Adakah normal jika berat badan turun naik dalam sehari?

Berat badan yang turun naik setiap hari adalah normal. Berat purata turun naik adalah sekitar 2-2.7kg sehari. Itu bergantung pada apa dan ketika makan, minum, bersenam, dan juga tidur. Berat badan manusia ditentukan oleh jumlah kalori yang diambil (makan) berbanding jumlah kalori yang dibakar.

Makan dengan jumlah kalori yang cukup-cukup untuk kegunaan badan dapat mengurangkan kemungkinan turun naik berat badan. Tetapi adalah sesuatu yang mencabar untuk makan dan minum secara sederhana setiap hari. Makan dengan berlebihan atau kurang menyebabkab berat badan turun naik dengan cepat dalam sehari. Selalunya berat badan meningkat paling tinggi pada hujung minggu, atau ketika bercuti, atau setelah makan di luar. Sekiranya Ahad dipenuhi dengan aktiviti makan (atau makan lebih banyak dari hari biasa), berat mingguan yang paling tepat adalah dengan menimbang diri pada hari Rabu.

Makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan badan menahan air. Buah pinggang menghadapi masalah menjaga lebihan garam, jadi badan menahan air untuk mencairkannya (ini punca perut merasa kembung dan kaki bengkak). Water retention meningkatkan jumlah cecair di sekitar sel dan jumlah darah dalam badan. Peningkatan jumlah darah bermaksud jantung harus bekerja lebih kuat - lama-kelamaan menyebabkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, dan strok.

Minimumkan water retention dengan mengurangkan minuman/makanan bergula, bergaram dan makanan yang diproses. Kandungan kalori dalam makanan dan minuman semuanya memberikan berat tertentu. Minum segelas air akan menambahkan berat. Perkara yang sama berlaku untuk sayur-sayuran.

Walaupun hanya memakan salad, ia tetap menambahkan berat badan pada ketika itu. Walau bagaimanapun, makanan dan air yang sihat (tidak bergula) pass through our body quickly. Makanan yang tinggi garam, tinggi gula dan berlemak mengambil masa lebih lama untuk diproses dan dikeluarkan melalui badan. Itulah punca kenapa berat badan berubah-ubah dengan cepat dalam masa 1-2 hari.

Menambah makanan kaya KALIUM dan magnesium ke dalam diet membantu mengimbangi kadar garam dalam badan. KALIUM adalah satu satu elemen dalam GC PLUS. KALIUM di dalam GC PLUS adalah faktor yang memberi kesan lawas kencing dan pooping setelah memakan GC Plus. Kami tidak menggalakkan sesiapa yang mengambil ubat darah tinggi memakan GC Plus kerana KALIUM dalam GC Plus boleh mengganggu fungsi ubat tersebut.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart