Bila umur bertambah, apa jadi pada badan?

Tahu tak, seiring dengan usia, badan kita mesti melayan perubahan yang pelik-pelik. Contohnya, tinggi kita boleh mengecut kerana tulang belakang (vertebra) menjadi kurang fleksibel. Disc (cakera) antara vertebra juga memampat, menjadikan ketinggian berkurangan. Semua ini perlahan-lahan berlaku selepas umur 40 tahun. Selepas usia 40 tahun juga, lemak dalam badan bertambah. Metabolisme pula menjadi perlahan. Bila metabolisme perlahan, badan membakar kalori dengan perlahan juga.

Dalam masa yang sama, hormon-hormon menjadi pemalas, contohnya testosterone. Hormon testosterone menurun, menjadikan jisim otot semakin berkurangan. Kulit juga menjadi mangsa penuaan. Kedut-kedut pada kulit pasti muncul. Ini kerana, kolagen dalam kulit semakin berkurang. Kulit yang dulunya anjal, beransur-ansur menjadi lembik macam spageti yang direbus. Untuk mengelakkan diri dari menjadi tua pra-matang, kulit mesti dijaga dengan baik, rajin pakai krim pelembap, dan elakkan dari terdedah pada matahari dengan kerap.

Jangan hairan kalau rambut jadi beruban ketika semakin bertambah umur. Sebabnya, sel-sel pigmen yang memberi warna pada rambut, yang kita panggil melanosit, makin kurang beraksi. Lagi satu, rambut menjadi lebih nipis sebab jumlah folikel rambut dalam kulit kepala makin berkurang bila kita menua. Otot pun tak terlepas dari kesan penuaan. Otot boleh menjadi lebih kecil, tak kuat, dan kurang tahan lama. Kalau kita malas bergerak atau tak makan dengan betul, jadi lagi teruk. Tapi tak bermakna kita tak boleh jaga otot walaupun dah tua. Nak elak otot jadi lesu, mesti senaman selalu dan makan dengan seimbang. Itu cara paling senang nak jaga otot.

Tulang rawan pada sendi pun tak terlepas daripada bertukar bentuk bila kita semakin tua. Air dalam tulang rawan semakin kurang, dan struktur berubah. Sebab itu, sendi boleh menjadi sakit dan kaku. Maka, penting juga menjaga baik-baik tulang dan sendi ketika meniti usia tua. Menjaga tulang rawan bermakna, menjaga kolagen. Kerana kolagen adalah superhero bagi tulang rawan. Kolagen umpama 'glue' yang ikat semua bahagian tulang rawan menjadi satu. Bila ada banyak kolagen, tulang rawan jadi kuat, tegang, dan senang nak berfungsi. Tapi bila semakin tua, produksi kolagen makin kurang, jadi tulang rawan pun tak berfungsi dengan sebaiknya. Maka, penting untuk jaga kolagen dalam badan. Jaga kolagen kita, jaga tulang rawan, supaya badan kita sentiasa bertenaga!
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart