Gloei bukan sekadar untuk kulit.

Dengan banyaknya vitamin dan makanan tambahan di pasaran, sukar untuk mengetahui mana yang benar-benar berfungsi. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan, dan ia dihasilkan oleh badan secara semula jadi! Bermakna, badan manusia boleh mensintesis kolagen tanpa perlu mengambil kolagen haiwan.

Seiring dengan usia, jumlah kolagen yang dibuat oleh badan berkurangan. But worry not, tahap kolagen dapat dipulihkan dengan mengambil makanan seperti GLOEI. Sebahagian orang mengambil kolagen haiwan sebagai makanan tambahan untuk menjaga kulit agar kelihatan muda. Kulit yang anjal membolehkan kita mengerutkan kening, senyum, dan menguap tanpa menyebabkan kedutan setiap kali wajah bergerak. Ini semua memerlukan sokongan kolagen. Tetapi kolagen dapat bantu lebih daripada itu. Tahap kolagen yang rendah dapat menyusutkan tulang rawan dan tendon. Ini bermaksud sendi lebih mudah tercedera. 
  • Meredakan Sakit Lutut Akibat Osteoartritis
Osteoarthritis adalah artritis yang paling biasa. Tulang rawan pada sendi pecah menyebabkan dua tulang bergesel menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Osteoartritis di lutut sangat menyakitkan, melemahkan dan membataskan kemampuan manusia untuk melakukan aktiviti seharian. Gloei merangsang badan untuk membina kolagen yang kemudian berupaya membina semula tulang rawan serta menyatukan otot dan tendon.
  • Meredakan Sakit Sendi Pada Jari dan Tangan


Sendi yang kaku (stiff joints) adalah petanda badan kurang menghasilkan kolagen. Gloei membantu pembaikan saraf dengan merangsang kolagen. Kolagen mewakili komponen utama dari sistem saraf periferi dan menyokong fungsi saraf sel.
  • Sakit Belakang Di Bahagian Bawah Badan
Sakit di bahagian pinggang-punggung menyukarkan badan melakukan banyak perkara seperti bersolat, bersenam, berdiri tegak untuk jangka masa panjang, bahkan tidur juga menyakitkan. Bahagian belakang badan dari tulang, otot dan tendon, kesemuanya mengandungi kolagen. Kurang kolagen menyebabkan bahagian ini merasa sakit. Gloei membantu mengurangkan sakit belakang. Sekiranya tidak mempunyai cukup kolagen, itu boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan. Menambahkan kolagen melalui Gloei merupakan salah satu cara rawatan.
  • Mencegah Penyusutan Tulang
Tulang terbuat kebanyakannya dari kolagen. Sekiranya tahap kolagen rendah, tulang menjadi lemah dan berisiko patah. Gloei dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan mengekalkan kekuatan tulang dengan cara merangsang badan membuat kolagen.
  • Membina Jisim Otot
Kolagen juga merupakan bahagian utama tisu otot. Oleh itu jika mahu membina jisim otot, selain GC PLUS, Gloei juga mungkin membantu.


Diana Ishak
Read more

Bagaimana Wajah Berubah Seiring Umur

Seiring bertambahnya usia, wajah kita mengalami perubahan. Perubahan berlaku pada sebilangan struktur wajah hingga tahap yang berbeza-beza. Sejauh mana perubahan berbeza dari orang ke orang? Jom lihat beberapa struktur wajah dan bagaimana ia berubah dan mempengaruhi penampilan ketika usia meningkat.

Tulang
Semakin meningkat, 14 tulang muka hilang ketumpatan sama seperti tulang lain di seluruh badan. Tulang wajah adalah asas wajah. Oleh kerana tulang ini hilang ketumpatan, ia mengecut menyebabkan kehilangan sokongan pada struktur wajah. Ini menyebabkan soket mata yang lebih besar, kurang anjal di bahagian pipi, rahang yang lebih pendek dan dagu yang lebih kecil. Kehilangan sokongan ini mengakibatkan hilangnya keanjalan di wajah dan membuka zon peralihan wajah.

Otot
Ada 2 cara wajah berubah disebabkan otot:

[a] Apabila otot berulang kali digunakan untuk membuat ekspresi wajah - senyum, marah, merajuk - ia akhirnya membuat garis kekal pada kulit. Begitulah cara kita mendapatkan kening atau dahi berkerut.

[b] Wajah cenderung hilang jisim otot ketika meningkat usia. Ketika kita kehilangan jisim otot, kulit mulai kendur.

Lemak
Ketika muda, badan mengedarkan lemak secara sekata di bawah kulit. Ini menjadikan penampilan yang menyenangkan. Tetapi seiring bertambahnya usia, lemak cenderung mengikut graviti. Garis rahang jadi kendur, pipi yang termasuk ke dalam (cengkung) dan muka kurang penuh.

Tisu penghubung
Kolagen dan elastin menjadikan kulit tetap ketat, anjal, dan terhidrat. Seiring bertambahnya usia, badan perlahan-lahan kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan komponen-komponen ini. We end up dengan kulit yang menipis, yang kendur, yang kering, dan tidak anjal lagi.

The bottom line is this - struktur wajah akan berubah seiring usia. Tetapi ada perkara yang boleh kita boleh usahakan untuk mengimbangi kesan ini. Yang pertama, mulakan dengan pencegahan. Lebih awal kita mulakan, lebih lambat penuaan wajah. Walaupun wajah sudah nampak perubahan, mulakan sekarang. It’s never too late to care for your skin.

Pakai sunscreen segera.
Muka dah mula nampak kedut dan jeragat? Tak apa. Pakai sunscreen sekarang. Masih boleh diselamatkan lagi. Sinar matahari dan UV is the major culprit yang mengubah kulit.

Kekal hidrat.
Sel-sel kulit memerlukan air untuk diperbaharui. Badan yang tak cukup air membuatkan pembahagian air 'dicatu' oleh sistem badan menyebabkan kulit menjadi kusam.

Tambah kolagen badan.
Asid hyaluronik meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan tanpa perlu mengambil kolagen haiwan. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Asid hyaluronik tidak terdapat dalam makanan dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, dengan teknologi sains, mineral dan bahan aktif dalam tumbuhan tertentu boleh diekstrak untuk merangsang pertambahan asid hyaluronik dalam badan. GreenAard mempunyai produk untuk point ini.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart