Bagaimana Lemak Mempengaruhi Gout
Gout berlaku apabila asid urik berlebihan berkumpul dalam badan menyebabkan kristal tajam terbentuk di bahagian sendi. Asid urik secara semula jadi terbentuk apabila purine dipecahkan.
Purine adalah sebatian yang terdapat dalam kebanyakan makanan, terutama daging merah dan kerang. Biasanya, asid urik dikeluarkan melalui buah pinggang. Tetapi semakin tinggi berat badan semakin kurang berkesan buah pinggang berfungsi.
Ringkasnya, asid urik adalah produk buangan yang dihasilkan dari metabolisme makanan. Tahap asid urik dalam darah boleh meningkat jika badan menghasilkan terlalu banyak atau jika ia tidak dibuang dari badan dengan berkesan.
Overweight menjadikan risiko mendapat gout lebih tinggi - risiko sepuluh kali ganda atau lebih. Seseorang dengan berat badan berlebihan cenderung mendapat gout sedekad lebih awal daripada orang yang mempunyai berat badan ideal.
Di mana lemak berkumpul juga penting. Orang yang mempunyai lemak viseral (lemak perut) walaupun secara teknikalnya tidak gemuk, lebih cenderung mendapat gout. Ini kerana lemak perut menghasilkan lebih banyak bahan kimia yang boleh mencetuskan penyakit daripada lemak subkutan (lemak yang boleh dicubit seperti pada paha).
Jika anda overweight, bermakna kaki anda sudah selangkah masuk ke risiko mendapat gout. Cuba elakkan makan makanan yang mengandung purine tinggi. Makanan yang tinggi purine:
- Daging merah
- Makanan dengan ekstrak daging
- Haiwan laut bercengkerang
- Organ dalaman haiwan (jantung, paru, hati, limpa)
- Bunga kobis
- Cendawan
Selain dari kurangkan garam dalam masakan, fructose is a BIG NO. Seseorang yang minum minuman fruktosa (soda dan air buah) setiap minggu, lebih cepat dapat gout. Walaupun menurunkan berat badan mengurangkan gout, jika berat badan turun terlalu cepat juga meningkatkan risiko gout. Ketika menurunkan berat badan, metabolisme tisu badan berlaku. Proses ini menyebakan aliran purines (dari makanan) secara mendadak, yang menyebabkan kenaikan asid urik.
Mana-mana diet yang mengehadkan pengambilan makanan tertentu seperti 'diet makan hanya protein' atau 'low-carbs diet' boleh meningkatkan risiko gout. Walau bagaimanapun, diet rendah karbohidrat membawa risiko tambahan.
Pertama, diet yang mengehadkan pengambilan karbohidrat selalunya menumpukan pada protein intake seperti daging, hati, limpa, makanan laut yang semuanya tinggi purine dan menyebabkan kadar asid urik meningkat.
Kedua, diet rendah karbohidrat memberi tekanan pada buah pinggang yang menjadikannya lebih sensitif terhadap perubahan kadar asid urik.