Boleh tak Cleansing Gel GreenAard rawat jeragat?

.


.

.
Ok, sebelum kami jawab soalan tu ada perkara yang anda perlu tau tentang jeragat. Anda perlu tau ada 4 sebab berlakunya jeragat :
.
 Genetik
 Ketidakseimbangan hormon
 Kosmetik 
 Sinaran UV 
.
Itu semua adalah punca timbulnya jeragat.
Wanita cenderung dapat jeragat berbanding lelaki, kerana walaupun wanita rajin pakai UV protection, tapi oleh kerana ketidakseimbangan hormon berlaku setiap bulan akibat kitaran haid, jadi wanita lebih berisiko besar untuk dapat jeragat. 
.
Jadi, anda perlu tau jeragat memang susah nak dirawat apetah lagi kalau puncanya adalah masalah hormon. Itu sesuatu yang sukar dikawal. Tapi, kita boleh usaha untuk kurangkan jeragat. Antaranya gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa. 
.
Tapi please don't expect overnite results.
Ada beberapa krim yang mendakwa boleh rawat jeragat dalam masa beberapa hari (malah beberapa jam!). Nonsense!
Minyak zaitun dan minyak kelapa boleh membantu tapi ia akan merawat secara perlahan-lahan tetapi selamat. 
.
Cleansing Gel kami ada extract minyak zaitun dan minyak kelapa. Boleh cuba kalau mahu.
.

Diana Ishak
Read more

Punca jeragat dan macamana nak hilangkannya.

 

 .

Jeragat adalah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit jadi gelap, bertompok dan berubah warna. Jeragat lebih biasa terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaumacamanapun, jeragat tak bagi apa-apa kesan kecederaan fizikal, cuma kita akan rasa segan dan tak yakin bila berdepan dengan public.

Mereka yang berkulit gelap lebih berisiko daripada yang berkulit cerah. Antara punca jeragat :

► Kandungan estrogen dan sensitiviti progesteron. Ini bermakna penggunaan pil kawalan kelahiran (birth control), pil kesuburan, dan pil terapi hormon yang berterusan boleh menyebabkan jeragat.

► Tekanan (stress).

► Penyakit tiroid.

► Selalu terdedah kepada cahaya matahari.

► Bagi sesetengah wanita, melasma akan hilang dengan sendiri. Ini biasanya berlaku apabila jeragat muncul disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Untuk kes sebegini, selepas melahirkan, jeragat akan hilang.

 .

TAK SEMUA JERAGAT BOLEH DIRAWAT.

Walaubagaimanapun, ada perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan jeragat tak menjadi lebih buruk. Antaranya :

 .

1. Minyak zaitun

Sapukan minyak zaitun pada kulit terjejas selama 2-3 minit. Kemudian letakkan tuala panas pada muka. Selepas tuala jadi sejuk, lapkan minyak berlebihan. Ulang setiap hari sampai nampak kesan.

2. Aloevera gel

Gel Aloevera membuang sel-sel kulit mati dan menggalakkan kulit untuk menjana semula sel-sel baru. Sebelum tidur, sapukan gel ini (sebaiknya gel segar pada daun aloevera) pada wajah dan bilas pada esok pagi. Kalau nak gunakan sebagai mask pun boleh tapi ditambah dengan ½ sudu besar madu. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan kering. Tunggu 20 minit dan kemudian bilas dengan air suam.

3. Tea tree oil + lavender oil

Campurkan minyak pokok teh (tea tree oil) dengan minyak lavender. Sapukan campuran ni pada bahagian jeragat. Gunakannya 4-5 kali sehari. 

4. Serbuk kayu cendana + air mawar (rosewater)

 Campurkan satu sudu serbuk kayu cendana dengan dua sudu air mawar (rosewater) dan sapu pada muka, buarkan selama kira-kira sepuluh minit. Bilas.

5. Jus lemon + air mawar + glycerin

 Jus lemon sangat berasid dan ia membantu memudarkan jeragat. Caranya, perah jus lemon. Selepas itu, tambah jumlah yang sama air mawar (rosewater) dan glycerin ke dalam jus lemon. Sapukan pada muka, gosok-gosok di kawasan jeragat selama 2-3 minit, kemudian bilas.

6. GreenAard Cleansing Bar

 .

GreenAard Cleansing Bar mengandungi :

► tea tree oil (minyak pokok teh)

► olive oil (minyak zaitun)

► rosewater (air mawar)

► aloevera

► glycerin

► ekstrak kayu manis

► ekstrak rumpai laut

► biji cranberry

 .

Hampir kesemua bahan-bahan yang ada dalam Cleansing Bar ini adalah bahan-bahan yang sama yang digunakan dalam resepi di awal tadi. Cuma bezanya, ia dibuat dalam bentuk sabun muka supaya lebih senang digunakan. Bukan sahaja untuk jeragat, malah boleh juga digunakan untuk membantu melegakan ekzema dan mengecutkan jerawat.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart