Kurus BUKAN jaminan terhindar dari masalah kolesterol tinggi

Walaupun kurus mengurangkan risiko masalah kesihatan, sia tidak semestinya melindungi anda daripada kolesterol tinggi. Semua orang perlu tahu yang tahap kolesterol dipengaruhi oleh faktor genetik dan gaya hidup. Walaupun anda kurus, jika anda ada kecenderungan genetik kepada kolesterol tinggi, anda tetap berisiko, walaupun tidak gemuk.

Ini bermakna kegemukan tidak menjamin seseorang itu ada masalah kolesterol tinggi. Tetapi menjadi gemuk meningkatkan risiko banyak masalah kesihatan yang lain. Diet sangat memainkan peranan dalam tahap kolesterol, tanpa mengira berat badan. Walaupun anda kurus, jika banyak mengambil makanan tinggi lemak tepu dan trans, kolesterol anda boleh meninggi. Ini kerana, makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan meningkatkan tahap kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Apabila LDL meningkat, ia boleh menambahkan pembentukan plak kolesterol dalam arteri, yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Maka, walaupun seseorang itu kurus, peningkatan kolesterol LDL masih boleh berlaku jika makan banyak makanan tinggi lemak tepu dan trans. Orang kurus selalu menganggap kesihatan mereka lebih baik berbanding orang gemuk kerana menyangka kegemukan adalah punca kolesterol tinggi. Orang kurus juga kurang cenderung menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala berbanding dengan orang gemuk. Mereka hanya melihat kepada berat badan, "If my BMI is still within the normal range, it means I am healthy!"

No. Itu persepsi yang salah! BMI hanyalah satu petunjuk yang mengukur hubungan antara berat badan dan ketinggian seseorang. BMI TIDAK memperhitungkan faktor-faktor lain yang penting untuk kesihatan keseluruhan. Seseorang yang mempunyai BMI yang normal masih mempunyai komposisi badan yang tidak sihat jika perut mereka buncit. Orang yang kurus tetapi mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi (dikenali sebagai "skinny fat") masih boleh berisiko mempunyai kolesterol tinggi dan gangguan metabolik lain.

Kesihatan metabolik, termasuk sensitiviti insulin, tahap glukosa darah, dan lilitan pinggang, boleh mempengaruhi tahap kolesterol. Sebab itulah GreenAard lebih mementingkan pelanggannya mengukur lilitan pinggang berbanding penimbang berat badan. Kerana petanda bahawa badan anda ada lemak yang tinggi (dan boleh jadi kolesterol tinggi) ada pada ukuran pinggang.

Untuk wanita, ukuran lilit anda:
kurang daripada 80 cm (31.5 inci): risiko rendah
80–88 cm (31.5-34.6 inci): risiko tinggi
lebih daripada 88 cm (34.6 inci): risiko sangat tinggi

Untuk lelaki, ukuran lilit anda:
kurang daripada 94 cm (37 inci): risiko rendah
94–102 cm (37-40 inci): risiko tinggi
lebih daripada 102 cm (40 inci): risiko sangat tinggi

Kesimpulannya:
- kurus bukan jaminan terlepas dari masalah kesihatan
- gemuk meninggikan risiko masalah kesihatan
- orang kurus juga boleh ada kolesterol tinggi
- orang kurus boleh mendapat risiko kencing manis akibat skinny fat
- jaga ukuran lilitan pinggang anda!
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart