]]>
Perbezaan utama antara toner dan makeup remover adalah fungsi utamanya. Toner membersihkan kulit dan memulihkan keseimbangan pH kulit, manakala makeup remover menanggalkan solekan daripada kulit. Menanggalkan solekan dari kulit bukanlah sukar jika menggunakan produk yang betul.
Sesetengah wanita mungkin menggunakan toner dan pencuci muka (cleanser) untuk menanggalkan solekan. Tetapi, itu mungkin mengambil masa yang lama dan melibatkan banyak menggosok dan meninggalkan kesan solekan (residue) pada wajah.
Makeup remover ialah bahan yang direka khas yang menanggalkan sebarang jenis solekan. Makeup remover menanggalkan SEMUA kesan solek, sehingga ke setiap liang.
Toner pula ialah produk penjagaan kulit yang digunakan pada muka selepas pembersihan. Toner juga boleh melembapkan, menyegarkan dan melindungi kulit. Paling penting, toner mempunyai keupayaan untuk menyegarkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan semula jadi kulit. Inilah sebabnya kenapa toner tidak akan merengsakan kulit sensitif atau menyebabkan kekeringan. Toner sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, atau yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka.
Apa maksudnya dengan "yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka."?
Pencuci muka berasaskan krim dan makeup remover berasaskan minyak (seperti baby oil) memerlukan double cleansing supaya kulit benar-benar bersih. Memakai toner selepas mencuci muka membantu menghapuskan kesan-kesan minyak yang masih melekat pada muka.
Berbeza dengan Makeup Remover GreenAard, ia adalah berasaskan air, yang mana bila dipicit, akan mengeluarkan buih. Kelebihan ini menjadikan Makeup Remover GreenAard umpama makeup remover 2 dalam 1, sekaligus membersihkan muka. Hasilnya, kulit muka benar-benar bersih tanpa sebarang kesan solekan mahupun berminyak.
Kebanyakan orang menganggap cleanser boleh berfungsi sebagai makeup remover, tetapi ini tidak benar. Cleanser tidak direka khusus untuk menanggalkan solekan, jadi ia tidak benar-benar berkesan seperti makeup remover. Maka, jika anda menggunakan Makeup Remover GreenAard, toner adalah TIDAK WAJIB. Tetapi, kalau mahu gunakan toner sebagai skincare regime, tidak ada masalah. Berbanding pencuci muka atau makeup remover berasaskan krim dan oil, toner adalah WAJIB.
Makeup Remover GreenAard mempunyai keupayaan untuk menanggalkan pelbagai jenis kosmetik seperti blusher, concealer, eye shadow dan mascara.
Walaupun tak menggunakan sebarang solekan, wajah masih terdedah kepada sinaran UV, kotoran dan pencemaran setiap hari. That's why kita masih perlu membersihkan wajah dengan betul, at least sebelum tidur.
Makeup Remover membantu menyingkirkan kotoran yang ada pada permukaan dan dalam kulit. Mengabaikan langkah ini menyebabkan kerengsaan lantas kulit tua lebih cepat dari sepatutnya. Walaupun kita hanya pakai bedak bayi di wajah, kulit masih perlu "bernafas" dengan sempurna.
Membasuh muka dengan 'cincai' tidak membantu, apatah lagi jika kerap bersolek, lebih berisiko mendapat jerawat dan bintik hitam jika kulit tidak benar-benar bersih.
Pencuci muka (cleanser) yang biasa TIDAK BERFUNGSI sebagai makeup remover. Cleanser tidak membuang solekan pada wajah dengan teliti. Ia hanya membersihkan wajah dari lebihan minyak, bukan membuang bahan kimia dari solekan. Ada beza tu, ya.
Kulit pada sekitar mata adalah nipis dan paling sensitif. Menggosok kawasan sekitar mata untuk membuang solekan menyebabkan kulit berkedut dengan cepat. Sebab itulah cleanser biasa tidak sesuai digunakan kerana tak dilengkapi dengan bahan pencuci untuk menghapuskan solekan degil.
Wet wipes TIDAK EFEKTIF untuk membuang solekan wajah. Walaupun kelihatan ringkas, ia tidak membersihkan solekan dengan sempurna kerana ia hanya menghapuskan solekan pada permukaan kulit sahaja. Apabila wet wipes digosok pada kulit, residue solekan tersebar ke seluruh wajah. You still need to wash your face after that, so what's the point of using wet wipes?
Kulit manusia ada liang, sedangkan wet wipes tak mampu membersihkan kotoran yang ada di dalam liang. Penggunaan wet wipes memerlukan kulit ditekan kuat menyebabkan risiko solekan semakin ditekan masuk ke dalam kulit dan akhirnya menjadi makanan bakteria.
It's fine to choose whichever method you wish, tetapi gunakanlah produk yang betul. Wet wipes, cleanser dan makeup remover kelihatan mempunyai fungsi yang sama, hakikatnya TIDAK SAMA.
Bagi wanita yang menggunakan makeup, makeup remover memang item yang wajib sebab ia membantu menanggalkan solekan pada wajah. Memang tak cukup kalau dibersihkan dengan pencuci muka sahaja. Tapi ada sesetengah orang bertanya "Perlu ke pakai makeup remover walaupun tak pakai makeup?"
Jawapannya, YES.
Kulit di sekitar mata lebih nipis dan lebih halus dan fragile daripada kulit lain. Itulah sebabnya kawasan sekitar mata harus ditangani dengan lebih berhati-hati. Walaupun tak memakai solekan, kita masih pakai bedak dan krim. Paling tidak pun, kulit masih perlu dibersihkan dengan sempurna setiap hari walau tak pakai apa-apa.
Kesan kulit yang tidak cantik pada mata seperti kemerahan, kerengsaan, pengelupasan, kekeringan, serta pembentukan garis-garis halus adalah bukti bahawa you are using too much force semasa membersihkan solekan pada bahagian mata.
Untuk menanggalkan solekan mata dengan cepat dan tanpa rasa sakit, spray Makeup Remover GreenAard pada kapas, kemudian sapu pada mata dengan lembut - tanpa gosokan yang keras atau tekanan. Makeup Remover GreenAard membantu menguraikan solekan dari kulit dan bulu mata.
Jangan sekali-kali sapu bawah mata menggunakan kapas yang sama yang digunakan untuk menyapu kelopak mata. This is a common mistake I see some women do. Cara ini salah. Serat kapas yang tercemar dengan solekan boleh masuk ke mata and irritate them.
Kawasan mata adalah kulit paling nipis di wajah, jadi ia sangat sensitif dan perlu dirawat seperti merawat kulit bayi. Jika membasuh muka, pastikan cleanser yang digunakan dari jenis yang tidak harsh untuk kulit mata kerana certain cleanser boleh mengeringkan kulit mata.
Makeup Remover GreenAard ada merkuri tak?
Al-maklumlah sekarang banyak isu pasal produk timbang kilo. Kami bersikap telus. Boleh rujuk laboratory result di bawah ini. No trace heavy metals. "LOR" adalah benchmark untuk the system trace kehadiran metal. Kalau the system tak dapat detect any metals sehingga ke nilai benchmark, itu maknanya produk bebas dari heavy metal.
]]>
Ramai yang risau dengan penggunaan makeup remover dengan kerap. Samada ia membahayakan kulit atau tak. Berita baik, sebilangan besar makeup remover tidak berbahaya untuk kulit, but ingredients matter.
Apa-apa harmful effect bergantung pada produk dan kepekaan kulit seseorang. Contohnya, kalau kulit anda sangat sensitif, kulit akan memberi berbeza terhadap alat solek tertentu.
Makeup remover berasaskan alkohol boleh menyebabkan kulit kering. Jika anda mengalami masalah ini, bermakna kulit anda sensitif terhadap alhokol. Unconventional makeup remover, seperti baby oil pula berpotensi menyekat liang dan menyebabkan jerawat.
Kepekaan kulit menentukan jenis makeup remover yang mana harus anda gunakan.
Menggunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit sangat penting bagi menjaga kulit. Pengguna serta founder perlu sama-sama faham konsep ini. Our skin isn't one-size-fits-all. Apa yang orang lain guna belum tentu sesuai dengan kulit anda. Jadi, sekiranya kulit anda menjadi sensitif bila menggunakan produk tertentu sementara pengguna lain tidak, boleh jadi kulit anda sensitif terhadap bahan yang digunakan.
Sekiranya anda menghidap ekzema, gunakan makeup remover tanpa wangian [fragrance-free].
Makeup remover jenis krim atau cecair berfungsi dengan baik untuk anda yang mempunyai kulit kering.
Perkara yang paling penting semasa memilih makeup remover adalah, elakkan yang mengandungi pewangi dan pengawet [jika boleh].
Solekan mata seperti maskara lebih susah untuk ditanggalkan, terutamanya yang waterproof. Sangat penting untuk membersihkan solekan mata kerana sisa maskara dan eyeliner boleh menyebabkan jangkitan mata, perubahan warna dan mata bengkak pada waktu pagi. Tidak digalakkan membersihkan kawasan mata dengan wet wipes kerana kulit sekitar mata sangat nipis. Tisu kulit mudah rosak dan berkedut cepat.
Wipe away your makeup in one clean sweep with GreenAard Makeup Remover.
Formula berasaskan air ini dengan lembut menghilangkan solekan kalis air yang paling degil dari wajah, bibir, dan mata anda.
GreenAard Makeup Remover adalah rejimen pembersihan 2 dalam 1. Ia menarik kosmetik dan kekotoran lain dari liang dan mempersiapkan permukaan kulit untuk pembersihan yang lebih mendalam. Menjadikan kulit bukan saja benar-benar bersih, malah lembut dan terhidrat tanpa sisa minyak.
]]>
.
Jika anda dapati bawah mata jadi kering selepas menggunakan mana-mana makeup remover, bermakna makeup remover jenis itu tak sesuai untuk kulit anda.
.
Jangan salah faham tau.
Bukan bermakna makeup remover itu tak elok, tapi kesesuaiannya kurang dengan kulit anda.
.
Perlu tahu yang kulit di sekitar mata adalah sangat nipis, sensitif, dan mudah terdedah kepada kekeringan lebih-lebih lagi jika kita kerap menggunakan makeup remover dalam sehari. Sekiranya anda dapati kawasan sekitar mata jadi kering, anda perlu tukar kepada makeup remover jenis minyak atau losyen. Makeup remover jenis air mungkin tak sesuai dengan kulit anda.
Ada sesiapa tak dekat sini yang rasa " tak berapa rajin" nak cuci muka sebelum tidor?
.
Ye la, untuk yang bujang, makan malam kat luar lepas kerja, pastu straight balik rumah nak rehat-rehat depan tv. Tup-tup tertidur terus..zzzzZzZz. Tak sempat nak mandi, apetah lagi cuci muka kan ? Ye ke idok ?
.
Yang dah berfamily pulak, lepas tidurkan anak-anak, ingat nak baring-baring atas katil sebab badan dah penat, eh tau-tau dah pukul 5am.
.
Haishh tak boleh macam tu sebenarnya. Tak elok.
.
Tau tak, dengan gaya hidup yang macam tu, banyak masalah kulit boleh terjadi. Dari kulit lembut mulus, dah jadi berminyak, kulit kering, berjerawat dan berjeragat. Kulit muka kena la jaga elok-elok, ia mencerminkan keperibadian kita. Bila orang tengok muka bersih, confident level untuk orang ambil bekerja tinggi.
.
AIR SEJUK VS AIR SUAM??
.
Sebenarnya tak kisah pun nak guna air sejuk atau air suam, kedua-duanya ada kebaikan.
.
CUCI MUKA GUNA AIR SUAM
✔️dapat mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit
✔️membuatkan pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all dirts yang terperangkap dalam liang roma.
.
CUCI MUKA GUNA AIR SEJUK
✔️membantu untuk menutup balik liang roma tu dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Seeloknya kalau nak tutup liang roma tu, gunakan ais batu.
.
.
Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak untuk melindungi kulit daripada kering. Tetapi jika ia berlebihan akan menyebabkan jerawat dan mendatangkan masalah kulit.
.
Ini ada cara untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak. Antaranya ialah :
.
✔️Guna pembersih muka yang lembut.
✔️Elak cuci muka dengan bahan kasar.
✔️Cuci muka pada waktu siang dan malam.
✔️Cuci dengan air suhu bilik (sebaik-baiknya).
✔️Guna toner di bahagian berminyak sahaja.
✔️Elakkan memakai moisturizer yang mengandungi bahan petroleum.
✔️Pilih moisturizer yang mengandungi dimethicone.
✔️Elakkan makanan yang menghasilkan minyak.
✔️Ambil makanan tinggi fiber.
.
Dan untuk yang suka makeup, memilih Makeup Remover yang sesuai untuk muka anda adalah penting supaya muka benar-benar bersih dan bebas minyak selepas gigunakan. Kebanyakkan orang menggunakan toner selepas mencuci muka kerana kebanyakkan pencuci muka adalah berasaskan minyak. Jadi, toner digunakan untuk membuang sisa-sisa minyak dari cleanser tadi.
.
Tapi, Makeup Remover GreenAard adalah berasaskan buih, bukan minyak. Sebab itulah anda tak perlu lagi menggunakan pencuci muka mahupun toner selepas menggunakan Makeup Remover. Jimat, kan?
]]>
.
Amboi dek non, banyaknya barang mekap.
Sempat ke nak tenyeh semua warna kat mata tu? 😆
.
Tak kisah la nak beli eye palette sampai 100 warna pun, yang penting muka kena bagi bersih dari kesan mekap setiap kali basuh muka tau. Sayang lah beli krim muka mahal-mahal kalau kita tak bersihkan muka betul-betul dari mekap.
.
Sebenarnya, kebanyakkan penyakit kulit (jerawat) berpunca dari wajah yang tak bersih sepenuhnya dari mekap. Bila muka tak betul-betul bersih, lepas tu korang apply krim muka dan segala serum, UV protection lotion bagai, takde makna! Sebab, semasa korang sapukan krim muka ke wajah, korang sebenarnya sedang 'menyapu' sisa solekan ke serata wajah juga. Dan pori-pori akan tersumbat dengan kesan solekan tadi. Lalu, macamana krim muka nak serap ke dalam kulit kalau liang dah tersumbat? No point dear.
.
Jadi, make sure makeup remover tu biar yang betul-betul bersihkan kulit. Tengok demo Makeup Remover GreenAard kat sini. In just 1 minit, mekap semua clear! Clean and fresh!
http://
🙋 Cukup tidur. Apa tanda tak cukup tidur? Mudah. Kalau bangun pagi dengan lingkaran hitam di bawah mata, itu menunjukkan bahawa anda kurang tidur dan bersedialah akan kemunculan hyperpigmentation periorbital yang berkekalan di bawah mata - juga dikenali sebagai "mata Raccoon."
🙋 Pakai sunblock dan krim yang ada UV block. Lindungi kulit daripada cahaya matahari melampau.
🙋 Elakkan stress. Cubalah untuk banyak bertenang. Ketegangan kronik dan tekanan fizikal menyebabkan lonjakan kortisol dalam badan, iaitu hormon yang boleh memecahkan kolagen dan elastin, akhirnya membawa kepada kedutan.
🙋 Rajin-rajin pakai mosturizer (pelembap). Mengekalkan kandungan air dalam kulit adalah penting untuk kulit yang sihat. Pelembap melambatkan kehilangan air melalui lapisan permukaan kulit.
🙋 Berhentilah ambil makanan bergula. Makanan dengan indeks glisemik yang tinggi (gula dan makanan tinggi karbohidrat) meningkatan kortisol melalui proses yang dipanggil "glycosylation," di mana gula mengikat kolagen dan melemahkannya. Lantas, mempercepatkan kehilangan kolagen.
🙋 Jangan scrub wajah setiap hari. Kerap scrub muka membawa kepada keradangan mikroskopik yang boleh membengkakkan permukaan kulit, menyebabkan liang tersumbat dan menyebabkan kemerahan. Be gentle to your skin dan membataskan penggunaan scrub seminggu sekali.
🙋 Jangan picit jerawat. Memicit jerawat akan menyebabkan epidermis terganggu dan selalunya menyebabkan pendarahan sedikit bermakna anda mencipta satu lagi parut kekal!
🙋 Cuci muka sebelum tidur. Zarah mikro kecil daripada udara boleh merosakkan kulit. Anda tak nampak zarah ni, tapi ia wujud. Ambil masa untuk bersihkan wajah sebelum tidur untuk mengeluarkan serpihan zarah yang boleh melemahkan kulit anda. Pastikan tidur dengan solekan sudah bersih dan benar-benar hilang dari muka.
Gunakan GreenAard Makeup Remover formula 2 in 1, membersihkan solekan dalam hanya 1 minit!
Kalau tak cukup budget nak beli makeup remover, gunakan syampu bayi. Syampu bayi pun boleh buang kesan watreproof maskara. Lagipun syampu bayi biasanya agak selamat untuk digunakan di sekitar kawasan mata yang sensitif, kerana kebanyakan syampu bayi adalah hypoallergenic. Tapi gunakan dalam jumlah yang kecil saja dan elakkan termasuk ke dalam mata. Jangan sekali-kali guna syampu biasa.
.
Boleh cuba sapukan krim sejuk (brand Himalaya, Ponds, Garnier ada krim sejuk) untuk menanggalkan solekan.
.
Elakkan daripada menggunakan jeli petroleum untuk buang solekan muka. Ia adalah produk petroleum, bahan yang tak sesuai digunakan di sekitar kawasan mata. Hanya boleh digunakan kalau dah terdesak di waktu anda memang dah takde bahan lain untuk buang kesan solekan. Tapi, jangan bagi masuk lansung ke dalam mata.
.
Gunakan makeup remover yang khusus untuk membuang solekan kalis air. Kerana, makeup remover kalis air akan membuang sisa maskara dengan cepat, selamat dan berkesan. Kalau anda memang pakai waterproof maskara, apa salahnya invest pada makeup remover khas untuk solekan kalis air. Mahal sikit tak apa, yang penting berbaloi untuk masa dan mata anda. GreenAard Makeup Remover adalah sejenis makeup remover berasakan buih yang tak berminyak dan bertindak sebagai pencuci muka sekaligus membersihkan wajah anda dari solekan dalam hanya 1 minit.
.
]]>.
Terima kasih dear customer kerana sudi menggunakan our Makeup Remover 2 in 1 Cleansing Mousse. Menanggalkan solekan degil dalam hanya 1 minit!
Ramai orang invest kat alat solekan. Lipstik sampai 24 batang. Eye shadow 64 palette. Blusher 14 shades. Belum lagi dengan brushes yang bulu kembang, bulu tirus, bulu senget. Berhabis-habisan untuk kelihatan cantik. Tapi untuk tanggalkan solekan hanya pakai wet wipes 😭. Nangis tau kita tengok.
Walaupun tisu basah kelihatan cepat dan mudah untuk membuang solekan, ianya tak berkesan sepenuhnya. Ia hanya akan mengeluarkan solekan dari permukaan kulit saja. Tak cukup untuk membersihkan solekan dari liang kulit.
Kulit diperbaharui di waktu malam ketika kita sedang tidur. Kalau liang kulit masih dipenuhi dengan solekan, kulit tak dapat bernafas, seterusnya sel kulit baru tak dapat dihasilkan. Kegagalan untuk membuang mekap sebelum tidur akan menyebabkan kulit kotor yang membawa kepada jerawat, garis-garis halus, bengkak dan lingkaran hitam di sekeliling mata. Lepas tu, kita akan spend lagi duit untuk rawat muka pula. Sedangkan basic things kita tak ada. Makeup Remover penting ya. Pastikan makeup remover benar-benar boleh membersihkan kulit dari solekan.
]]>
.
Apakah kualiti yang terbaik yang patut ada dalam makeup remover?
Makeup Remover yang bagus MESTI berupaya membuang solekan dengan cepat dan bersih, tidak menyumbatkan liang kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit. Sesetengah orang lebih suka guna wet wipes untuk bersihkan solekan sebab mudah untuk dibawa ke mana-mana. Lagipun guna wet wipes tak perlukan air. Tapi ramai yang tak sedar penggunaan wet wipes sebenarnya tak benar-benar membersihkan solekan malah akan membuatkan solekan 'terbenam' ke dalam liang kulit akibat gosokkan yang kuat. Ini akan menyebabkan kotoran dari sisa solekan menyumbatkan liang kulit dan membawa kepada pelbagai penyakit kulit seperti jerawat. Orang yang ada kulit sensitif atau mata sensitif perlu elakkan dari mengguna wet wipes.
Untuk membuang solekan degil atau kalis air (waterproof), sebaik-baiknya gunakan makeup remover yang membuang solekan mata dengan cepat dan lembut (tak perlukan gosokkan kuat), serta tak berminyak supaya ia tidak meninggalkan sebarang sisa solekan. Orang yang berkulit kering pastikan menggunakan makeup remover berasaskan krim atau losyen kerana ia bukan saja menyingkirkan solekan tetapi melembabkan kulit.
GreenAard Makeup Remover adalah formula 2 dalam 1 yang bukan saja menanggalkan solekan dalam masa 1 minit tetapi juga bertindak sebagai pencuci muka. Hand-carry, berbentuk spray yang mengeluarkan mousse bukan cecair. Kebarangkalian untuk makeup remover tertumpah dalam bag adalah zero!
]]>.
Dalam satu report majalah fashion, dikatakan purata seorang wanita menghabiskan hampir USD3770 untuk maskara, USD2750 untuk eyeshadow, dan USD1780 untuk lipstick sepanjang hidupnya. Itu dah kira-kira RM37,350 sepanjang hayat! Baru 3 item. Belum masuk blusher, foundation, krim muka, eyeliner, serum, toner, dan macam-macam lagi.
Ok, now kami nak tanya. Berapa banyak yang anda peruntukkan untuk makeup remover? .
🤔🤔...krik...krik...🤔🤔...krik...krik....🤔🤔
Ramai wanita yang mengambil tak endah dengan makeup remover sedangkan makeup remover lah yang menentukan samada anda perlu berbelanja lebih untuk wajah atau tidak.
Wajah yang tak dibersihkan dengan sempurna akan meninggalkan sisa solekan yang tak nampak dengan mata kasar. Solekan akan berada di celah-celah liang roma. Apetah lagi sekiranya anda menggunakan pelbagai solekan - primer, foundation, serum, krim, toner, blusher - anda anggap dengan hanya menggunakan wet wipes saja memadai?
Sebab itulah kulit senang mendapat jangkitan dan jerawat. Kerana asas pembersihan wajah tidak ada. Cuba gunakan GreenAard Makeup Remover yang membersihkan solekan di wajah dengan bersih dan cepat. Lihat video demo di sini : http://greenaard.myshopify.com/pag…/testimoni-makeup-remover
]]>.
.
.
]]>
Bukan itu saja, kajian baru-baru ini menunjukkan lebih seumur hidup kita (wanita) dihabiskan dengan purata 722 hari untuk kelihatan cantik. Dan alat solek bukannya murah, ok? Bermakna purata SEHARI wanita habiskan selama 40 minit hanya untuk solek muka saja! Dan kadar waktu bersolek ini bertambah di hujung minggu. Wow! Patut lah lelaki marah kena tunggu wanita bersiap. 😆
Itu baru bersolek. Belum masuk part membersihkan solekan. Lebih-lebih lagi time tumpang surau awam. Berlama-lama dalam surau bukan kerana solat yang panjang, tapi kerana masa yang diambil untuk membuang solekan dan kemudian bersolek kembali. .
Nah! Kami nak anda cuba GreenAard Makeup Remover. Boleh bagi kerja cuci muka tu cepat sikit. Hanya 1 minit saja, semua solekan waterproof kapofffffff! Hilang dan bersih sebersih bersihnya! Tak caya? Tengok SINI.
]]>
.
🙅 wet wipes tak benar-benar membersihkan solekan pada wajah. Ia sebenarnya hanya 'tolak' solekan ke seluruh muka. Pada dasarnya anda menggerakkan sisa solekan dan bakteria di sekitar pada muka, dari satu tempat ke tempat lain. Ini akan menyumbatkan liang dan menyebabkan jerawat.
.
🙅 solekan yang tak benar-benar bersih akan membuatkan apa-apa losyen atau krim yang anda gunakan selepas itu, tak akan betul- betul menyerap ke dalam kulit. Maksudnya, anda dah buang masa dan wang membeli krim dan losyen.
.
🙅 kebanyakkan wanita menggunakan wet wipes untuk bersihkan solekan pada mata. Tapi anda tak tau yang kandungan cleansing lotion pada wet wipes agak sedikit. Selalunya anda perlu sental/gosok mata dengan kuat untuk tanggalkan solekan. Sedangkan kulit di bahagian mata adalah nipis. Ini akan mempercepatkan kedutan pada mata.
.
🙅 wet wipes menggantikan fungsi cleansing lotion dengan alkohol sebagai bahan untuk menanggalkan solekan. Ini menyebabkan kulit jadi kering kerana alkohol akan menghilangkan natural oil pada kulit.
.
🙅 Kalau kulit anda sensitif, jangan guna wet wipes. Guna makeup remover berasaskan cecair yang efektif menanggalkan solekan. Lihat testimoni video kami di sini : http://greenaard.myshopify.com/pag…/testimoni-makeup-remover
.
]]>
Ada yang tanya kalau pakai contact lens (kanta lekap), boleh ke guna GreenAard Makeup Remover ni?
Jawapannya BOLEH.
Sebenarnya untuk yang pakai contact lens, korang boleh guna mana-mana makeup remover asalkan ianya makeup remover yang bebas minyak, hypoallergenic, dan selamat untuk mata dan contact lens.
Paling selamat, buka dulu contact lens sebelum basuh solekan. Hati-hati semasa menggunakan kapas sebab kapas ada gentian yang boleh masuk ke dalam mata. Sebaiknya sapu makeup remover ke mata dengan tangan, gosok dengan perlahan untuk menanggalkan solekan dan kemudian baru lap sisa solekan yang tertanggal tadi dengan kapas. Jangan guna makeup remover berasaskan minyak.
Kalau perlu menanggalkan solekan tanpa membuang contact lens, lakukannya dengan hati-hati supaya sisa solekan tak masuk ke dalam mata kerana ia akan merosakkan lens.
Yang penting sekali kena hati-hati semasa memakai solekan. Sebab, dalam kebanyakkan situasi, masalah mata adalah disebabkan oleh solekan, bukan makeup remover.
1. Maskara
Untuk menjadikan bulu mata nampak lebat, kebanyakan maskara menggunakan rayon atau gentian nilon pada berusnya. Bila bahan ini (rayon/nilon) kering, ada kemungkinan ia akan jatuh ke dalam mata. Kalau maskara tu di-apply dengan tebal, dan contact lens pula tak dibersihkan dengan betul, ini yang mengakibatkan jangkitan pada mata. Sebaik-baiknya, pilih maskara yang water based, yang bebas minyak dan tak menggunakan gentian rayon/nilon (fiber free). Masa nak apply maskara tu, sapu di hujung bulu mata saja, jangan sapu dari pangkal. Berhati-hati bila gunakan maskara. Kerosakan mata dari berus maskara boleh menyebabkan jangkitan yang serius.
2. Eyeliner (pensil mata)
Guna water based eyeliner.
3. Eyeshadow (pembayang mata)
Jangan guna berlebihan kerana serbuk/serpihan eyeshadow lebih senang untuk jatuh dan masuk ke dalam mata.
GreenAard Makeup Remover bertindak 2 dalam 1 - menanggalkan solekan dan mencuci wajah. Ia berasaskan sabun dan air, tidak berminyak dan bebas alkohol.
]]>
Ramai yang berbelanja krim muka macam nak rak. Lengkap dengan krim muka, krim mata, krim hilangkan kedut. Segala tok nenek krim dia beli. Pakailah sepuluh jenis krim kat muka pun tapi kalau solekan tak dicuci dengan betul, apetah lagi tidur malam dengan keadaan muka masih ada secalit foundation - akan membuatkan kulit cepat tua.
Kulit manusia diperbaharui pada waktu malam. Kalau waktu tidur muka masih penuh dengan solekan, macamana kulit nak 'bernafas'?
Selain dari tu, solekan yang dicuci dengan betul akan buatkan korang tidur dengan lebih nyenyak. Tak percaya cuba tidur dengan muka penuh solekan. Esok pagi, muka akan nampak letih dan 'berat' di samping jadi berminyak.
Cuba check point-point dalam setiap gambar, kat mana kesalahan kita selama ni semasa mencuci muka sehinggakan kulit nampak cepat tua.
1. Tidur tanpa tanggalkan solekan lansung.
Ini boleh mendatangkan malapetaka pada kulit sebab, dalam sekelip mata, solekan akan bercampur dengan peluh dan bakteria pada muka. Inilah yang buatkan muka naik jerawat. Muka yang kerap dibiarkan dengan solekan semalaman, akan buatkan kulit kurang lembap, dan akhirnya berminyak. Just pastikan muka bebas solekan sebelum tidur sebab kalau kulit dah mula berminyak, korang tunggu saja lah. Macam-macam yang tumbuh kat muka nanti. Masa tu, lagi banyak kena berbelanja untuk muka sebab selalunya krim untuk kulit sensitif jauh lebih mahal!
Memang leceh nak tanggalkan solekan lebih-lebih lagi kalau mata dah mengantuk. Mula-mula kena tanggalkan solekan dulu, lepas tu nak kena bilas dengan air, then nak cuci dengan sabun pulak (sebab kebanyakkan makeup remover adalah oil-based formula). Tapi nak tak nak kena buat jugak.
Kalau dah tau leceh, pilihlah makeup remover yang tak leceh. Yang ada formula menanggalkan solekan sekaligus mencuci muka. Sekali jalan.
2. Basuh muka tanpa tanggalkan solekan terlebih dahulu.
Ni pun ramai yang pernah buat kan? Especially waktu nak ambil wuduk. Nak cepat punya pasal, terus skip makeup remover. Sabun muka terus dengan harapan solekan tanggal. Lepas tu muka jadi macam zombie.
Mula-mula kena faham kenapa makeup remover dicipta. Kalau solekan boleh ditanggalkan hanya dengan sabun buku Lux ataupun pencuci muka je, tak perlulah saintis bersusah payah cipta makeup remover.
Alat kosmetik menggunakan bahan kimia yang bersifat kalis minyak, air dan peluh. Jadi, ia perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menanggalkannya. Mungkin sebab tu ramai yang skip makeup remover sebab nak tanggalkan solekan perlukan extra tenaga untuk genyeh dan tenyeh muka supaya solekan tanggal. Sampai herot-berot mulut kena tenyeh. Selalunya makeup remover yang begini adalah dari jenis oil-based formula.
Carilah makeup remover yang berasaskan buih atau 2 in 1 - boleh menanggalkan solekan dan mencuci muka sekaligus.
3. Guna kapas/tisu yang sama untuk tanggalkan solekan satu wajah.
Ini pun ramai yang buat. Nak jimat kapas punya pasal. Hanya dengan 1 keping kapas yang besar tapak tangan tu dia guna untuk tanggalkan solekan satu muka. Tak boleh macam tu!
Menggunakan satu kapas/tisu saja untuk seluruh wajah tak akan membuatkan muka korang jadi bersih, sebab :
a. risiko solekan pada mata berpindah pada muka, dan sebaliknya. Lepas tenyeh mata, kita tenyeh pipi. Kesan solekan tu akan masuk pada liang wajah.
b. kesan solekan boleh jadi masih tertinggal pada wajah. Sebab tu kena guna sekurang-kurangnya 3 tisu untuk pastikan wajah benar-benar bersih. 2 untuk buang solekan, dan 1 untuk buang sisa solekan.
4. Solekan mata tak tanggal sepenuhnya.
Tak basuh solekan mata dengan teliti bukan saja membuatkan mata nampak sembab tapi boleh menyebabkan jangkitan mata, selalunya ketumbit tumbuh di dalam mata. Cuba ambil masa sikit untuk buang celak atau maskara walaupun korang kena pakai sampai 8 keping tisu. Amboi, pakai nak. Time buang, malas pulak.
Sebenarnya solekan yang paling susah nak ditanggalkan adalah solekan mata. Dan rasanya saintis mencipta makeup remover tujuan sebenarnya adalah untuk tanggalkan solekan mata. Tapi sekarang dah tak perlu sakitkan mata dengan guna makeup remover berasaskan minyak. Leceh. Guna yang berasaskan buih, kerana buih melarutkan solekan. Lebih senang dan jimat masa.
5. Tak gunakan makeup remover yang betul.
Kalau korang hanya mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan hanya memakai pencuci muka biasa. Tapi kalau muka benar-benar ada solekan, pastikan guna makeup remover.
Makeup remover yang macamana?
Kalau maskara dan celak, gunakan makeup remover berasaskan minyak. Tapi leceh sikit, sebab selepas gunakannya muka mesti dibasuh dengan pencuci muka pulak. Kalau tak, muka akan berminyak.
Tapi, korang boleh try guna out Makeup Remover, kerana :
a. oil-free formula (produk bebas minyak).
b. foam-based (berasaskan buih). Buih inilah yang bertindak menanggalkan solekan paling degil seperti maskara dan celak.
c. buih pada makeup remover ini juga bertindak sebagai pencuci muka. Senang kan bila makeup remover dan pencuci muka ada dalam satu botol.
d. bentuk spray bottle. Tak akan ada kejadian botol tumpah dalam beg.
e. ada glycerin. Glycerin adalah bahan untuk merawat kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis. Ini bermakna, makeup remover ini boleh digunakan oleh kulit normal dan sensitif.
f. kalau tangan terconteng pen, hanya spray makeup remover ini di kawasan conteng, gosok dan urut perlahan, kemudian lap kan. Tak perlu bilas dengan air sebab produk ini tak berminyak. (lihat gambar sebelah)
g. bahan-bahan yang diguanakan adalah bahan semulajadi yang telah diluluskan oleh KKM NOT161000079K.
]]>