Bolehkah DARK CIRCLE di bawah mata hilang?

Tidur yang terlalu sedikit bukan satu-satunya punca dark circle di bawah mata. Ada penyebab lain termasuk alahan dan genetik. Berita baiknya, penampilan dark circle boleh dikurangkan. Walaupun dark circle adalah common dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, dark circle lebih kerap berlaku pada:
  • orang yang berusia
  • kecenderungan genetik
  • orang yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap

Dalam kebanyakan kes, dark circle tidak perlu dibimbangkan, dan tiada rawatan perubatan diperlukan. Keletihan yang melampau, atau berjaga melepasi waktu tidur yang biasa boleh menyebabkan dark circle terbentuk. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi pucat. Itu membuatkan saluran darah di bawah kulit mula kelihatan. Inilah punca terbentuknya dark circle.

Apabila umur meningkat, adalah perkara normal untuk dark circle terbentuk di bawah mata. Semakin meningkat usia, kulit semakin menipis. Terdapat penurunan kolagen pada kulit. Apabila ini berlaku, saluran darah di bawah kulit menjadi lebih kelihatan, menyebabkan kawasan di bawah mata menjadi gelap. Sejarah keluarga juga memainkan peranan. Ia boleh menjadi sifat yang diwarisi yang dilihat pada awal zaman kanak-kanak. Selain dari itu, penyakit tiroid juga boleh mengakibatkan dark circle di bawah mata. 

Jangan risau. Dengan treatment yang betul, dark circle BOLEH memudar, atau menjadi cerah. "Apa treatment yang sesuai?"

Yang pertama, boleh cuba krim mata. Apa-apa krim mata pun boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu krim mata TIDAK merawat dark circle sepenuhnya. Fungsi eye cream hanyalah melembapkan dan melicinkan kulit di sekeliling mata. Apabila kulit sekitar mata lembap, mungkin mengurangkan appearance dark circle. Atau cara kedua, boleh sorok dengan solek. Guna concealer. Concealer boleh menutup dark circle supaya ia sebati dengan warna kulit anda.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart