Benarkah Makeup Remover Merosakkan Kulit?

Sama ada rutin kecantikan anda melibatkan penggunaan beberapa lapisan foundation, solekan tebal atau solekan sederhana, at the end of the day, solekan itu MESTI dibersihkan.

Ramai yang risau dengan penggunaan makeup remover dengan kerap. Samada ia membahayakan kulit atau tak. Berita baik, sebilangan besar makeup remover tidak berbahaya untuk kulit, but ingredients matter.

Apa-apa harmful effect bergantung pada produk dan kepekaan kulit seseorang. Contohnya, kalau kulit anda sangat sensitif, kulit akan memberi berbeza terhadap alat solek tertentu.

Makeup  remover berasaskan alkohol boleh menyebabkan kulit kering. Jika anda mengalami masalah ini, bermakna kulit anda sensitif terhadap alhokol. Unconventional makeup remover, seperti baby oil pula berpotensi menyekat liang dan menyebabkan jerawat.

 

Kepekaan kulit menentukan jenis makeup remover yang mana harus anda gunakan.

Menggunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit sangat penting bagi menjaga kulit. Pengguna serta founder perlu sama-sama faham konsep ini. Our skin isn't one-size-fits-all. Apa yang orang lain guna belum tentu sesuai dengan kulit anda. Jadi, sekiranya kulit anda menjadi sensitif bila menggunakan produk tertentu sementara pengguna lain tidak, boleh jadi kulit anda sensitif terhadap bahan yang digunakan.

Sekiranya anda menghidap ekzema, gunakan makeup remover tanpa wangian [fragrance-free].

Makeup remover jenis krim atau cecair berfungsi dengan baik untuk anda yang mempunyai kulit kering.

Perkara yang paling penting semasa memilih makeup remover adalah, elakkan yang mengandungi pewangi dan pengawet [jika boleh].

Solekan mata seperti maskara lebih susah untuk ditanggalkan, terutamanya yang waterproof. Sangat penting untuk membersihkan solekan mata kerana sisa maskara dan eyeliner boleh menyebabkan jangkitan mata, perubahan warna dan mata bengkak pada waktu pagi. Tidak digalakkan membersihkan kawasan mata dengan wet wipes kerana kulit sekitar mata sangat nipis. Tisu kulit mudah rosak dan berkedut cepat.

 

Wipe away your makeup in one clean sweep with GreenAard Makeup Remover. 

Formula berasaskan air ini dengan lembut menghilangkan solekan kalis air yang paling degil dari wajah, bibir, dan mata anda.

GreenAard Makeup Remover adalah rejimen pembersihan 2 dalam 1. Ia menarik kosmetik dan kekotoran lain dari liang dan mempersiapkan permukaan kulit untuk pembersihan yang lebih mendalam. Menjadikan kulit bukan saja benar-benar bersih, malah lembut dan terhidrat tanpa sisa minyak.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart