Rahsia mudah untuk dapat kulit yang 'glowing'.

RSS

 

 

Tak perlu tinggal di spa, atau membelanjakan banyak duit pada produk mahal, atau menukar rutin kecantikan anda untuk dapatkan kulit yang cantik. Kami kongsikan rahsia mudah untuk dapat kulit yang 'glowing'.

🙋 Cukup tidur. Apa tanda tak cukup tidur? Mudah. Kalau bangun pagi dengan lingkaran hitam di bawah mata, itu menunjukkan bahawa anda kurang tidur dan bersedialah akan kemunculan hyperpigmentation periorbital yang berkekalan di bawah mata - juga dikenali sebagai "mata Raccoon."

🙋 Pakai sunblock dan krim yang ada UV block. Lindungi kulit daripada cahaya matahari melampau.

🙋 Elakkan stress. Cubalah untuk banyak bertenang. Ketegangan kronik dan tekanan fizikal menyebabkan lonjakan kortisol dalam badan, iaitu hormon yang boleh memecahkan kolagen dan elastin, akhirnya membawa kepada kedutan.

🙋 Rajin-rajin pakai mosturizer (pelembap). Mengekalkan kandungan air dalam kulit adalah penting untuk kulit yang sihat. Pelembap melambatkan kehilangan air melalui lapisan permukaan kulit.

🙋 Berhentilah ambil makanan bergula. Makanan dengan indeks glisemik yang tinggi (gula dan makanan tinggi karbohidrat) meningkatan kortisol melalui proses yang dipanggil "glycosylation," di mana gula mengikat kolagen dan melemahkannya. Lantas, mempercepatkan kehilangan kolagen.

🙋 Jangan scrub wajah setiap hari. Kerap scrub muka membawa kepada keradangan mikroskopik yang boleh membengkakkan permukaan kulit, menyebabkan liang tersumbat dan menyebabkan kemerahan. Be gentle to your skin dan membataskan penggunaan scrub seminggu sekali.

🙋 Jangan picit jerawat. Memicit jerawat akan menyebabkan epidermis terganggu dan selalunya menyebabkan pendarahan sedikit bermakna anda mencipta satu lagi parut kekal!

🙋 Cuci muka sebelum tidur. Zarah mikro kecil daripada udara boleh merosakkan kulit. Anda tak nampak zarah ni, tapi ia wujud. Ambil masa untuk bersihkan wajah sebelum tidur untuk mengeluarkan serpihan zarah yang boleh melemahkan kulit anda. Pastikan tidur dengan solekan sudah bersih dan benar-benar hilang dari muka.

Gunakan GreenAard Makeup Remover formula 2 in 1, membersihkan solekan dalam hanya 1 minit!

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak