Faedah Menurunkan Berat Badan untuk Penghidap Artritis
Walaupun terdapat beberapa tulisan menyatakan diet tertentu untuk pesakit artritis, sebenarnya TIDAK ADA makanan khusus atau diet plan tertentu untuk mengurangkan kesakitan artritis. Diet memang penting untuk kesihatan secara keseluruhan, tetapi kaedah menguruskan artritis yang terbaik adalah menjaga berat badan. Berat badan berlebihan memberi tekanan pada sendi, terutamanya lutut, menyebabkan kesakitan dan kerosakan artritis yang semakin teruk.
Setiap kali berat turun sebanyak 453 gram, tekanan 1.8kg hilang dari lutut. Dengan kata lain, menurunkan berat badan hanya 4.5kg boleh menghilangkan 18kg tekanan dari lutut. Ramai gagal menurunkan berat badan kerana meletakkan matlamat (goal) terlalu tinggi. Matlamat yang tak masuk akal membuatkan diri cepat berputus asa. Mulakan dengan menurunkan berat badan sebanyak 5% (that's just 5kg untuk seseorang yang beratnya 100kg.) Setelah mencapai matlamat pertama, tetapkan matlamat lain untuk hilang 5% lagi.
Pesakit artritis perlu ada matlamat begini kerana jumlah aktiviti fizikal yang boleh dilakukan mungkin terhad (akibat artritis). Jadi, start small dahulu. Sel-sel lemak badan menghasilkan protein yang menyebabkan pembengkakan di seluruh badan dan boleh merosakkan sendi. Apabila berat berkurangan, tahap protein ini turut menurun. Mengurangkan berat badan bukan sahaja menurunkan bebanan pada sendi dan tulang yang menyokong badan tetapi mengurangkan bebanan pada sendi yang tidak membawa berat badan.
Untuk pesakit artritis, menurunkan berat badan memang susah akibat kekangan aktiviti fizikal. Cuba tukar diet. Start with easy changes to the foods you eat. Jangan buat perubahan yang banyak dan drastik pada makanan nanti anda cenderung untuk tidak mengikutinya. Sebagai contoh, langkah pertama elakkan minuman bergula seperti soda dan jus. Ini kaedah termudah untuk cut beberapa kalori. Lakukan selama 2-3 minggu. Jika berat ada perubahan, kurangkan pula makanan seperti roti dan keropok. Lakukan ini selama another 2-3 minggu.
Sekiranya tidak mengambil sebarang ubat untuk sakit sendi/gout, boleh cuba GC Plus. GC Plus memang bukan ubat untuk merawat sendi/gout, tetapi membantu menurunkan berat badan. Bila berat berkurangan, akan melegakan kesakitan.