Kenapa dah guna macam-macam produk tapi jerawat tetap tak hilang?

RSS

 

 

Bila bercakap pasal jerawat, sebenarnya ia timbul bukan kerana SATU sebab tetapi BANYAK sebab atau faktor di luar kawalan manusia seperti :

1. Berapa kerap anda rawat muka (cuci, scrub, mask).

2. Skin care yang anda guna adekah sesuai dengan jenis kulit.

3. Berapa banyak kulit anda hasilkan sebum adalah dipengaruhi oleh keseimbangan hormon.

4. Genetik memainkan peranan yang besar. Jika sejarah keluarga ada masalah ini, besar kemungkinan anda akan dapat masalah jerawat yang sama.

5. Bakteria wujud dalam semua jenis kulit sebab ia adalah sebahagian daripada sistem penyelenggaraan semulajadi untuk sebum. Apabila folikel gugur, bakteria akan membiak dengan cepat, mewujudkan tindak balas kimia yang menyebabkan keradangan pada folikel dan kulit di sekitarnya. Sebab itulah kena rajin rawat muka.

6. Umur pun mainkan peranan. Ini ada kaitan dengan pembentukan hormon.

 

Jadi, tak semua jerawat yang tumbuh di muka tu boleh dirawat dengan cara yang sama kerana ada banyak faktor.

 

Related Posts

Next Post

  • Diana Ishak