Kopi menyebabkan jerawat susah nak pulih.

RSS

 

 

Siapa yang ada jerawat, especially yang severe acne, tolonglah BERHENTI MINUM KOPI!

Sebab, kopi merangsang keinginan untuk mengambil makanan bergula. Gula adalah resepi terbaik untuk jerawat tumbuh dengan gembiranya. Dan gula merendahkan keupayaan badan untuk menyerap mineral dari makanan. Itu isu yang sangat besar untuk mereka yang ada masalah jerawat kerana jerawat boleh diburukkan lagi dengan kekurangan nutrient seperti zink, selenium, dan zat besi.

Yang paling "best" sekali adalah kopi mengandungi mycotoxin.

Huh?? Apa benda mycotoxin? 😱

Tak ramai orang tau tentang mycotoxin. Masih belum ada kesedaran awam lagi. Tapi yang ada masalah jerawat MESTI tau tentang mycotoxin sebab mycotoxin membuatkan jerawat semakin teruk.

Kopi yang ditanam di tempat yang rendah altitud, iklim panas lembap. Dan kebanyakkan kopi yang dijual di Starbucks, restoran-restoran kopi menggunakan kopi yang berkualiti rendah (bukan premium sangat). Kopi jenis ni ada kandungan mycotoxin yang tinggi.

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak