Apa yang harus dilakukan sekiranya tak berupaya mengawal makanan.
Terdapat banyak sebab kenapa seseorang merasa tidak dapat mengawal diri bila berdepan dengan makanan. Ini mungkin akibat reaksi biologi, emosi, atau lingkungan, atau kesemuanya sekali serentak. Oleh kerana terdapat pelbagai penyebab, maka untuk mengatasi masalah ini harus ada pelbagai strategi juga. Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu seseorang mengurangkan perasaan sukar mengawal diri ketika makan:
Melewatkan makan atau menahan diri dari makan boleh menjadi punca hilangnya kawalan terhadap makanan. Untuk mengatasi perasaan ini, makanlah secukupnya agar kenyang. Ketika tidak cukup makan, badan merasa tidak puas kerana ada nutrien tertentu yang tidak mencukupi. Malangnya kita tak pasti apa yang badan mahukan, selalunya kita atasi dengan memakan fast food atau junk food. Ini penyebab kegemukan.
Satu lagi cara adalah dengan membenarkan diri memakan makanan yang kita idamkan. Ini membuatkan kita dapat meneruskan hari daripada sibuk memikirkan makanan itu. Ketika saya melalui perjalanan awal penurunan berat badan, I give myself permission to have what I desire. Cara ini lebih memudahkan saya mengawal cravings.
Sebab lain seseorang merasa tidak dapat mengawal tabiat makan adalah kerana masalah emosi seperti tekanan atau kesedihan. Ramai menggunakan makanan sebagai cara untuk release tension. Manusia juga terbiasa makan apabila gembira sebagai reward untuk diri sendiri. Tidak ada yang salah menggunakan makanan sebagai celebration tools. Tetapi jika kita sentiasa mewajibkan makanan perlu ada ketika sedang berseronok, mungkin inilah salah satu sebab hilangnya kawalan terhadap makanan. Mungkin dah sampai masanya to develop alternative sources of pleasure.
Manusia boleh mengatur mood dengan cara merangsang bahan aktif tertentu dalam badan. Apabila bahan aktif ini berkerja, mood menjadi terkawal dan kawalan terhadap makanan juga lebih teratur. Bahan aktif ini dinamakan serotonin. Serotonin adalah bahan aktif yang terlibat dalam mengatur metabolisme. Ia dihasilkan dalam sistem saraf pusat yang mengatur tingkah laku, mengawal selera makan, dan meningkatkan penggunaan tenaga dengan cara merangsang tisu lemak coklat untuk bekerja [kalau tak pernah dengar tentang tisu lemak coklat, kami akan terangkan di post yang berlainan kelak].
Satu lagi peranan penting serotonin adalah penglibatannya dalam meningkatkan penyerapan dan penyimpanan nutrien. Apabila seseorang memakan karbohidrat, serotonin dibebaskan dari duodenum lalu meningkatkan peristalsis usus dan penyerapan nutrien. Sebab itulah pengguna GC PLUS yang memakan makanan berkarbohidrat lebih kerap ke tandas selepas makan.
Serotonin juga memasuki aliran darah dan berinteraksi dengan pelbagai organ, menjadikan tubuh sebagai simpanan tenaga. Secara kolektif, serotonin bertindak sebagai penyimpan tenaga yang cekap dengan cara meningkatkan anabolisme lipid (proses penyimpanan kalori berlebihan untuk penghasilan hormon). Keupayaan serotonin ini menjadikannya sasaran ubat yang berpotensi untuk merawat obesiti.