Dalam keadaan apa badan berhenti membakar lemak?

Apabila pengambilan kalori dikurangkan dengan ketara, seperti di bawah 1000 kalori setiap hari, badan mula menjimatkan tenaga. Apa caranya?

Dengan cara mencegah penurunan berat badan! Maksudnya, semakin kita menahan dari makan, semakin lemak tidak digunakan oleh badan. Sebaliknya, badan akan menggunakan glikogen dari otot untuk mendapatkan tenaga. Maka, ketika kita berasa bangga berat badan semakin berkurangan, ketahuilah bahawa yang turun itu bukanlah lemak, tetapi saiz otot.

Tak percaya? Pergi check bodyfat. Pasti bodyfat tak sepadan dengan penurunan berat. Otot adalah tisu yang aktif, yang bermaksud mereka memerlukan tenaga (kalori) untuk mengekalkan saiz mereka. Semakin besar otot seseorang, semakin banyak kalori yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan jisim otot tersebut. Dalam erti kata lain, semakin besar otot, semakin banyak lemak dibakar untuk maintain saiz otot.

Apabila seseorang kehilangan jisim otot, metabolisme badan boleh berkurangan. Apabila metabolisme berkurangan, badan memerlukan sedikit sahaja kalori untuk menjalankan fungsi asas, seperti pernafasan, peredaran darah dan penyelenggaraan organ dalaman. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai jisim otot yang kurang, badannya memerlukan sedikit kalori secara keseluruhan. Akibatnya, badan cenderung untuk menyimpan lebih banyak lemak sebagai rizab tenaga. Ini boleh menyukarkan pembakaran lemak, kerana badan lebih cenderung menggunakan sumber tenaga yang lebih mudah diakses, seperti glikogen (karbohidrat tersimpan), berbanding lemak yang disimpan. Oleh itu, penting untuk mengekalkan jisim otot semasa berdiet.

Saiz otot boleh ditambah dengan cara:
  • latihan kekuatan
  • angkat berat berat
  • pengambilan protein yang mencukupi
  • GC PLUS!

HCA dalam GC Plus berfungsi merangsang sintesis protein otot, yang merujuk kepada membina gentian protein otot baru. Satu lagi mekanisme yang diiktiraf bagi kesan pembinaan otot oleh HCA ialah, keupayaannya untuk meningkatkan simpanan glikogen. 

Glikogen, disimpan dalam otot dan hati, berfungsi sebagai sumber tenaga semasa aktiviti fizikal. Dengan menggalakkan sintesis glikogen, HCA memastikan bahawa otot mempunyai simpanan tenaga yang membawa kepada pertumbuhan saiz otot. Dalam erti kata lain, apabila mengambil GC Plus, jisim otot bertambah sedikit demi sedikit.

Pertambahan jisim otot akan membuatkan badan terpaksa membakar lebih banyak lemak untuk support saiz otot yang semakin membesar. Sebab itulah kami selalu minta ukur lilitan pinggang berbanding menimbang berat badan. Kerana saiz pinggang adalah gambaran lemak yang berkumpul dalam badan. Semakin berkurangan saiz pinggang, petanda jisim otot sedang bertambah dan lemak semaking berkurangan.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart