensitif.

f. kalau tangan terconteng pen, hanya spray makeup remover ini di kawasan conteng, gosok dan urut perlahan, kemudian lap kan. Tak perlu bilas dengan air sebab produk ini tak berminyak. (lihat gambar sebelah)

g. bahan-bahan yang diguanakan adalah bahan semulajadi yang telah diluluskan oleh KKM NOT161000079K.

 

Berminat?

Cuma RM39 (Semenanjung) & RM46 (Sabah/Sarawak).

Whatsapp kami di 012-7728976.