Kalau pakai kanta lekap (contact lens) boleh ke guna GreenAard Makeup Remover?

RSS

 

 

Ada yang tanya kalau pakai contact lens (kanta lekap), boleh ke guna GreenAard Makeup Remover ni?

Jawapannya BOLEH.

Sebenarnya untuk yang pakai contact lens, korang boleh guna mana-mana makeup remover asalkan ianya makeup remover yang bebas minyak, hypoallergenic, dan selamat untuk mata dan contact lens.

Paling selamat, buka dulu contact lens sebelum basuh solekan. Hati-hati semasa menggunakan kapas sebab kapas ada gentian yang boleh masuk ke dalam mata. Sebaiknya sapu makeup remover ke mata dengan tangan, gosok dengan perlahan untuk menanggalkan solekan dan kemudian baru lap sisa solekan yang tertanggal tadi dengan kapas. Jangan guna makeup remover berasaskan minyak.

Kalau perlu menanggalkan solekan tanpa membuang contact lens, lakukannya dengan hati-hati supaya sisa solekan tak masuk ke dalam mata kerana ia akan merosakkan lens.

Yang penting sekali kena hati-hati semasa memakai solekan. Sebab, dalam kebanyakkan situasi, masalah mata adalah disebabkan oleh solekan, bukan makeup remover.

1. Maskara
Untuk menjadikan bulu mata nampak lebat, kebanyakan maskara menggunakan rayon atau gentian nilon pada berusnya. Bila bahan ini (rayon/nilon) kering, ada kemungkinan ia akan jatuh ke dalam mata. Kalau maskara tu di-apply dengan tebal, dan contact lens pula tak dibersihkan dengan betul, ini yang mengakibatkan jangkitan pada mata. Sebaik-baiknya, pilih maskara yang water based, yang bebas minyak dan tak menggunakan gentian rayon/nilon (fiber free). Masa nak apply maskara tu, sapu di hujung bulu mata saja, jangan sapu dari pangkal. Berhati-hati bila gunakan maskara. Kerosakan mata dari berus maskara boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

2. Eyeliner (pensil mata)
Guna water based eyeliner.

3. Eyeshadow (pembayang mata)
Jangan guna berlebihan kerana serbuk/serpihan eyeshadow lebih senang untuk jatuh dan masuk ke dalam mata.

GreenAard Makeup Remover bertindak 2 dalam 1 - menanggalkan solekan dan mencuci wajah. Ia berasaskan sabun dan air, tidak berminyak dan bebas alkohol.

 

 

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak