Turun Berat Badan Tetapi Tidak Lemak

Teruja dan sangat memotivasikan apabila melihat angka pada penimbang berat badan yang berkurangan hari demi hari. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi sangat mengecewakan apabila seseorang menyedari bahawa angka berat menurun tetapi bentuk badan kekal berisi. Memandangkan penurunan berat badan bukanlah satu proses yang mudah, seseorang mungkin berasa amat kecewa kerana walaupun sedang menurunkan berat badan, badan masih kelihatan gemuk. Inilah sebabnya mengapa penting untuk memahami perbezaan antara menurunkan berat badan dan melangsingkan badan.'

Isu utama di sini ialah badan kehilangan berat tetapi tidak hilang lemak. Berat badan kita termasuklah otot, tulang, organ, lemak dan air. Apabila berat badan turun tetapi kelihatan gemuk, kemungkinan besar dia hanya hilang berat air atau jisim otot, atau kedua-duanya, dan bukannya lemak. Lemak adalah komponen penting dalam badan yang melakukan banyak fungsi penting seperti menyimpan tenaga, melindungi organ, memulakan pelbagai tindak balas kimia penting, dan menyimpan nutrien penting.

Walaupun lemak badan penting, mempunyai terlalu banyak lemak menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Untuk mula membakar lebihan lemak dan melangsingkan badan, kita perlu menganalisis terlebih dahulu dan lihat adakah selama ini kita lakukan cara yang salah. 
Punca lemak tidak berganjak dari badan:
  • kurang tidur
  • water retention (badan gagal menguruskan cecair dengan betul)
  • hilang berat air sahaja
  • stress
  • sekatan kalori melampau (kurang makan)
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart